Bab 25 Love Note

7.6K 748 596
                                    

Terkedu Nayra apabila Noah meletakkan tapak tangannya di atas kepalanya. Tak cukup dengan itu , Noah siap claim lagi Nayra tu dia punya.

Sedar akan pandangan penuh busuk hati Kashaf dan pelajar Gacha yang lain membuatkan Nayra tersedar. Pantas ditepis tangan Noah dari memegang kepalanya.

Baru saja Noah mahu mengusik lagi, hidung Noah dipenyekkan dengan kotak pensil Kashaf, kuat!

"Ambik kau!" kata Nayra selepas menghempuk wajah kacak Noah dengan kotak pensil Kashaf.

Orang tanya elok-elok dia boleh buat acah sweet kat sini!

"kau blushing pun agak-agak ar!" herdik Noah sambil mengusap wajah kacaknya.

Nayra punya hempuk tu sampai bergegar otak Noah, hampir berterabur sel-sel pemikiran acah sweetnya ke lantai.

"siapa kata aku blushing!?" meninggi suara Nayra, nasib baik sekarang pelajar Gacha tinggal sedikit sahaja dan kebanyakkannya sudah mahu pulang.

Kalau tak memang jadi tumpuan ramaila mereka!

"Eh Aisyah,aku kenal kau dri zaman kita pakai pampers tau, aku tahu kau pakai pampers jenama koteks lepastu kau suka kencing merata tempat" ternganga mulut Nayra dengan kata-kata tak masuk akal Noah.

"Koteks tu jenama pad la bodo!"

Terdiam Noah seketika, terasa malu dengan percakapannya tadi yang acah tahu segalanya tentang Nayra.

"O-oo okey" balas Noah kekok. Dia mula membuka buku log dan mengambil pen di tangan Nayra.

Sengaja Noah mengenggam tangan Nayra sewaktu merampas pen. Terkebil-kebil Nayra seketika. Mamat ni memang gatal kan!?

Tapi Nayra diamkan saja, malas pula mahu bertekak dengan Noah. Alamatnya sampai malam pertamala takkan habis. Eh?

Nama penuh Nayra Aisyah ditulis dalam senarai tempahan baju lalu ditoleh ke arah badan Nayra.
"apa tengok-tengok ha, gatal" tuduh Nayra.

Noah yang tadi sibuk menulis terus mengangkat wajah.
"aku tengok saiz badan kau je"

"kalau aku gatal, baik aku pegang je kau dari tengok saja" sejurus itu bahu kanan Nayra dicubit manja. Nayra dah tayang muka meremang.

Wajahnya sudah membahang, tuhann anak siapa ni hanet sangat!

"buat kerjala!" bentak Nayra lalu mengensot sedikit menjauhi Noah yang sudah terkekeh-kekeh gelakkan dia.

Ya tuhan, gelak pun hensem.

Agak-agak muka Noah time meneran berak hensem tak?

"wei semua murid dah blah, jom la balik" ujar Kashaf dan sempat memandang tajam kearah Nayra. Seakan tidak berpuas hati.

Sedar akan pandangan penuh maksud tersirat Kashaf itu , Nayra membalas pandangan tajam itu sebelum berkata.
"yer aku pujuk Jane!" kata Nayra .

Wajah masam mencuka Kashaf tadi automatik berubah ke wajah ceria. Ceria bila nama Jane disebut.

"Thankyou Nay--"

"HASHIUUUMMMMM!" bersin Noah lagi. Sah lagikan sahih mesti Faiz tengah mengumpat pasal dia sekarang ni.

Terhinjut bahu Kashaf manakala Nayra yang juga turut terkejut hanya menayang wajah tenang seakan tidak terkesan.

"Siapa Hashim?" soal Kashaf yang blur. Noah dahla bersin bunyi pelik . Dia punya kuat bersin tu sampai terbang korona.

Nayra menepuk dahi apabila mendengar ayat tak berapa nak betul Kashaf itu. Tak heranla Jane reject walaupun Kashaf tu kacak.

"ey kau blah laa!" halau Noah. Pantang kalau ada lelaki bertegur dengan Nayra, hangin je rasa.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now