Bab 13 Pindah?

8.9K 886 446
                                    


"Nayra...." menggeletar bibir kathrina sambil menyebut-nyebut nama sahabatnya itu.

"kau jangan nangisla bodo , dia nak pindah sekolah je woi!" marah Sazzy lalu mengesat air matanya yang laju membasahi pipi.

"kau yang menangis masalahnya sekarang !" marah Kathrina lalu menyedut hingusnya.

"diam laaa"ujar Jane dengan nada tersekat-sekat. Dia memeluk lengan Nayra sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

Sedaya upaya menahan air mata daripada jatuh, siapa saja tak sedih kawan baik mahu berpindah ke sekolah lain?

"tak ada dah nak jadi leader membuli" ujar Kathrina perlahan,tadi dia mengelap air mata dengan selimut Nayra kini bantal peluk Nayra pula menjadi sasaran mengelap hingusnya.

"siapa nak belanja aku makan kat kafeteria lepasnii!?" raung Sazzy sambil berguling secara ganas di atas katil Nayra.

Nayra mengeluh,menyesal aku bagi 3 orang ni masuk bilik tidur aku,habis bersepah angkar Sazzy dan Kathrina.

"kenapa kena pindah..aku taknak.." ujar Jane sedih.

"rilekla, kita masih boleh jumpa. Kalau aktiviti sekolah. Kita jumpa bila perkemahan terbuka nanti,sekolah kita kan sekali dengan Gacha Highschool tahun ni" ujar Nayra sambil mengelap air matanya yang makin lebat.

"pastu perlawanan bola keranjang terakhir tu,sekolah kita datang ke Gacha kan. Time tu korang datangla sekali." katanya lagi,cuba menyedapkan hati sahabatnya yang semakin galau.

"tak samaa!" jerit Kathrina lalu membulatkan mata kearah Nayra.

Terus Jane mengangkat wajah, aik asal warna mata Kathrina warna hijau harini?

Hilang terus sedihnya. Sejak bila Kathrina suka pakai contact lense ni?

"kau pakai contactlense eh?"soal Jane sambil menggaru hidungnya yang merah.

Kathrina mengelap air matanya lalu memandang Jane tajam.
"kau pehal tanya soalan tu,kalau ya pun kenapa?"

"masalahnya ni kali pertama lepastu mata kau jadi besar lain macam" tambah Sazzy pula.

"kau ada date eh harini?" soal Nayra pula.

Angkara isu kanta mata hijau Kathrina terus isu sedih tadi dilupakan serta-merta.

"patutla sakit je time nangis tadi,aku lupa pakai contact lense ni" bisik Kathrina sendiri lalu jarinya mula bergerak ke matanya ingin mencabut kanta mata itu.

"patutla sakit je time nangis tadi,aku lupa pakai contact lense ni" bisik Kathrina sendiri lalu jarinya mula bergerak ke matanya ingin mencabut kanta mata itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"whatdefuck....pakai balik wei!!" gelabah Jane sambil menutup matanya ketakutan.

"ARGHHHH!!!" sazzy menjerit histeria apabila Kathrina sudah mencabut sebelah contact lense dari mata kirinya.

"AHHAHAH LAWAK SIOT. KAU TAK BOLEH PAKAI CONTACT LENSE WEI NAMPAK FAKEEE!!" terbahak-bahak Nayra ketawakan Kathrina sambil menghentak kakinya atas katil.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now