"Su, saya suka dekat awak" kata Saiful saat mereka berjalan pulang ke rumah dari latihan sukan di sekolah pada petang itu."Awak ni biar betul? Kenapa awak suka dekat saya?" tanya Sumayyah. Dia seperti tidak percaya rakan sekelasnya dan juga anak kawan emaknya itu boleh sukakan dia. Mustahil!
"Ya, betul Su. Saya memang sukakan awak" tenang sahaja Saiful mengatakan itu. "Saya janji dengan awak, Su. Nanti bila kita dah besar dah kerja semua saya masuk meminang awak" tekad Saiful. Tapi malangnya, setelah menamatkan sekolah menengah, Saiful melanjutkan pelajarannya di Indonesia dan meninggalkan gadis itu. Tetapi sebelum berangkat, dia meminta Sumayyah supaya terus menunggunya. Dan, seperti yang dijanjikan Sumayyah terus menunggunya untuk jangka masa yang agak lama, iaitu tujuh tahun. Hal ini kerana, selepas menamatkan pelajaran, Saiful mengikat kontrak dengan sebuah perusahaan di Jakarta yang menyebabkan dia tidak dapat kembali ke Malaysia dan bertemu gadis itu. Setelah tujuh tahun di sana, dia pulang ke tanah air untuk menjadi seorang guru.
"Su" Saiful melambaikan tangannya di hadapan gadis bertudung labuh itu. Ingatan Sumayyah terus berterbangan. Tanpa berkata apa-apa, Sumayyah terus meletakkan kembali barang yang ada di tangannya di atas kaunter dan beredar dari situ meninggalkan Saiful yang terdiam seribu bahasa itu.
"Wah, aku macam tak percayalah akhirnya kebun ni ada sebuah kolam ikan" Qaseh Saffiya menepuk tangannya.
"Alhamdulillah. Harap-harap bisnes kau makin maju, Qaseh" balas Zali.
"Amin" balas gadis itu. "Eh, mana Kak Leha? Aku tak nampak pun" tanya Qaseh Saffiya. Matanya memerhati sekeliling kebun itu.
"Anak dia demam, so dia tak dapat datang hari ni" kata Zali. Pagi tadi, semasa kakaknya itu sedang bersiap mahu berangkat ke kebun, Ali menangis. Bila diperiksa ternyata Ali demam.
"Dah bawa pergi klinik?" terpancar riak kerisauan di muka Qaseh Saffiya.
"Dah, janganlah risau. Kejap lagi baik lah tu. Si Ali tu mana pernah demam lama-lama, lepas makan ubat mesti okay" balas Zali. "Kaki kau dah okay ke?" tanya Zali pula.
"Mana kau tahu?" Qaseh Saffiya kehairanan.
"Tu" mulut Zali memuncung. Dari jauh sudah ternampak kelibat Zhafran Irfan berjalan ke arah mereka.
"Kenapa kau datang sini? Bukannya aku suruh kau rehat ke?" tanya Zhafran Irfan.
"Suka hatilah aku nak datang ke tak" balas Qaseh Saffiya acuh tidak acuh sahaja.
"Jom balik" Zhafran Irfan menarik tangan Qaseh Saffiya.
"Ish tak nak lah" gadis itu menolak.
"Jangan degil, jom kita balik. Kau tu kena rehat nanti berdarah lagi lutut kau tu" Zhafran Irfan mencekak pinggang.
"Tak berdarah punyalah. Aku jalan dengan penuh hati-hati okay" Qaseh Saffiya masih degil.
"Cepat pilih, kau nak aku dukung atau kau nak jalan sendiri?" ugut Zhafran Irfan.
"Aku tengah kerja kan sekarang ni" tolaknya.
"Banyak ke kerja petang ni Zali?" tanya Zhafran Irfan kepada Zali.
"Tak dak kerja pun. Semua aku dah settle kan pagi tadi" balas Zali. Qaseh Saffiya memberi isyarat mata kepada Zali. Tetapi jejaka itu buat tidak tahu sahaja. "Kau balik je Qaseh. Nanti soal ikan ni aku yang masukkan ke dalam kolam, lagipun kejap lagi mesti Kak Leha datang" Zali sudah hendak tergelak melihat muka cemberut gadis di hadapannya itu.
"Good, Zali" balas Zhafran Irfan sambil menaikkan ibu jarinya. "So now, cepatlah pilih" keningnya dijongketkan.
"Aku jalan sendiri" balas Qaseh Saffiya. Laju sahaja dia berjalan meninggalkan dua orang jejaka tersebut. Mereka ketawa geli hati melihat telatah gadis itu.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...