Bab 38 Love

7.3K 744 315
                                    

"nah, kau ambik balik telefon kau!" masuk sahaja ke dalam perut kereta terus Nayra menghentak kasar telefon milik Noah ke atas dashboard kereta lelaki itu.

Noah yang ralit menstalk telefon Nayra buat kali terakhir hampir tercarut apabila disergah tanpa salam begitu.

Tapi tidak pula dia menegur tindakan kurang sopan Nayra, kalau dia berada di tempat Nayra juga dia akan mencarut. Tambahan lagi tertukar telefon semalam angkara Noah sendiri.

Sudahla telefon ada fingerprint, macam mana Nayra nak buka. Akibat dilanda kebosanan yang teramat semalam tanpa melakukan rutin harian iaitu menonton abs Jimin sebelum tidur membuatkan Nayra rasa berdendam tiba-tiba.

Tidak tahukah Noah, abs BTS mampu membuatkan ARMY diulit mimpi dengan tenang dan bahagia?

Lagi membulat mata Noah apabila Nayra merampas telefonnya di pegangannya. Terbuka sedikit mulut lelaki itu dan sekali tangannya bergerak kearah Nayra tika telefon Nivea itu dirampas. Seakan tidak rela telefon itu kembali ke tuan asal.

Alaaa tak puas stalk!

Jahnam betul boyfriend macam ni. Kecam Noah berjemaah sila. Dia punya over jaga tepi kain Nayra tu level tahap dewa.

Sayang dia dekat Nayra pun level tahap langit ketujuh juga, hikhik.

"alaa... " cebik Noah, telefon Nivea di pegangan Nayra itu direnung tak puas. Seakan mahu berpisah dengan kekasih lama gayanya

Manakala telefon miliknya sendiri di atas dashboard tidak pula diambil, dasar ini lelaki. Malah Noah sekarang memaut lengan Nayra lalu digoncang mengada.

Nak telefon,nak telefon!

"apa alaa alaa!?" herdik Nayra berang apabila Noah tak henti menggoncang lengannya. Terus ditepis kasar tangan Noah yang melekap di tangannya.

"kau nak aku pegang  telefon kau!?" melenting habis suara Nayra Aisyah saat tangan Noah terlepas dari memaut lengannya.

Noah hanya diam tidak menjawab apabila dimarahi oleh Nayra, seakan ibu memarahi anaknya tika si anak terberak atas karpet. Ha begitula mereka berdua sekarang.

"supaya kau dapat pegang telefon aku, macamtu ke Noah!?" makin mengecil diri si Tengku Noah Haiqal apabila dimarahi oleh cik teman wanita. Dia time manja macam kucing, time garang macam singa .

"hurmm..." Noah tidak terkata apa-apa , terasa berat hati mahu membuka mulut untuk membalas herdikan demi herdikan oleh Nayra Aisyah.

Dia hanya meng'hmm' sambil mengangguk. Bimbang jika Nayra makin naik hantu dengannya jika dia menjawab.

"habistu kau nak aku pegang telefon kau, aku nak buat apa!? Dahla fingerprint, takkan nak hadap lockscreen kau je. Muak aku tengok muka sendiri"bentak Nayra lagi, sudahla lockscreen Noah gambar Nayra. Muak pula si Nayra tenung wajah dia sendiri.

Noah diam, aura kemarahan Nayra sewaktu menjadi kekasihnya kini terasa lain.

Nayra sudah mengangkat kening melihat Noah yang tidak membalas herdikannya. Selalunya Noah akan mengapi-apikan Nayra tapi sekarang lain pula. Lelaki itu hanya diam seakan mengaku tentang kesalahannya.

"kenapa diam?" suara Nayra makin mengendur. Serba-salah pula mahu memarahi Noah lagi.

Noah tak membalas, kini dia melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Suasana taman permainan di tengah kawasan perumahan Nayra itu menjadi tumpuan daripada Nayra disebelahnya.

Melihat Noah yang mendiamkan diri selepas dimarahi itu membuatkan Nayra menghela nafas perlahan sebelum telefon miliknya itu diturunkan ke atas ribanya.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now