"tak makan? Fikir diri tu layak sangat ke nak diet?" soal Raihan Athilia sambil memeluk tubuh bersandar di tepi pintu bilik Nayra. Nayra menggulingkan matanya sehabis boleh kearah ibu tirinya yang seakan memprovok dia tak henti dari tadi.
"tak lapar" jawab Nayra malas, ligat tangannya mengemas beberapa helai pakaian ke dalam beg galas milik Tan Sri Nizam. Dia tidak punya beg sebegitu, yela tak pernah ikut aktiviti perkemahan jadi dia pinjam jela yang Ayah punya.
"okey " balas Raihan sepatah lalu masuk ke dalam bilik Nayra tanpa dipelawa mahupun meminta izin. Selamba je dia masuk,dah tahu anak tiri tak berapa ngam ngan dia .
Sewaktu Raihan duduk di atas katil Nayra, dia terpandang kearah skrin telefon gadis itu, dia perasan sejak dia masuk ke bilik itu asyik menyala je skrin macam orang telefon.
Skrin telefon Nivea milik Nayra itu hanya dikerling tanpa dipegang,kang mengamuk si anak tiri. Ha! Kan dah kata, Noah rupanya yang call dari tadi.
Boyfriend durhaka
Calling...
Yes/NoAmboi, Boyfriend Durhaka Nayra Aisyah pi save buat si Tengku Noah Haiqal yang budiman tu. Dah sah lagikan sahih mesti tengah gaduh, atau pun Nayra tak perasan kerana telefon itu dalam mode silent.
"Anak tiriku, pakwe mu telefon" bersama slang indon Raihan Athilia memberitahu bersama nadanya yang sememangnya annoying. Nayra yang duduk atas lantai mengemas barang untuk aktiviti perkhemahan esok itu dipandang.
Sempat dia menolak ontot Nayra yang duduk bersila membelakanginya itu dengan kakinya.
"ish, rimasla" decit Nayra. Terasa dinodai dengan mak tiri sendiri.
"siapa? Dengan I ke Boyfriend Durhaka?" soal Raihan tanpa perasaan mahu menapis ayat. Tak takut langsung kalau perempuan itu melenting.
Ternaik sikit kening Nayra apabila mendengar gelaran Noah yang baru dia cipta tadi. Dah tu je cara nak lepas sakit hati. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Noah nak moody dengan dia, fikir orang heranla tu?
"dua-dua" balas Nayra geram. Dia menutup beg lalu zip ditariknya kasar. Dia terus bangun dan mengangkat beg itu lalu dihempas kasar atas katil bersebelahan Raihan.
"gaduh?" soal Raihan, Nayra terdiam seketika apabila ibu tiri dapat menduga dengan betul. Sebelum ini mungkin dia agak berkasar dan tidak mahu memberi sebarang komitmen terhadap wanita itu. Tapi sekarang lain, dia makin lama makin selesa.
"hurm, tiba-tiba marah I. I tak buat apa-apa pun" bisik Nayra lalu duduk di sebelah Raihan. Raihan berdecit, dia tertawa kecil.
"kenapa gelak?" soal Nayra bengang. Orang tengah sedih boleh dia gelak. Sudahla dia tersiksa kena palau dengan Noah harini. Baru 3 bulan bercinta Noah dah buat perangai palau-palau pastu nak sindir-sindir.
"you sure tak ada buat salah? Tak cuba tanya dia?"
Nayr terkedu, dia diam sejenak cuba mengingati kejadian tadi. Sememangnya dia tak bertanya, tapi melalui apa yang Noah sindir--
"perangai kot" balas Nayra, tapi rasanya dia dah cuba ubah walaupun tak banyak.
"tanyala dia elok-elok. Selalunya lelaki marah perempuan sebab sayang" kata Raihan dan menepuk perlahan kepala Nayra. Nayra terus menepis tangan ibu tirinya dengan muka cemberut.
"jangan sentuh kepala" Noah je boleh. Eh kau.
"fine fine" Raihan tak ambil di hati, Nayra tak bermaksud mahu menyakitkan hati.
"before pergi camp esok, bawa sandwich ayam yang I buat sebagai bekal. Lepastu ni, pakai tau" sebotol sunscreen dikeluarkan daripada poket seluarnya lalu diletak atas tapak tangan Nayra.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...