Bab 51 akan dipublish kalau komen banyak. Sekian( /^ω^)/♪♪
"nak lagi?"
"Nak nak!"
"Okay nganga mulut , Say aaaa~!" Sesudu berisi kek coklat diangkat ala-ala kapal terbang di hadapan wajah si kekasih.
"Aaaa~" si kekasih apa lagi,layankan sahaja orang nak tolong suap.
"Biar betul dua ekor ni" desis Akif si jomblo 1.
"Aku rasa nak muntah ,tolonglah" ujar si jomblo 2 iaitu Kashaf.
"Ini apa miska!?" Bentak Kathrina si jomblo 3.
"Baby i am not even here, i'm hallucination" ujar Jane pula si jomblo 4.
Manakala readers si jomblo 5 hanya mampu tersenyum.
Mata mereka automatik merenung dua manusia yang berlovey dovey di meja makan. Nak muntah rasanya!
"Ngap!"
"Sedap sayang?" Soal Sazzy manja, mata dikedip-kedip laju memandang Naufal yang ralit mengunyah kek coklat.
"Mestila ,baby yang suap" puji Naufal melebih. Dia mencuit dagu Sazzy perlahan. Melihat Naufal selesai mengunyah cepat-cepat dia cedok sesudu lagi kek dalam pinggan kecil di tangan.
"Syahhhh..." Seru Noah, senyuman diukir lebar ke arah Nayra yang fokus terhadap santapannya. Wajah Noah langsung tidak dipandang . Tahu sangat,nak suap juga la tu! Mengada.
"Aisyah Aisyah"panggil Noah lagi. Tapi tidak pula dia buat perangai seperti sebelumnya. Selalunya lengan Nayra akan jadi sasaran. Memang akan dia goncang lengan Nayra sampai gadis itu rimas dan menurut permintaannya. Tapi tula.
Nak mengada kuat- kuat takut kawan lain dengar. Jatuh maruah nanti mengada dengan tunang.
Nayra tak membalas,dia hanya melirikkan pandangan ke arah Noah dengan mata dibulatkan garang tanda 'apa setan!? Aku nak makan!'
"Suap hehe, nak suap nak suap " dalam diam tangan Noah merayap menepuk-nepuk bawah siku Nayra. Nayra menjegilkan mata, ni aku siku muka ni baru lah lebam!
"Ish tak payah mengadalah" decit Nayra menolak permintaan itu. Noah mencebik,muncung dah panjang sedepa. Naufal kena suap siap menunjuk depan geng single. Dia pun nak, Nayra tunang dia. Bakal jadi isteri,tapi Nayra ni liat betul nak ajak bersweet.
"Ala..sesuap je.."pinta Noah dengan nada disedihkan sehabis boleh.
"Kau aku lempang japgi--" Nayra menyambung makan tanpa mempedulikan Noah yang sudah memasamkan wajah .
"Tapi--"
"No!"
"Aku manja dengan kau je,bukan orang lain"
"macam aku kisah"
Noah terdiam mendengar balasan acuh tak acuh Nayra. Jangan cabar aku Nayra .Aku bersweet dengan perempuan lain baru tahu.
Cuba bayangkan Noah cari perempuan lain?
Manakala manusia lain di meja makan itu seakan menjadi patung dan halimunan bagi pasangan bercinta itu.
"Fikir sweet ke babi" Kathrina dah buat muka.
"Aku bercinta tak macam ni"bisik Kathrina lagi . Terus Akif yang duduk di sebelahnya berpaling.
"Yer kau teruk lagi,kenyit mata kat pelayan pizzahut" sinis Akif tanpa menoleh ke arah Kath yang sudah melopong mendengar ayatnya.
Kathrina dah memerah muka,teringat akan kejadian dulu di mana dia kenyit mata kat pelayan pizzahut iaitu Akif hiks. Mana dia tahu Akif partime kat situ sekadar isi masa lapang. Dia fikir pelayan biasa ja.
![](https://img.wattpad.com/cover/159159822-288-k909744.jpg)
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...