Bab 23 Potterhead

7.3K 743 708
                                    

Kad jemputan kahwin milik ayahnya dan bakal ibu tirinya itu dibelek tanpa minat sambil dia berjalan di kawasan koridor itu.

"nak kahwin,kahwin jela. Tak payah susahkan aku" cebik Nayra. Rasa malas pula nak bagi kad ni pada Noah.

Kalau bukan sebab Naufal paksa memang lambat lagi dia nak sentuh kad itu.

Kenapa perlu dia, kenapa bukan Tan Sri Nizam terus bagi kat keluarga Noah.

Tan Sri Nizam dan Tengku Harraz ayahnya Noah kan business partner. Selalu jumpa.

Gatal sangat nak kahwin kan, nak juga libatkan aku. Teringat akan tamparan Tan Sri Nizam semula sudah cukup memeritkan.

Apa yang dia tahu,selepas wanita itu diijab kabulkan. Dia tak akan pernah berbaik dengan wanita itu.

Tak akan!

"Nayra!" tegur seseorang. Bahu gadis itu dicuit manja dari tepi.

"uu takut"
Nayra tidak pula terkejut tapi dia membuat muka ketakutan seakan terkejut. Dalam stress sempat nak berlakon.

"kad apa tu?" soal Faiz sambil mengintai isi kad itu. Terus Nayra menyorokkan kad itu ke dalam slingbagnya.

"tak ada apa" balas Nayra dan tersenyum.

"Sebenarnya Faiz nak tanya, Nayra rumah sukan apa yer? Faiz slytherin" wajah Faiz dikerling sipi-sipi sahaja oleh Nayra sewaktu lelaki itu berjalan seiring dengannya.

Faham sangat, lelaki ini berminat dengannya.

"slytherin?" soal Nayra hairan. Ada unsur potterhead ke sekolah ni?

"Yup ada 4 rumah sukan, sebab minggu depan kan ada hari sukan. Gryfindor merah,slytherin hijau, hufflepuff kuning dan ravenclaw tu biru"

"oh" punyala panjang Faiz terangkan hanya itu yang Nayra balas.

Nampaknya Faiz mahu jadi seperti Noah. Direject.

"Kalau Nayra tak tahu nak masuk rumah sukan apa nanti..Nayra masuk slytherin tau. Sekali dengan Faiz!"
Bersungguh lelaki bernama Tengku Faiz Arshad itu .

"ohhh"

"nanti kita boleh buat aktiviti sekali,berak pun sekali,mandi sekali, menyetan sekali"

Manakala Nayra dah membuat muka hambar, Faiz ni lagi annoying dari Noah.

"oh ya, Faiz ada beli lolipop tadi. Nayra nak?" soal Faiz lalu menyelongkar poket blazernya. Nayra membuat muka.

"Yerla yerla" mohonla berambus, Noah pun tak merimaskan sebegini hish.

Tangan Nayra diambil tanpa izin dan lolipop di letak atas tapak tangan Nayra lalu ditutup . Tercengang Nayra seketika.

Mamat ni berani pegang aku!?

Naik turun dah nafas Nayra tapi digagahkan juga bibir untuk tersenyum sebaik sahaja Faiz menoleh ke arahnya.

"erm Nayra"

"er yer?"

"Nayra single kan?" soal Faiz dengan sengihan. Nayra dah tak boleh kawal muka, muka penuh keracistan ditonjol.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now