Bab 7 Flirty.

10.4K 1K 320
                                    

Disebabkan ni double update,sila baca Bab6 dulu kalau tak baca lagi. Takut korang terbabas atau terskip. Sekian.

.
.

Nayra menoleh kearah manusia yang selamba menarik lengannya. Kemudian pandangan maut gadis itu dari wajah makin turun ke tangan lelaki yang memegang lengannya.

Bukan turun ke hati yer? Jangan salah faham. Eheks

"kau pehal pegang-pegang aku?" soal Nayra lalu menarik kasar lengannya dari pegangan Leo.

"kau ikut aku?" soal Nayra apabila Leo hanya mendiamkan diri seketika.
Nayra memandang Leo dari atas hingga bawah.

Sempat bola di pegangan leo itu dijeling.

"kau bercinta dengan Noah?" soal Leo. Di tundukkan sedikit wajahnya kearah Nayra yang tinggi hanya paras bahunya itu.

Nayra berdecit suka,suka melihat Leo yang sekarang. Dengar khabar,Leo dan Tasha bergaduh besar selepas Noah baling bola ke muka Leo kelmarin.

Lelaki lembik tak reti backup awek katanya si Tasha dan ada suara-suara yang kata Tasha bandingkan Noah dengan Leo.

Huh, lepas tengok sisi overprotective Noah terhadap Nayra baru rasa menyesal dan tergugat ke cik Tasha?

"yer aku bercinta dengan dia,asal?" bukan sahaja Leo terkejut tapi Nayra juga membulatkan mata dengan apa yang baru keluar dari bibirnya.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku cakap macamtu!? Niat ingin sakitkan Leo dan berlagak yang dia bahagia tapi tak sangka kata-kata itu yang keluar.

Kalau Noah dengar ni eyy. Tak pepasal Noah gelakkan dia.

"takkan" jeda,

"kau tipu!"tiba-tiba Leo menyergah Nayra . Nayra terkedu seketika,ey mamat ni ada juga aku taekwando si Leo ni.

"Noah lagi hensem dan lagi kaya. Dari kau Leo" tambah Nayra lagi ,kini Nayra tak menyesal sebab memandai claim Noah boyfriend dia selepas melihat reaksi Leo itu.

Terus Leo berjalan meninggalkan Nayra, sempat lelaki itu merempuh kasar bahu Nayra.

Selepas Leo pergi,senyuman sinis Nayra mati.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Go Gacha Highschool yeayyyy!!" sorak Kathrina kuat sambil mengibarkan banner bertulis Gacha Highschool yang entah dari mana Kathrin rembat.

Banner itu dijulang tinggi ke udara. Fuh semangat dia bukan kaleng -kaleng!

Dia punya desperate nak perhatian pemain Gacha Highschool itu tak dapat dibendung.

"Woi ! Dah dah ar ,orang pandang kau macam apa dah!"jerit Sazzy yang entah keberapa menjerit bagai nak gila dengan Kathrina.

Nayra dan Jane pula sibuk merakam perlawanan bola keranjang yang sudah berlansung sejak sejam yang lalu menggunakan telefon Nayra yang berjenama Nivea.

Letak je telefon tu di ketiak dijamin esoknya ketiak akan jadi mulus.

Jane yang memerhati pergerakan rakaman di telefon milik Nayra terus tersengeh. Ramainya hensem hurm patutkah aku jadi gedik macam Kathrina?

"alaa biasalaa time ada game,apa guna wujudnya pasukan sorak!?"bentak Kathrina kearah Sazzy tapi masih tak berhenti terpekik-terlolong menjerit nama Gacha Highschool.

"kau tu suka cari masalah!"

"apa pula,bukan aku je bersorak. Kau baik-baik sikit. Aku libas banner ni ke muka kau baru tahu langit tu rendah ke bawah!"

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now