Bab 12 New Things

9.1K 940 518
                                    

"awak..dengar dulu apa saya nak cakap" dia cuba meraih tangan lelaki itu tapi segera lelaki itu tepis sehingga terdorong kebelakang gadis itu dibuatnya.

"DIAM!" tempiknya kasar. Terhinjut bahu gadis itu dibuatnya,matanya makin berkaca.

"aku tak sangka.."dia bercekak pinggang dan membelakangi gadis itu.

"aku sayang kau..aku setia dengan kau"

"saya pun sayang awakk" dia menahan sebak.

Kedua belah mata mulai kabur,bila-bila masa sahaja air mata akan jatuh. Namun dia tahan,taknak kelihatan lemah .

"TIPU!" tempik Noah bengang. Berdesing telinga Nayra dengan jeritan lelaki di sebelahnya itu, terus dia smash belakang kepala Noah sekuat hati.

"Diamla,aku nak tengok drama pun tak senang!" kata Nayra garang,dia menghempuk muka Noah dengan bantal di sofa itu.

Tak tahu la mimpi apa Noah gerak dia pagi-pagi suruh teman dia tengok drama sedih. Jarang betul lelaki berjiwang ni,ew.

Nayra mengalih kembali perhatiannya kearah televisyen. Kelihatan watak lelaki itu menarik rambut watak perempuan yang dianggap bekas kekasihnya yang curang itu ke dalam tasik.

Ternganga Nayra seketika,cerita apa ni duh!?

Noah pula dah menggosok belakang kepalanya laju,
"rilekslaa,aku tengah menjiwai watak kot! Bukan macam kau,tak ada perasaan!"

Nayra kembali mencerlungkan matanya kearah Noah,

"apa!?"

"scene sedih kau boleh buat muka poker,kau ada perasaan ke tak ni!?" terus Noah memegang kedua belah kepala Nayra dan digoyang seakan cuba menyedarkan gadis itu.

Tak semena-mena dahi Noah ditepuk kasar,
"sakitlah bebal"

"argh!" jerit Noah dan menjauhi Nayra, dahinya ditekup dengan tapak tangan. Tak chill la minah ni.

"duk pegang-pegang aku,kau dahla busuk tak mandi lagi!" jerit Nayra geram. Bahu Noah ditolak menjauhinya.

"eh busuk aku pun, baju yang kau tengah pakai sekarang baju aku tau! Beringat sikit!"

Sempat Noah mengingatkan Nayra akan baju yang Nayra pakai sepanjang menetap di rumahnya selama 2 hari itu.

Nayra pula tak menolak,dia tahu dia datang tanpa apa-apa keperluan penting seperti baju.

Jadi terpaksa dia redha memakai tshirt Noah yang kelihatan besar di tubuhnya itu.

"agaknya sebab ni kau single. Kau tahu tak kenapa orang tak ngorat kau? Sebab--"

"bukan ke kau selalu mengorat aku?"
Celah Nayra dengan wajah tiada perasaan bersama kening yang terjongket tinggi .

Terdiam kejap Noah.

Dia memandang kearah televisyen sebelum menoleh kembali kearah Nayra.

"ehh tuu--"

"Nayra.." panggil Puan Iliya menghalang Noah membela dirinya yang sah sah kantoi selalu mengorat anak dara orang.

RipNoah#

Puan Iliya masuk ke ruang tamu bersama satu pinggan yang berisi biskut semperit cheese.

Lalu dia meletakkan pinggan berisi biskut itu di atas meja sebelum menarik Noah daripada duduk di sebelah Nayra .

Tanpa diduga tubuh anak lelakinya itu ditarik dan ditolak kasar ke lantai,kemudian dengan senang hatinya dia duduk di atas sofa bersebelahan Nayra Aisyah.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now