Bab 59 Exam II

4.9K 618 526
                                    

"Nayra" Nayra gulingkan biji matanya, dia berjalan terus tanpa menghiraukan panggilan seseorang itu. Malas melayan. Dia mahu segera ke kelas.

"Nayra aku panggil ni!" Nadia meninggikan nada suaranya. Bergetar intonasi suara menandakan dia sudah hampir sampai kemuncak amarahnya. Langkahnya dilajukan cuba mengejar Nayra walhal Nayra tak melarikan diri sangat pun, selamba berjalan lenggang sambil belek kuku tangan yang Noah potong semalam.

"Kau pekak ke aku panggil buat bodoh!" Suara Nadia memetir apabila akhirnya dia dapat menangkap pergelangan lengan Nayra. Nayra turut berhenti berjalan dan menoleh kearah Nadia bersama tatapan kosong.

"Lepas" arahnya dingin sambil merenung tangan Nadia dan wajah Nadia silih berganti. Nadia menelan liur, tiba-tiba rasa aura yang berbeza . Aura Nayra yang tidak pernah dia rasa. Tapi dia endahkan, setakat Nayra apalah sangat yang dia perlu gerun? Nadia masih memandang rendah terhadap Nayra Aisyah.

"Tak, aku tak mahu kau lari dari aku" ujar Nadia, dia yakin Nayra melarikan diri sebab takut dengannya. Lagi-lagi peristiwa kantin tadi, di mana Nayra hampir bocorkan rahsianya di depan Hani dan Lya.

Nayra buat muka, tersenyum sinis akhirnya dia apabila mendengar ayat Nadia . 
"Siapa lari ?"

"Kau lah, kau takut aku serang kau kan? Lepas apa yang kau cakap kat kantin tadi" yakin terlampau Nadia berkata-kata. Nayra buat muka jijik, siapa entah nak takut dengan minah keding ni.

"Siapa? Aku ?"

"Ya ,kau. Kau lari masa aku panggil kau tadi" ujar Nadia lagi , Nayra tergelak perlahan.

"Lepaskan tangan aku" melihat Nadia yang berkeras tidak mahu, tanpa berlengah lagi Nayra bertindak kasar dengan lengannya ditarik kuat sehingga Nadia hampir tersadung ke depan. Jika dia tidak imbangkan diri mesti sudah tersembam ke depan.

"Apa masalah kau hah?!" Suara Nadia memetir. Eh siapa kacau siapa sekarang ni?

"Kau takut semua orang tahu kan, kau score exam sebab menipu macam tu?" Soal Nayra. Nadia diam, dia tidak bergerak sedikit pun.

"Aku bagi amaran ni, kalau kau kantoikan aku , aku tak teragak-agak nak--"

"Kau dari tadi menyalak nama aku ,cari aku sampai sini sebab apa? Sebab nak suruh aku diam, suruh aku jangan kantoikan kau?" Soal Nayra lagi. Memotong percakapan kosong Nadia.

"Kau takut dengan aku kan, kau tahu Presiden sekolah ni teman lelaki aku. Anytime kau boleh out dari sekolah ni kalau aku buka mulut" Nadia mengerutkan dahi, wajahnya tiba-tiba pucat. Tak menyangka Nayra yang akan memprovok dirinya seperti sekarang.

"Hey perempuan, kau dengar sini baik-baik. Aku tak senaif yang kau sangka tau. Kau gilakan Noah aku tak marah tau. Tapi sedar diri kau, kau tu siapa nak ugut-ugut aku . Kau tak ada apa-apa. Nothing" ujar Nayra bosan, dia dahla nak balik kelas cepat nak tidur sekejap. Pucat wajah Nadia, Nayra tahu selama ini dia gilakan Noah rupanya.

"Kau tak takut aku rampas Noah?" Nadia cuba mengugut. Nayra buat muka, nampak muka aku macam aku kisah ke?

"Tunggu kau lawa dari aku lah baru aku fikir nak takut ke tak, buat masa sekarang tak kot" Ralit mata Nayra merenung Nadia dari atas hingga bawah berkali-kali dengan tatapan geli. Sekali lagi Nadia terkedu, terasa dihina oleh Nayra. Makin berbakul-bakul carutan di dalam hati.

"Kau akan menyesal" Nadia berkata dengan nada yang keras, dia terus berlalu dari situ. Terangkat kening Nayra, tu ja? Ingat nak bertumbuk sekali tadi.

"Antagonis pengecut memang suka guna ayat 'kau akan menyesal, kau tunggu -kau tunggu' . Takda modal lain ke apa?" Sempat dia buat muka cuba mengajuk cakap Nadia dengan muka hodoh. Menyampah sangat dengan gadis tak guna tu.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now