"dann takk seharusnyaa akuuuu!"
Nayra,Jane dan Sazzy sudah memandang kearah lain apabila Kathrina dari kelmarin tak berhenti melalak menangis sambil menyanyi.Nayra menyerabaikan rambutnya,dia duduk sambil menutup wajahnya dengan tapak tangan.
Malu siot kawan kau broken pastu menyanyi cam orang tak waras kat tengah gelanggang ni.
"tak puas hati lagi ke?" soal Sazzy kearah Kathrina yang sudah menyedut hingus.Dia menoleh kearah Nayra dengan tangisan.
"tak!"Sazzy dan Jane dah menepuk pipi masing-masing. Sazzy yang tanya tapi boleh pula Kathrina jawab macam tuju kat Nayra.
Sejak kejadian Noah bajet hero dan selamatkan Nayra daripada Leo terus musnah dan hancur hati si seketul Kathrina Aisyfa.
Baru ja dia pasang niat nak jadikan Noah crush dia,tak semena-mena dia nampak Noah seakan meminati Nayra iaitu rakan baiknya.
"Bunoh jelah aquee huwarghhh!!" jerit Kathrina. Habis meleleh mascaranya kerana air matanya yang lebat.
Tambahan lagi dia punya meraung seakan tiada hari esok,dengan tak tutup muka. Selamba dia melalak tak cover. Dimanakah sifat menjaga imej kecantikan dia entah.
Hilang dibawa oleh aura pemergian si Tengku Noah Haiqal.
"habistu kau nak salahkan aku ke, darul syifa betul"cebik Nayra. Macamlah Kathrina serius dengan Noah,dia tu semua lelaki dia nak.
"hei, Aisyfa not darul syifa. Nama aku cantik okey!" balas Kathrina geram lalu dia merampas botol air di pegangan Nayra lalu diteguknya rakus.
Habis pudar liptint di bibirnya itu. Tak terurus betul. Lepasni ada perlawanan bola keranjang harus Kathrina makin meraung tengok Noah bermain.
Siapa je tak cair tengok lelaki hensem main sukan?
Jane dan Sazzy melopong melihat Kathrina yang selamba minum air Nayra tanpa meminta izin.
Ewah kau,
"apa? Noah kau punya dah takkan air pun nak berkira!" bentak Kathrina kearah Nayra dengan sisa tangisnya.
"sejak bila pula dia aku punya,dia anak Tengku Harraz bukan anak Nayra Aisyah" Nayra menjulingkan matanya,habis air aku minah ni minum.
Aku dah la malas nak membeli kat luar air tu. Ada juga kena tibai lepasni.
"kau jangan drama boleh? Lepasni semua budak sekolah Noah tu sampai kau carila crush baru halamek macam tak biasa" kata Nayra yang dari tadi diam seiring dengan senyuman sinis.
Kathrina hanya mengetap bibir mendengar kata-kata Nayra Aisyah. Sibuk dia bertentang mata dengan Nayra tiba-tiba ada seorang lelaki melempar tuala ke wajah Kathrina secara kasar.
Tersentak empat gadis itu, Nayra dah siap-siap sinsing lengan baju sukan dah nak hentam mamat mana yang cari pasal tu.
Tapi selepas dia melihat gerangan yang membaling tuala ke wajah Kathrina,terus Nayra menjatuhkan lengannya kembali.
Kalau lelaki lain dia dah belasah dah tapi kerana lelaki yang membaling tuala itu ialah adik Kathrina maka Nayra kuburkan saja niatnya.
"kau pehal ?"soal Kathrina dan memegang tuala yang jatuh selepas hinggap di wajah selekeh kerana mekapnya itu.
"kau tu pehal kak menangis tak tutup muka,kawan aku dah cop kau biul tau tak?" kata Kyle Aiman iaitu adik Kathrina Aisyfa.
Kathrina menjeling adiknya tajam.
"sibuk!""dah,lap muka kau ngan kain tu. Buruk cam daun pelepah pokok kelapa je,pakai mekap sangat!" sempat lelaki itu memberi kata-kata menyakitkan sebelum dia berlari ke luar gelanggang.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...