BAB 45

4 0 0
                                    



"Cik Natasya, saya ingin memaklumkan bahawa kementerian pendidikan menarik balik kontrak Cik Natasya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Indah kerana rekod kehadiran Cik Natasya sangat teruk. Pihak kami sudah memeriksa dan ternyata sudah hampir dua minggu Cik Natasya gagal menghadirkan diri di sekolah dan tiada surat cuti sakit atau mana-mana surat berkaitan" sebaris ayat yang mampu membuatkan Natasya terkejut sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Apa?!" dia menjerit kuat dan pengsan di bawah khemah.

"Allah!" Senah yang terkejut terus menerpa ke arah anaknya yang sudah jatuh di bawah.



"Apa yang bising-bising dekat luar tu?" tanya Hajah Embun. Dia yang baru selesai menunaikan solat zuhur terdengar bunyi riuh rendah dari arah luar rumahnya.

"Tasya pengsan" balas Zhafira dari arah bawah khemah.

"Pengsan?" tanya Hajah Embun semula. Dia sudah mahu ke turun ke bawah.

"Drama tak habis-habis" kata Hana lalu menyuap ABC ke dalam mulutnya.

"Drama? Maksud Kak Hana?" tanya Zhafira. Mereka berdua sedang menjamah ABC di bawah khemah. Mereka hanya melihat ramai orang sedang berkumpul di khemah sebelah.

"Haah. Si Tasya tu memang kuat drama, semua benda nak pengsan. Heran aku. Attention seekers" kutuk Hana. Zhafira hanya mengangguk dan melihat drama Natasya.

"Mak" Natasya memanggil emaknya, Senah saat membuka mata. Hampir 30 minit dia pengsan. Senah memegang tangan anaknya.

"Mak, betul ke Amier dah nak kahwin?" tanya Natasya. Senah membalas dengan anggukan. "Tapi mak cik Saidah kata nak bermenantukan Tasya" tambahnya. Dia kecewa.



"Wah, makan berdua je ni" tegur Qaseh Saffiya lalu duduk di kerusi berhadapan Hana dan Zhafira. Mereka berdua tersengih.

"Kau tak pergi tengok Tasya ke?" tanya Hana.

"Malas" balas Qaseh Saffiya sepatah.

"Qaseh, aku ada benda nak cakap dengan kau" Amier tiba-tiba datang mencelah. Dia berdiri di belakang Qaseh Saffiya.

"Kau nak apa lagi? Cakap je lah dekat sini" balas Hana.

"Aku nak cakap berdua je dengan Qaseh" balas Amier pula.

"Tak payah. Kau nak cakap, cakap je kat sini" balas Hana geram.

"Aku nak cakap dengan Qaseh, bukan dengan kau" balas Amier. Dia menjeling Hana.

"Kalau macam tu, silakan. Kitorang berdua tetap dekat sini. Kau Qaseh, jangan pergi bercakap dengan dia dekat tempat lain. Duduk je sini" tegas Hana.

"Kau dah dengar kan apa Hana cakap?" balas Qaseh Saffiya. "Kalau nak cakap, cakap je kat sini" tambahnya.

Amier mengambil tempat di sebelah Qaseh Saffiya. "Qaseh, aku nak minta maaf dekat kau, atas apa yang aku buat dekat kau sebelum ni. Aku menyesal. Aku sukakan kau, Qaseh" kata Amier. Dia memandang wajah gadis itu dengan penuh pengharapan. Qaseh Saffiya tidak memberi respon.

"Qaseh, kau pun sukakan aku lagi kan? Jom kita kahwin" tambah Amier lagi. Dia memegang jari-jemari gadis itu yang diletakkan di atas meja.

"Apa pegang-pegang ni" marah Qaseh Saffiya. "Kau dah terlambat, Amier" balas Qaseh Saffiya. "Aku dah nak kahwin dengan orang lain" tambahnya.

"Macam mana kau nak kahwin dengan orang lain sedangkan kau masih sukakan aku? Hati kau milik aku, Qaseh" tegas Amier. Dia seperti tidak percaya bahawa gadis itu akan berkahwin.

"Qaseh" Zhafran Irfan yang muncul di antara mereka berempat menyebut nama gadis itu.

"Siapa cakap hati aku milik kau? Hati aku milik tunang aku, Zhafran Irfan. Ni cincin tunang kitorang" balas Qaseh Saffiya sambil mengenggam erat tangan Zhafran Irfan sambil menunjukkan jarinya yang disarung cincin.

"Kau tipu, Qaseh. Kau cakap kau cintakan aku" balas Amier. Matanya sudah berkaca.

"Tu dulu. Sekarang aku cintakan dia, bakal suami aku dan juga bakal syurga aku" Qaseh Saffiya membalas. Amier yang kecewa membawa diri pulang ke rumahnya.

"Amier, kejaplah. Tunggulah I" laung Dora yang melihat kekasih hatinya sedang berjalan laju ke hadapan.



"Terima kasih sayang sudi terima abang sebagai suami sayang" Saiful berkata kepada Sumayyah yang sedang membuka tudungnya. Sumayyah hanya tersenyum.

"Abang bersyukur sangat Allah swt kurniakan bidadari seindah Su, yang sanggup tunggu abang bertahun. Abang bersyukur sangat. Terima kasih sayang" Saiful memeluk Sumayyah erat. Dia mencium pipi isterinya berkali-kali. Malam itu menjadi saksi kepada cinta mereka berdua.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now