Bab 37 Sweet-glared

7.9K 744 536
                                    

"sayang kenapa tak tidur lagi?"

"slide dah siap belum?"

"ni dah pukul berapa dah ni pi tido,esok you ngantuk"

"Nayra Aisyah apa kau tengok tu hah!?"
Sergah Noah apabila Nayra asyik menonton video tiktok onlineboyfriend di instagram.

Siap pakej tersengeh-sengeh lagi! Sudahla Nayra sorang tak keluar rehat pagi ni, nampak sangat syok terlampau tengok video lelaki viral tu.

Noah lagi hensem!

"apa?" soal Nayra tak bersalah. Dia sambung memfokuskan video itu daripada mempedulikan Noah yang sudah membuak- buak perasaan cemburunya.

"sweet apa?"

"apa yang sweet!?" bentak Noah lalu menghempas punggung ke tempat duduknya.

"lelaki ni la..aku suka lelaki yang tenung aku macam ni pergh. Baru sweet, nampak cam dia sayang kat aku" kata Nayra jujur dengan apa yang dia rasa.

"eleh"

"betul! Mana -mana lelaki yang tenung perempuan nampak sweet tau!"

Noah diam, dia terasa hati pula dengan ayat Nayra. Aku tak pernah cairkan hati kau ke wahai makwe ku hiks hiks.

Galak Noah memerhati wajah Nayra yang tersenyum-senyum menonton kembali video tak berapa semenggah itu.

Senyuman tu untuk aku je! Bentak Noah dalam hati.

"asal tenung aku macamtu?" soal Nayra tak selesa.

"asal?"

"nampak pelik" jawab Nayra bersahaja.

"kau kata lelaki yang tenung perempuan sweet, eee!!" bentak Noah geram. Mejanya ditepuk kuat.

"bak sini" Noah menadah tapak tangan kanannya di antara wajah Nayra dan skrin telefon Nivea gadis itu.

Siapa rindu telefon Nivea angkat kaki.

"ehh?" soal Nayra terkejut, Noah dah kenapa nak minta-minta telefon dia pulakni. Janganla sampai overprotective sangat.

"bak sini" gesa lelaki itu lagi, dia cuba merampas telefon dari pegangan Nayra namun gagal apabila gadis itu cepat-cepat menyorokkan telefon itu ke dalam poket blazernya.

"Nayra" panggil Noah tegas. Tapi gadis itu tetap begitu, membantah keras.

"Aisyah.." panggil Noah lagi tapi dengan nada yang mengendur ,tidak setegas ketika menyebut nama hadapannya.

Nayra menggigit bibir, dia akui dia tidak suka nama belakang dijadikan panggilan tapi terasa lain pula bila lelaki bernama Noah yang menyebutnya.

Terasa berbunga gituw auch!

"Girlfriend.." panggil lelaki itu dengan nada meleret. Dia menjongketkan kening kanannya apabila gadis itu seakan mahu menurut.

"fine" Nayra kalah dengan suara garau, lagi- lagi bila suara lelaki itu menyebut namanya. Terasa seperti berada di awangan!

Telefon itu diletak kasar di atas tapak tangan Noah. Belum sempat Noah mahu menggenggam telefon itu, Nayra menarik telefon itu kembali.

"kenapa--?"soal Noah hairan, takkan tak jadi nak bagi.

Alaa!!

"nak telefon kau" kata Nayra dengan senyuman senget, selalunya lelaki pun susah nak serah telefon segala ni.

Rahsia dorang bukannya kecik cam perempuan. Setahu Nayra, semua lelaki pasti pernah tengok 'video haram' itu.

Jadi bagi pendapat Nayra, Noah pasti membantah untuk menyerahkan telefonnya.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now