Bab 28 NEW UPDATE

6.7K 717 213
                                    

Nak komen bratus bru aq updt mueheheh(・´з'・)
Baideweh.
Inkit:qasha_lova
Follow tau! Aq folobek.

Nayra mencelikkan mata kanannya , dia mengalihkan sedikit pipinya dari menekap ke dada Noah ketika dia didukung.

Pantas Nayra memejamkan mata apabila Noah memandangnya, tubuh Nayra direndahkan supaya mudah untuk membuka pintu kereta.

Perlahan-lahan tubuh gadis itu diletak di seat sebelah pemandu, Nayra mengetap bibir supaya tidak terkantoi apabila Noah merenungnya sebelum menutup pintu.

"fuh dia ni--" terhenti ayat Nayra,mata kembali dipejam apabila sekelip mata Noah masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelahnya.

"takyah berlakonla Aisyah, bangun" kata Noah sambil tergelak kecil. Suis kereta dihidupkan.

Perlahan-lahan Nayra mencelikkan mata dan memandang Noah tapi cepat-cepat dia alihkan pandangan ke arah lain apabila pandangan Noah dari tadi fokus kearahnya.

Noah syak dia menipu ke?

"argh sakit!" Nayra memegang kepalanya sambil berpura-pura mengerang sakit, sempat dia mengerling Noah beberapa kali cuba menanti reaksi Noah yang dia mahukan.

"Wei"

"aaa k-kau siapa!? Aku di mana ni? Siapa aku!?" kedua belah tangan Nayra mula naik memegang kepalanya. Habis serabai rambut.

"Nayra" tegur Noah dengan muka bosan. Nayra terkelu seketika, Noah kalau serius akan sebut nama depannya.

Noah tenung Nayra bagai nak tembus, mulut lelaki itu terbuka sedikit. Rahang bawahnya bergerak sementara lidahnya mula menolak pipi kiri dan kanan.

Kalau Noah sebut Aisyah atau Quokka tu mode Noah lain.

"arghh aku amnesia!" Nayra mengerang lagi cuba mengabaikan panggilan Noah, tak semena-mena dahi gadis itu dijentik oleh Noah.

"argh! Sakitla!" hilang terus sandiwara dia tadi bila dijentik. Pantang betul,dah la bahagian kepala.

"kau ni--" niat mahu marah tapi diri sendiri pula terdiam dengan panahan helang si lelaki itu.

Noah pula yang tengok Nayra dari tadi kecik besar je, seakan sudah muak dengan lakonan Nayra selama ini. Tapi walaupun dia tahu Nayra suka berlakon dan menipu tetap sahaja Noah senang gelabah.

Sayang katakan. Pantang kalau orang kacau Nayra, dia tak akan berdiam diri.

"ermm" Nayra mengemam bibirnya lalu menunduk sambil membetulkan rambutnya yang serabai.

Seram pula dengan pandangan Noah.

"habis dah?" soal Noah dengan nada mengejek. Nayra menjuihkan bibir bawahnya dan mencerlung Noah sekejap lepastu tengok bawah balik.

"dah" Nayra mengangguk , wajahnya mula membahang menahan malu.

Jatuh standard dia.

"kau ni cam Dora kat dalam tu. Macam tak pernah minum susu ibu je"

Noah merenung Nayra yang dari tadi menunduk kearah lain. Ada juga aku cium ey!

"diam ar" bentak Nayra.

"ni beg kau" beg Nayra dicampak atas paha gadis itu selamba. Aircond dipasang tapi Noah kelihatan tidak berura-ura ingin memandu sekarang.

Siku kanannya di sandar ke tingkap kereta sambil tangan kanannya mengusap bahagian atas bibirnya.

Melihat Noah yang mula memandang ke arah luar tingkap membuatkan Nayra tersenyum kecil.

Tali pinggang hitam yang terbelit kemas di kimono taekwandonya dibuka.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now