"Qaseh, kau nak buat apa dekat si Tasya tu?" tanya Zali sebaik sahaja lori yang datang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan itu pergi."Tak buat apa" balas Qaseh Saffiya sambil mengibas mukanya menggunakan topi. Panas sungguh cuaca hari ini.
"Takkan kau tak nak buat apa-apa?" Zali pelik.
"Biarlah dia. Hidup dia" balas Qaseh Saffiya malas.
"Memanglah hidup dia, tapi dia kan dah ganggu hidup kau, takkan kau nak biar je?" tanya Zali lagi.
"Biar Tuhan je balas perbuatan dia tu, aku malas nak ambil kisah. Lagipun bukan satu kebun pun terbakar, pondok tu je hangus ha.. Tasya tu kawan aku" Qaseh Saffiya bercakap panjang lebar.
"Tapi.." belum sempat Zali menghabiskan ayatnya, laju sahaja Qaseh Saffiya memintas "Dah lah Zali, biarkan je dia. One day dia akan dapat balasan, benda dah lepas biar je lepas. Kita yang ada sekarang ni kena teruskan hidup"
"Kau kenapa cakap macam tu? Nak mati dah ke?" Zali bertanya. Pelik-pelik minah ni, aku pulak seram.
"Aku ni nampak macam nak mati ke, Zali?" tanya Qaseh Saffiya pula.
"Haah" tanpa berlapik Zali mengaku.
"Ayam kau. Aku tengah serious kot, buat lawak bodoh pula" Qaseh Saffiya membaling kacang panjang yang sudah patah itu ke arah Zali. Zali tergelak kuat.
"Kau tahu tak Senah, si Qaseh tu terhegeh-hegeh lagi dekat Amier" Peah memulakan bicaranya saat dia dan Senah sedang memilih sayur-sayuran di kedai runcit Pak Mat pada pagi itu.
"Yeke? Bukannya tu kisah zaman sekolah diorang ke?" tanya Senah.
"Yelah, dari zaman sekolah sampai sekarang. Kau tahu tak, haritu Qaseh bawa makanan pergi rumah si Amier tu, konon nak ambil hati Saidah. Bukan kau tak tahu Saidah tu bukannya suka Qaseh. Kau tengoklah Qaseh tu selekeh ya rabbi, nama je perempuan tapi tak macam perempuan jauh bezanya dengan Amier tu. Dah lah hensem, bergaya manalah si Saidah berkenan nak buat Qaseh tu menantu" kutuk Peah lagi.
"Mana kau tahu, Peah?" tanya Gayah yang tiba-tiba muncul.
"Aku tahulah" jawab Peah dengan muka berlagaknya. "Siapa je tak tahu pasal ni? Haritu aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri si Qaseh tu pergi rumah Amier bawa makanan" tambahnya lagi.
"Aku yang suruh Qaseh pergi hantar makanan tu dekat Hassan" Hajah Embun pula membalas. Dari tadi dia mendengar mereka mengutuk cucunya itu.
"Eh, Hajah pun ada dekat sini" sapa Senah.
"Aku ada ja dekat sini dari tadi lagi, korang yang tak nampak aku seronok sangat membawang" Hajah Embun membidas.
"Eh, mana ada Hajah. Kitorang borak kosong je" jawab Peah.
"Banyaklah kau punya borak kosong, aku ni duk berdiri dekat sini dari tadi lagi. Bukan main kau Peah duk mengutuk Qaseh" Pak Mat mencelah. "Gayah, si wartawan ni pun tak ada mulut busuk macam kau ni" tambah Pak Mat lagi.
'Aku pulak' getus hati Gayah.
"Ni aku nak cakap sikit, Qaseh tu dah tak nak dekat Amier, cerita yang kau bawa tu zaman sekolah diorang. Biasalah zaman budak-budak suka orang tu suka orang ni. Ala, macam kau dulu-dulu, suka dekat laki aku" setepek Hajah Embun balas. Pak Mat dan Gayah hanya ketawa di situ. "Haa, Mat. Tolong kira ni berapa, aku nak balik dah ni. Buat dapat dosa je duduk kedai kau lama-lama" Hajah Embun membidas lagi. Tertunduk Peah dan Senah dengan kata-kata pedas dari Hajah Embun itu.
Hajah Embun pun beredar dari situ.
"Itulah kau Peah, cakap tu biar berlapik sikit. Tengok kiri kanan. Nampak gayanya kau dah boleh ambil alih tugas aku sebagai wartawan kampung ni. Hahaha, kan Pak Mat?" perli Gayah.
"Betul, Gayah. Pak Mat sokong kau" mereka berdua sambung ketawa. Makin sakit hati Peah.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...