Bab 40 Broken

7.3K 659 344
                                    

"suami dia tu punyala baik, isteri dia tu kenapa hanat sangat. Kenapa mak suami dia pun lahanat?" cebik Nayra. Sebekas besar popcorn berperisa karamel di atas riba langsung tidak diusik sejak dia dan Noah menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang itu.

Untuk menonton filem bertajuk 7 hari bergaduh denganmu. Pergh!

"rileksla , drama je" tegur Noah bersahaja. Sesekali wajah buah hati disebelahnya itu dikerling ketika dia mahu menyeluk tangan ke dalam bekas popcorn.

Apa entah motif popcorn atas riba Nayra, padahal Nayra tak usik pun. Baik letak kat atas riba Noah je terus.

"diam" ujar Nayra dingin. Automatik Noah terdiam, lidahnya terkelu seketika apabila direnung tajam oleh Nayra Aisyah.

Walaupun suasana di dalam panggung itu gelap gelita, tetap sahaja panahan mata Nayra itu seakan bernyala tika menjelingnya. Samar-samar pun nampak garang. Aum.

"taknak" balas Noah. Malas nak ambil kisah dengan renungan tajam gadis itu. Jelas mata gadis itu berkaca. Aduuu sedih sangat ke?

Noah memandang sekeliling, hampir semua wanita di dalam panggung sudah mengalirkan air mata di mana Mak asalehe asaleha menyiku ontot Nur Mamma Mia sehingga Mia tersondol ke dalam reban ayam.

Terkedu Noah seketika melihat suami Nur Mamma Mia iaitu Huririri mahu menyambut  isterinya tapi kerana terpijak taik ayam di tengah jalan. Terus lelaki itu tersadung dan kepala termasuk ke dalam tahi lembu yang entah dari mana muncul.

Noah ternganga, nak sedih juga ke nak gelak ni?

"sruttt!!" tiba-tiba Nayra menghembus hingus dengan tisu yang entah dari mama dia dapat.

Noah dah tayang muka jijik campur riak terkejut, punyala dia fikir Nayra dah elok sebab tak nangis. Dari tadi gadis itu hanya mata bertakung tapi tidak pula menangis.

Ke Nayra malu nak nangis?

"shruttt ohok ohok ohok!" dah nazak bunyi Nayra hembus hingus. Loya sekejap tekak Noah mendengarnya.

Tiba-tiba ada mentol terbit dari atas kepalanya. Terus hujung bibir lelaki itu terukir satu senyuman mengada. Apa salahnya nak cuba sweet sweet sikit kan?

"Nayra kau--" Noah cuba melingkarkan lengan kanannya ke belakang leher Nayra tapi pantas Nayra mengelat dengan bergerak ke depan sedikit.

"kenapa panggil Nayra?" soal Nayra tiba-tiba. Yang peliknya mata dari tadi duk berkaca tapi tak pecah-pecah.

Hairan sekejap Noah. Ada yang tak kena ke kalau panggil dia Nayra? Bukan ke tu fav callname minah ni?

"kenapa?" soal Noah blur.

"kau tak sayang aku" ah sudah, Noah dah melopong melihat Nayra sudah mengemam bibir bawahnya seakan terasa hati dengannya.

"k-kenapa kau kata macam tu?"

"kau tengok dalam drama tu, teruk mana bini dia pun dia selalu panggil bini dia sayang,panggilan manja herm kau tak sayang aku" terkelip-kelip Noah merenung Nayra. Nayra ni dah kenapa?

Susah betul ada girlfriend jenis straight forward ni.

"dahtu kau nak aku panggil kau--" jeda, Noah merapati wajahnya kearah telinga Nayra.

"sayang?" bisik lelaki itu. Wajah Nayra sudah membahang.

"tak!" bantah Nayra keras. Tak mahu lelaki itu memanggil kerana permintaan dia. Dia mahu Noah panggil atas kehendak dirinya sendiri.

"dahtu!"

"abaikan" Noah dah kepal penumbuk kasih sayang. Geram nak gomol Nayra kat situ juga.

"dari tadi mata tu duk berair je. Pastu sedut hingus bagai tapi tak nangis. Malu dengan aku ke?" soal Noah lembut. Nayra menggeleng laju.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now