BAB 19

3 1 1
                                    



"Qaseh, Zali. Macam mana boleh terbakar ni?" Zulkifli menyoal sebaik sahaja tiba di situ bersama Saiful. Mereka memerhati sekeliling. Api yang sedang marak berjaya dipadamkan.

'Siap kau, Halim' Qaseh Saffiya geram. Dia berencana untuk pergi menemui Halim dengan kadar yang segera. Belum sempat dia pergi, abangnya Saiful menarik tangannya, "kejap, ada apa-apa yang berlaku ke?" tanya Saiful. "Zali, apa yang terjadi sebenarnya ni?" tambahnya lagi.

"Sebenarnya.." belum sempat Zali ingin menjelaskan, Qaseh Saffiya sudah memotong "jangan bagitahu diorang lagi. Aku nak pergi tanya Halim sendiri" Qaseh Saffiya bergegas pergi.

"Kenapa ni Zali?" tanya Kalsom. Dia sudah tidak sedap hati.

"Sebenarnya, tadi saya ada ternampak Halim datang ke sini, dia baru keluar dari arah pondok tu dan lepas je dia pergi, api terus marak" jelas Zali.

"Jadi, sekarang ni Qaseh nak pergi jumpa Zali?" tanya Saiful. Zali hanya mengangguk. "Dia tahu tak Halim tu siapa? Penagih tu. Bahayalah" tambah Saiful lagi. "Aku nak pergilah rumah Halim, kau jom ikut aku" Saiful menarik tangan Zhafran Irfan yang kebetulan baru sampai bersama Haji Othman.

"Eh nak pergi mana ni Epul?" Haji Othman menyoal. Dia terkejut melihat Saiful mengheret tangan Zhafran Irfan yang jelas di mukanya juga terkejut. Zhafran Irfan yang tidak tahu apa-apa itu hanya menurut.



"Assalamualaikum" Qaseh Saffiya memberi salam. Dia melihat motosikal Halim yang ada di bawah pohon mempelam.

"Waalaikumussalam, eh Qaseh rupanya. Kenapa Qaseh?" Mariah membuka pintu rumahnya.

"Halim ada tak mak cik?" tanya Qaseh Saffiya.

"Ada tu ha, dalam bilik dia. Kejap ya mak cik panggil" Mariah masuk semula ke dalam rumah. "Halim, tu ada orang nak jumpa kau, dia tunggu dekat luar" Mariah mengetuk pintu bilik anak bujangnya itu.

"Siapa nak jumpa Halim, mak?" tanya Halim sambil berjalan menuruni tangga rumahnya. Sebaik sahaja dia ingi menyarung seliparnya, dia ternampak Qaseh Saffiya yang sedang tersenyum sinis memandangnya.

"Siapa hantar kau?" soalan pertama dari gadis itu. Tetapi tiada jawapan dari Halim.

Aku tanya, siapa hantar kau?" tanyanya lagi.

"Kau cakap apa ni? Aku tak faham" jawab Halim.

"Soalan aku senang je, kenapa kau tak faham?" Qaseh Saffiya masih tidak berpuas hati. "Siapa hantar kau? Aku yakin ni bukan kerja kau, tapi kau ada terima arahan kan?" tambah gadis itu lagi. Qaseh Saffiya cuba untuk mendekati Halim, tetapi dengan pantasnya Halim melarikan diri. Dia masuk ke dalam hutan yang bersebelahan rumahnya. Qaseh Saffiya yang tidak menunggu lama cuba untuk mengejar jejaka itu. Saiful dan Zhafran Irfan yang baru sahaja sampai turut mengekori mereka berdua.

Halim tersepak kayu besar dan terjatuh. Qaseh Saffiya yang mengejar di belakang tidak menunggu lama dan terus menggenggam kolar baju Halim. Dia menggenggam penumbuknya.

"Qaseh!" jerit Saiful. Saiful dan Zhafran Irfan bergegas menuju ke arah Qaseh Saffiya yang sedang naik angin itu.

"Sekarang kau cakap dengan aku, siapa hantar kau?" mata Qaseh Saffiya sudah kemerahan menahan geram. Dek kerana masih tiada jawapan dari Halim, dia terus menumbuk pipi kanan lelaki itu. Saiful dan Zhafran Irfan yang melihat terkejut. Saiful terus menarik tangan adiknya itu. Adiknya perlu ditenangkan.

"Qaseh, stop it. Bawa mengucap" marah Saiful.

"Lepaslah" Qaseh Saffiya menarik tangannya semula. Dia menampar pula muka Halim.

"Siapa hantar kau?" rambut Halim ditarik. Halim masih senyap. Zhafran Irfan mahu menarik tangan gadis itu daripada melakukan sesuatu tetapi dihalang oleh Saiful. Saiful menggelengkan kepalanya.

"Cakap, siapa hantar kau!" jerkah Qaseh Saffiya. "Kau nak aku mati dekat tangan aku ke?" ugut Qaseh Saffiya.

"Natasya yang hantar aku" jawab Halim sambil memegang pipinya yang sakit dek tumbukan gadis itu.

"Siapa? Natasya?" tanya Qaseh Saffiya. Saiful yang mendengar nama itu turut terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama gadis itu.

"Haah. Natasya" jawab Halim. "Lepaskan aku!" Halim meronta. Dia berusaha untuk bangun tetapi kakinya terlalu lemah untuk berdiri dek tersepak batang kayu tadi. Saiful membantu Halim berdiri dan memapah jejaka itu ke rumahnya.

"Ya Allah, kenapa ni Halim?" Mariah terkejut melihat keadaan anaknya itu.

"Halim terjatuh tadi mak cik, tergolek-golek sampai ke bawah. Nasib baik kitorang datang tolong Halim mak cik. Kalau tak, terkojol dia sensorang kat bawah tu" jawab Qaseh Saffiya. Dia memandang tajam jejaka itu.

"Patutlah teruk sangat mak cik tengok keadaan dia ni. Terima kasihlah tolong. Itulah mak dah pesan jangan ambil benda tu, bahaya. Tengok keadaan kamu ni, jalan pun tak betul memang terjatuh la kat dalam hutan tu" marah Mariah kepada anaknya itu. Dia membebel dan memulas telinga Halim.

"Mak sakit mak, sakit" Halim mengaduh kesakitan. Qaseh Saffiya ketawa sinis.

"Qaseh nak buat apa?" tanya Saiful. Zhafran Irfan masih diam sedari tadi. Terkejut kerana tidak menyangka gadis itu akan melakukan aksi yang berbahaya seperti itu.

"Perhitungan" jawab Qaseh Saffiya senada sahaja.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now