Nayra menyikat rambut panjangnya sambil bersiul-siul. Sambil-sambil itu dia melangkah ke arah almari baju, dress singkat paras paha bewarna hitam diambil lalu diletakkan atas katil.
"arh lambatnya pukul 8 "cebik Nayra halus lalu menghempas tubuhnya di atas katil secara kasar. Matanya ralit memerhati koleksi kasut di atas rak di sebelah almari bajunya.
"pakai yang mana eh?" bisik gadis itu perlahan sambil menggeliat kecil.
Bunyi ketukan pintu menyentakkan lamunan Nayra seketika,dia segera bangun dan duduk bersila.
"siapa tu?" laung Nayra sambil meraba katilnya mencari ikat rambut.
"Nalif.."jawab empunya suara dengan nada suara yang amat halus, Nalif Arisya. Budak berumur 7 tahun itu perlahan-lahan memulas tombol pintu.
Nayra mengangkat kening. Dia ingatkan adik lelaki dia yang sorang lagi. Naufal Shah,berumur 16 tahun.
"Asal? Nak tidur?"soal Nayra lembut sambil mendepakan tangannya kearah Nalif yang sedang menjegulkan kepala ke dalam biliknya.
"tak.."jawab Nalif sambil menggeleng kecil,dengan kaki kecilnya dia berjalan kearah Nayra lalu tubuh kakaknya di peluk.
"akak..ada orang datang.." kata Nalif sambil tangannya menunjuk ke arah pintu bilik seakan ada orang di situ.
"siapa?" berkerut dahi Nayra,janganla ada tetamu ke apa. Aku nak pergi tempat lain malam ni heiii tak kuasa nak melayan tetamu malam-malam buta ni.
"Abang Noah" serta-merta Nayra menjulingkan mata dihadapan Nalif. Getah ikat rambut dilempar merata-rata tempat.
"Dia nak apaa!" rungut Nayra kasar sambil menyerabutkan rambutnya. Hilang habis imej akak ayu dihadapan Nalif Arisya tadi.
"Dia kata Aunty Iliya ada kirim sesuatu..dia suruh panggil akak" melongo sekejap Nayra . Aunty Iliya dah kenapa malam baru nak suruh anak teruna dia hantar barang.
Kang jumpa mamat tu tak fasal-fasal mood aku barai nak keluar malam ni.
"taknak ar,suruh abang Fal jela turun"
"tapi ,abang Noah kata selagi akak tak turun selagi tu dia taknak balik" Nayra buat muka jengkel.
"lepastu abang Fal tengah main game,Nalif takut nak tegur"Kedua belah pipi Nalif ditekap geram sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Baru sahaja dia menuruni beberapa anak tangga,satu susuk tubuh tegap yang sedang berdiri sambil menyandar tepi badannya di tepi rak kasut sudah menyapa matanya.
"Kau pehal mengada nak suruh aku turun"soal Nayra kasar walaupun dia belum menjejakkan lagi kaki di tingkat bawah.
Noah yang sibuk bermain phone hanya diam seketika,dia mengangkat wajah apabila Nayra betul-betul berdiri dihadapannya.
"hi Quokka" sapa Noah dahulu tapi dibalas dengan jelingan. Quokka,gelaran Noah terhadap Nayra.
Haiwan yang suka senyum,dan dikenali sebagai haiwan yang paling bahagia di dunia.
Walaupun tak melambangkan perwatakan Nayra,tetap sahaja Noah menganggap Quokka itu sesuai dengannya.
Sebab senyuman Nayra Aisyah itu mahal.
Satu senyuman manis diberi tapi dianggap senyuman sinis bagi Nayra .
"saja,rindu nak tengok muka mak lampir kau" balas Noah mendatar.Nayra menjegilkan matanya kearah Tengku Noah Haiqal yang tidak menunjukkan reaksi bersalah.
"apa kata kau menggedik dengan girlfriend kau je jangan libatkan aku" kata Nayra sambil memeluk tubuh memerhati Noah yang sedang membuka beg galas bewarna hitamnya. Satu bekas bersaiz sederhana bewarna biru dikeluarkan.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...