Bab 33 Propose

7.3K 761 538
                                    

"aku baru try sikit dah nangis cam ape dah, cuba kalau aku buat bebetul" Noah tergelak sendiri sambil memerhati Nayra yang ligat mengesat hidungnya yang merah.

"tu baru sejam tau aku ignore kau" tambah Noah lagi sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke arah Nayra yang sibuk menggigit roti sardin.

"kau ni..." bisik Nayra perlahan, sejak aksi meluah yang tak berapa sweet tadi Nayra hanya mampu menunduk sahaja.

Habis jatuh standard cool yang selama ini dia kekalkan dihadapan lelaki itu.

"usik sikit dah sentap" Noah menyedut jus mangga sambil memerhati sekeliling padang.

"janganla usik aku!"

"ada aku kisah?"

Kini dia dan Nayra duduk di bawah pokok rendang di tepi padang. Disebabkan Noah itu disegani pelajar Gacha maka semua murid tidak berani untuk duduk mendekati pasangan itu.

"aip aip, carut lagi aku ignore kau" Nayra menggulingkan mata menyampah. Nampaknya dia ada kelemahan baru dan kelemahan itu akan selalu diguna oleh Noah nampak gayanya.

"okay fine, ignorela selagi boleh ignore!" Nayra dah mencebik nak nangis balik. Noah mengecilkan matanya kearah Nayra, sejak bila Nayra cengeng ni,suka nangis ni?

"alaaa aku gurau je" pujuk Noah sambil tersenyum kacak. Air kotak perisa mangga yang masih sejuk itu ditekap ke pipi Nayra sekilas

"aku mana boleh marah kau lama-lama..nanti rindu" Nayra menggigit roti sardin sambil mengunyah laju.

Cuba mengabaikan perasaanya yang berbunga-bunga dengan ayat manis Noah.

Jangan senyum Nayra, jangan senyum!

"woahh tengok tu acara nak start!" sorak Nayra perlahan melihat beberapa pelajar mula mengambil posisi di garisan mula.

Noah mengangkat kening. Air kotak yang sudah kosong itu digenggam sehingga kemek , matanya mula memandang ke arah peserta sebelum memandang ke arah Nayra.

"sejak bila kau minat tengok sukan ni?"

"sebab tak pernah tengok, selalunya time sukan aku ngan member aku ponteng" balas Nayra, Noah tersenyum sendiri.

"kenapa sekarang baru nak tengok, sebab ada aku ke?" soal Noah. Dia mula melagakan bahunya ke bahu Nayra.

Gedik!

"diamla!" Nayra membuat muka masam,cuba sembunyikan wajahnya yang mula membahang kerana usikan Noah.

"seminit lagi acara 100m 18 perempuan akan bermula" kata MC baru , Laura Aqasya.

" dan akan diikuti lelaki bawah 18" umum Elliya Shafiqah selaku MC selepas waktu rehat.

Oleh kerana Fitri dan Nayla bergaduh berebut microphone sampai micdrop akhirnya mereka digantikan dengan dua manusia lain.

"Farah Nadia nampaknya amat bersemangat, belum apa lagi dah menunggu di tengah padang!" ujar Laura sambil menepuk tangannya bangga kerana Farah Ravenclaw sepertinya.

"begitu juga dengan Yaana Ediza dari rumah Slytherin, seperti yang kita tahu dia johan berturut-turut bagi acara pecut 100m" kata Elliya Shafiqah tanpa memandang Laura.

Seperti Fitri dan Nayla tadi, mereka mula bergaduh tapi dalam keadaan damai dan sinis.

"begitu juga dengan Husna Elya, sebagai penolong rumah sukan Gryfindor dia juga menurut serta dalam acara lari!" Laura berkata tanpa perasaan bila menyebut rumah sukan orang lain.

"akhir sekali Insyee Aleen, mewakili Hufflepuff. Wah dengan rambut yang diikat tocang. Nampak seperti kuda yang menanti untuk menyodok crush yang lahnet!" Laura menjeling Elliya Shafiqah. Over je cara dia.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now