Bab 60 Devilicious

5.5K 646 851
                                    

Kalau banyak komen aku update laju esok. Okeh

.
.
.
.

"hurm" Nayra mengeluh selepas menutup pintu bilik disiplin. Di mana dia di soal jawab oleh Cikgu Hareudang. Oleh kerana Nayra siap bersumpah atas nama tuhan tidak menipu maka Cikgu Hareudang yang serba salah terus memutuskan untuk terus menyiasat tentang kes itu dengan lebih lanjut dan hukuman ke atas Nayra ditangguhkan.

Paling menyakitkan hati, rupa-rupanya rakaman CCTV di kelas 5 Emerald tiba-tiba lesap. Dengan dvd sekali ghaib di bilik kawalan. Makin berasapla Nayra. Bukti tu! Satu-satunya...

"Hai?" Tegur seseorang, Nayra mengangkat wajah ke arah empunya suara yang berjalan menghampirinya. Lelaki itu segak memakai jersey basketball bewarna hitam emas.

"Macam mana ? Okey?" Soal Noah, Nayra mencerlung memerhati Noah dari atas hingga bawah. Berpeluh-peluh. Pasukan bola keranjang sibuk berlatih buat kali terakhir sebelum pertandingan barangkali.

Pada hari itu , pasukan dari Goldtree Highschool akan berkunjung ke Gacha Highschool untuk bertanding. Final Game.

"Awak kata awak percaya saya, penipu" ujar Nayra. Dia menjeling Noah dan berlalu pergi kearah bertentangan agar tidak berselisih dengan tubuh Noah.

Terkebil-kebil Noah, hujung rambutnya yang terjuntai di dahi dek kerana peluh dikuak ke belakang sebelum dia berlari mengejar langkah gadis itu.

"Hey... Kenapa ni hmm?" Dia cuba menarik tangan Nayra tapi ditepis pantas.

"Kalau awak percaya saya , awak tak akan pujuk Cikgu Hareudang. Nampak sangat takut benda tu betul" Noah mengeluh, silapnya juga tidak memberitahu Nayra terlebih dahulu. Dia merayu pada Cikgu disiplin untuk lepaskan Nayra . Walau apa yang berlaku dia tidak mahu Nayra dikenakan hukuman.

"Okay, okay i'm sorry" Noah mendekat cuba memegang bahu Nayra tapi gadis itu malah mengundur .

"Jangan dekatlah awak busuk, berpeluh" Nayra memberikan pandangan yang judgemental. Noah buat muka sedih, konon terkilan. Padahal Nayra menipu, Noah berpeluh pun tetap wangi. Boleh je sebelum ni peluk Noah lepas lelaki itu pulang dari latihan bola keranjang. Asal pakai ubat ketiak semua jalan.

"Eh berpeluh-peluh pun sebab bersukan tau. Suami awak ni kapten team okey. Kalau busuk sekalipun ramai ja depa tangan kalau saya nak peluk" terherot-herot bibir Nayra. Tiba-tiba rasa tampar orang walau dia tengah marah atas kes Cikgu Hareudang.

Perasan akan wajah ketat Nayra, Noah betulkan posisi badan Nayra agar menghadapnya. Rasa lain pula imej gadis itu hari ini.

"Siapa ajar ikat sanggul kat sekolah ni?" Soal Noah , perasan akan imej Nayra yang berbeza. Gadis itu menyanggulkan tinggi rambutnya. Jelas leher jinjangnya terdedah sebab itu Noah triggered.

"Sazzy, videocall dengan dorang semalam" ujar Nayra merujuk pada kawan-kawannya dan menyentuh sanggulnya. Memastikan kelihatan kemas di hadapan Noah.

"Cabutla" pinta Noah.

"Eh kenapa?" Penat dia kena bebel dengan Sazzy dan diejek oleh Kathrina dan Jane sebab tak pandai sanggul semalam. Ni dah pandai boleh senang-senang Noah suruh cabut?

"Cepatlah, seksa sangat saya tengok" Noah cuba menyentuh rambut gadis itu tapi Nayra menolak kuat tangannya.

"Seksa ke seksi? Rawr" mahu terlopong Noah. Boleh dia rawr kan aku kat sini? Nayra tergelak kecil. Suka pula usik Noah.

"Iya seksi, taknaklah orang lain tengok. Isteri saya ni cantik " Nayra kulum senyum. Baru ja tadi dia nak marah, terus lupa amarahnya sekarang.

"Tak peduli" Nayra jelir lidah. Sempat dia toleh sekeliling. Tiada satu pun pelajar di sekitar ruangan pejabat.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now