Bab 54 Married

8.8K 623 475
                                    

Chap ni bosan sikit sebab tak ada idea musim nak exam ni 😔 btw sorry lambat update 💜

Nah 4804 words

.
.
.
.
.

Bantal dipeluk erat, badan sekejap mengiring ke kiri sekejap ke kanan. Mata usah dikata, dah cuba dipejam erat tapi tetap sahaja susah nak lelap.

 Mata usah dikata, dah cuba dipejam erat tapi tetap sahaja susah nak lelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia dari tadi termenung ke gambar di dalam galeri telefon Jane. Jane kata sekurangnya belajarla buat roti malas-malas ke apa dari tak tahu apa-apa tentang memasak .

Tapi kenapa hasil pembuatan roti yang ditunjuk di dalam gambar tu agak aneh?

Dah hampir sejam Nayra Aisyah begitu, kadang- kadang dia bangun duduk bersila dan termenung merenung dinding bilik. Kadang-kadang dia baring tenung siling. Telefon Jane diletak atas meja di sebelah penjuru katil.

"Esok.." bisiknya perlahan. Esok dia nak jadi isteri orang dah! Hati usah dikata,memang tak duduk diam. Rasa nak pecah je.

Huwaaa nak jadi isteri orang tapi diri sendiri tak terurus!

"Tidur Nayra..esok kang hilang seri" habis berkerut dahinya. Mengantuk tapi susah sangat nak lelap. Telefon awal-awal lagi disorok bawah bantal Sazzy yang sudah nyenyak tidur di sebelah. Takut terbuka memang kusyuk ke pagi nanti.

"Aaa urmm.." dengus Sazzy yang mula meracau tidur,tangan tak duduk diam. Ke sana ke sini ke sana ke sini. Lagilah menganggu Nayra.

Mata dipejam kembali, baru ja dia nak selesakan tubuh untuk tidur tiba-tiba tangan Sazzy naik ke atas mukanya. Terbeliak mata Nayra, cepat-cepat dia tepis tangan Sazzy. Sakit siot!!

"Huh" Nayra mengeluh berat, dia kembali bangun dari pembaringan. Jam dinding dipandang lama dalam suasana yang gelap.

Pukul 12 lebih...

Nayra menoleh ke arah Sazzy apabila melihat ada cahaya kecil di bawah bantal kawannya.
"Hah,bukan aku je tak boleh tidur"desis Nayra, bila dah tengok telefon menyala. Mesti ada WhatsApp masuk,siapa lagi akan WhatsApp dia pada waktu begini.

Aplikasi WhatsApp dibuka.

Noah
Sayang

Nayra kemam bibir, dia panggil sayanglah! Nayra bangun bersila di birai katil dan laju jarinya menekan papan kekunci.

Me
?

Nayra diam sekejap,dinginnya cara dia balas. Argh, biarlah. Jadi diri sendiri.

Noah
Tak tidur lagi?

Me
Ha'ah, tak boleh lelap
Kau?

Noah
Tak jugak
Erm
Wei...
Aku takutlah, kalau aku terakad nama aku sendiri macam dalam drama tu macam mana?
Aku terima nikahnya Noah binti Harraz,hah tak kr malu ayah nanti.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now