"Apa? Kahwin?" Zhafran Irfan dan Qaseh Saffiya berkata serentak ketika mereka berada di meja makan pada pagi itu di rumah Hajah Embun."Qaseh kena kahwin dengan malaun ni ke?" tunjuk Qaseh Saffiya kepada jejaka di hadapannya.
"Zhaf kena kahwin dengan minah korea aka rempit ni ke? tunjuk Zhafran Irfan pula kepada gadis di hadapannya. Masing-masing saling menunjuk antara satu sama lain.
"Amboi kau kata aku rempit?" marah Qaseh Saffiya. Dia masih memandang jejaka di hadapannya dengan penuh pandangan tidak puas hati.
"Yang kau panggil aku malaun ni tak apa pulak?" Zhafran Irfan turut memandang gadis itu. Masing-masing melontarkan pandangan tidak puas hati.
"Dah kau memang malaun" balas Qaseh Saffiya. Dia menghirup teh o panas buatan neneknya.
"Then, kau pun rempit" balas Zhafran Irfan pula. Tak nak kalah.
"Kau.." belum sempat Qaseh Saffiya membalas, Haji Othman mencelah "sebab ni lah mak ayah korang berdua nak satukan korang. Asyik bergaduh je kerja korang ni. Tak bosan ke?"
"Tak" mereka berdua membalas serentak. Masih tidak puas hati okay! Mereka mengambil cekodok di dalam pinggan serentak dan mengunyah sambil memerhati muka masing-masing.
"Amboi-amboi, makan pun nak usya-usya. Sabar abang, sabar bakal kakak ipar saya. Nanti korang berdua akan disatukan juga, pandanglah muka puas-puas nanti" usik Zhafira.
Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan menjeling Zhafira serentak.
"Tengok tu, jeling pun serentak jugak. Kuat ye jodoh korang berdua" Zhafira makin galak mengusik.
"Fira ni kalau bab mengusik dia lah juaranya, kang sekali kamu diorang ajak gaduh" Puan Maznah menampar lembut tangan anak perempuannya itu. Zhafira tersengih.
"Kamu tak nak ke kahwin berdua?" tanya Haji Othman lagi.
"Tak nak" balas Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan serentak.
"Kenapa tak nak?" kali ini Hajah Embun pula yang bertanya.
"Orang cakap kalau kahwin sepupu nanti zuriat tak berkembang. Kalau boleh elakkan" balas mereka berdua serentak.
"Plus, Qaseh tak suka dia. Annoying. Suka cari gaduh" tambah Qaseh Saffiya.
"Eleh, kau pun sama. Zhaf pun tak suka dia. Annoying. Suka menjawab" balas Zhafran Irfan.
"Itu aje?" tanya Hajah Embun.
"Yes!" mereka berdua menjawab serentak.
"Kalau macam tu, tak dak masalahlah. Nanti kamu semua berbincang lah ye. Bagi kata putus dekat ayah. Ayah setuju aje kalau jodohkan budak berdua ni. Muka dah lah hampir sama, nampak sepadan aje. Sweet gitu" balas Haji Othman sambil mengusik kedua-dua cucunya.
"Atukkkkkkk" mereka berdua merengek.
"Alhamdulillah bang, dapat juga saya bermenantukan Qaseh" kata Puan Maznah. Qaseh Saffiya yang sedang makan cekodok hampir tercekik. Mak ngah ni biar betul?
"Hai, tercekik nampak" usik Zhafira.
"Mama ni biar betul nak menantukan si Qaseh ni?" tanya Zhafran Irfan tidak puas hati.
"Helo, mak kau pun nak buat aku menantu. Maknanya apa? Mak kau suka aku lah tu. Kau je tak suka" balas Qaseh Saffiya.
"Saya pun sama kak, dapat juga si Zhaf ni jadi menantu saya. Dalam masa yang sama berbesan lah kita ye kak" Kalsom pula berkata. Qaseh Saffiya yang mendengar membuat muka menyampah kepada Zhafran Irfan.
"See? Mak kau pun sama. Nak aku jadi menantu dia. Kau je tak suka aku" kali ini Zhafran Irfan pula membalas. Mana aci asyik perempuan tu je menang! Dia menjelir lidah kepada gadis itu.
"Rasanya perang mulut budak berdua ni tak kan pernah habis" kata Hajah Embun. Mereka semua ketawa, tapi tidak Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan. Masing-masing masih tidak berpuas hati antara satu sama lain.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...