Bab 4 Hero is coming!

11.7K 1.1K 334
                                    

"bawa keluar homework yang saya bagi 2 hari lepas" walaupun suaranya tidak tinggi namun mampu mendebarkan sesiapa saja yang tidak siap kerja sekolah.

Nayra and The Gang hanya bersiul selamba ketika Cikgu Jeman mengeluarkan rotan lipat dari poket kot hitam miliknya.

Sambil-sambil dia membuka rotan besi itu,dia melilau sekeliling kelas memerhati satu persatu wajah murid kelas 5 Hazel yang gelabah membawa keluar kerja rumah masing-masing.

Semua murid yang menurut perintah menyusun buku mereka dengan keadaan buku terbuka dihalaman kerja sekolah yang diberi 2 hari lepas.

"psst,kau siap ke?"soal Jane kearah 3 kawannya. Sepakat Nayra ,Sazzy dan Kathrina mengangkat mahu dengan bibir dijuihkan tanda tak peduli.

"balik nanti aku nak bakar rumah Keisha kelas 5 Emereld" kata Kathrina tiba-tiba.

"asal pula,dia buat hal?" soal Jane tidak mengerti. Dia menjongket kening kanannya tinggi kearah Kathrina.

"awal-awal aku dengan Kath suruh dia siapkan homework kitorang. Ehh boleh pula 2 hari ni tak datang" sampuk Sazzy yang turut akan menjadi mangsa didenda selepas ini.

"lambatnya nak kena denda, wei kau nak?"soal Sazzy sambil mengeluarkan satu bekas gula-gula mentos berperisa yogurt dari bawah lacinya.

Bekas itu disua kearah Jane yang sudah bersinar-sinar matanya. Pantas Jane menadah tangan kearah Sazzy.

"woi nak jugak" bisik Kathrina keras.
Sazzy terus melempar bekas gula-gula kearah Kathrina dan selamat mendarat keatas paha gadis itu.

"wei nak tak?"soal Jane kearah Nayra,Nayra hanya memuncung dan menggeleng.

Matanya sibuk merenung kearah Tasha yang duduk di hadapan sekali.

Ya,mereka sekelas.

Sibuk merenung,tiba-tiba Tasha memusingkan tubuhnya kebelakang ingin mengeluarkan kerja rumah miliknya dari beg.

Saat itu pandangannya bertembung dengan Nayra,bagaikan arus yang mengalir antara mereka.

Yang pasti jika setiap mereka ada kuasa, semestinya Tasha yang akan tewas melalui pandangan membunuh gadis bernama Nayra Aisyah.

Syok berbalas pandangan,akhir sekali Nayra mengangkat penumbuk kanannya diudara , elok -elok tepi wajahnya.

Tak semena-mena penumbuknya itu mengeluarkan jari tengah. Khas untuk Tasha si perampas yang menyedihkan dan pengecut.

Tersentak Tasha dibuatnya,badannya seakan membahang. Terasa gementar tiba-tiba,tak cukup dengan itu dia merenung bibir Nayra yang seakan berkata sesuatu.

'fuck,you' Tasha mengetap bibirnya apabila dia seakan dapat membaca gerakan bibir gadis itu. Serta-merta dia kecut perut,pantas dia menoleh kedepan kembali.

Jane hanya menekup mulut menahan tawa melihat kejadian itu,dia mengetuk mejanya cuba mencuri perhatian Nayra apabila Nayra sudah menurunkan jari tengahnya. Nasib Cikgu Jeman tak nampak.

"jadi kan balik sekolah nanti lepak kat gelanggang"soal Jane.

Nayra hanya tersengeh.

Ya,mereka berempat sepakat ingin berkumpul di gelanggang sampai petang akan ada friendly bola keranjang antara sekolah mereka dan Gacha Highschool.

"mesti,aku nak usya pelajar sekolah tu,aku dengar ramai hensem-hensem" kata Nayra dengan senyuman teruja. Dah macam Kathrina gaya gedik dia.

"usya pelajar sekolah tu ke.. usya abang Tengku Noah Haiqal?" soal Jane dengan suara sengaja dileretkan.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now