Sila baca Bab 20 kalau belum lagi.
Nayra meregangkan sedikit kedua belah lengannya ke atas, terasa lenguh. Kaki pula digoyang laju cuba menghilangkan rasa kejang.
Seharian keluar sampai ke malam tak balik-balik, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, kalau Nayra bolehla dikatakan period. Noah tu?
"wuu hensem gak aku" Noah bercakap sendirian, Nayra memandang sinis kearah Noah yang duduk di sebelahnya.
Selepas jadi penyanyi tak bertauliah tadi boleh pula Noah ajak dia extendkan lepak hingga malam, Nayra iyakan saja kerana bosan terperap di rumah je.
Selepas makan di macd mereka mengambil tempat di bangku berhadapan air pancut di depan pavilion.
Nasib warna air pancut tu bewarna-warni ,tak ada la dia jemu memandang.
Tambahan lagi telefon nivea miliknya sudah sejam dipegang oleh Noah.
Noah punya jakun tu sampai duk ulang-ulang video dia nyanyi tadi nak dekat beratus kali.
"sampai bila kau nak ulang video tu Noah? Aku dah bosan ni" kata Nayra geram. Noah nak tengok video tu sampai subuh ke apa?
"sampai kau notice cinta aku"
Jawab Noah tanpa reaksi, wajahnya hanya difokuskan ke arah skrin.Macam acuh tak acuh je meluah perasaan, tang mana Nayra nak terimanya!
"aku haus" rungut Nayra.
Noah mengangkat wajah, sebotol air greentea di sebelahnya yang baru dibeli di familymart tadi diletak atas riba Nayra.
"minumla,aku tak buka lagi" kata Noah tanpa memandang Nayra.
"betulni,kau taknak?"
Noah hanya mengangguk ,kusyuk betul tengok video dia atau lebih kepada dapat baca whatsapp Nayra secara senyap-senyap.
Perangai tak jaga privasi seperti ayahnya pula.
Baru saja Nayra ingin membuka penutup botol ,botol itu terus dirampas oleh Noah.
Tersentak hebat gadis itu. Baru saja ingin memarahi, rupanya Noah ingin membuka penutup botol itu untuknya.
"aku boleh buka sendirila--" kata Nayra menyampah apabila Noah menyua botol tanpa penutup itu kearahnya.
"apa salahnya aku tolong kan?"
"diam ar" kata Nayra dan mula meneguk air greentea itu tanpa memandang Noah yang sudah tersengeh mengada sambil merenung wajahnya.
"seteguk air tu masuk dalam tekak kau, kau officially jadi girlfriend aku"
Pffft!!
Tersembur Nayra dibuatnya, habis basah wajah Noah dengan air greentea.
"Peng-rejectan level apakah ini Nayra!?" jerit Noah lalu meraup wajahnya yang sudah melekit dengan air greentea .
Mendengar kata-kata tak bertauliah Tengku Noah Haiqal membuatkan Nayra berasa terkejut lantas semua air yang hampir diteguk itu tersembur ke wajahnya.
"salah kau ar,aku sedap minum boleh buat ayat minta kena sembur ha memang padan ar muka kau!" terhambur ayat geram Nayra, botol air greentea yang bersisa separuh itu diletak di antara dia dan Noah.
Mujur semua orang yang lalu-lalang sibuk dengan hal masing- masing kalau tak mesti dah pakat gelakkan Noah.
"nasib perempuan kalau tak--" kata Noah lalu mencabut sweater dari tubuhnya. Nasib dia memakai tshirt putih di dalam.
"kalau tak apa? Kau nak pukul aku ke hah?" gesa Nayra sambil menampar- nampar lengan Noah seakan mencabar lelaki itu.
"kau ni, makin lama makin KO perangai. Aku ingat selama ni kau tak ada perasaan" selamba tanpa berfikir panjang Noah berkata.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...