Bab 36 Boyfriend

7.6K 738 706
                                    

Hi saya birthday girl bru nk updte😂❤

"renagade renagade renagade!" nyanyi Kashaf seorang diri sambil berjoget tiktok di tengah jalan sewaktu dua berjalan menuju ke bilik khas rumah sukan.

"wuuu! Hah! Hah!" sesetengah pelajar yang lalu-lalang mula memandang aneh ke arah Kashaf yang sibuk joget tiktok renagade.

Jodoh siapala ni. Kutip cepat!

Tiba sahaja di hadapan pintu utama bilik khas itu, Kashaf menjeling keadaan di dalam melalui tingkap kaca yang sedikit gelap terlebih dahulu.

Cuba memastikan tiada siapa yang berada dalam itu. Yela, lagi- lagi kes sabotaj Nayra dan Noah waktu sukan minggu lepas.

Nampak sangat ada yang buat hal ni.

Kashaf terkesima apabila ternampak satu kelibat lelaki sibuk menggeledah kotak bewarna merah iaitu milik rumah Gryfindor yang terletak elok di tepi meja plastik di dalam bilik itu.

"Akif.."bisik Kashaf sendiri apabila melihat lelaki yang menggeledah barang Gryfindor itu ialah Akif.

Akif ke yang sabotaj?

Ada pesanan buat Akif?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"untuk apa ni?" soal Nayra sambil mengutip salah satu keping gambar polaroid yang disusun satu persatu di atas meja oleh Hani.

"ehehe ni untuk blind date aku minggu ni" balas Hani Amelya sambil tersengeh-sengeh sewaktu menyusun satu persatu polaroid di atas meja.

"blind date?" soal Nayra pelik, wujud lagi kah blin date sekarang?

"ya, Hani kata dah bosan single tu sanggup blind date tu"sampuk Nadia yang turut memerhati satu persatu gambar polaroid di atas meja Hani.

"yang ni --" sampuk Lya lalu mengambil sekeping polaroid dan diletak di atas mejanya.

"dan yang ni... hensem" kata Lya dan diambil satu lagi kepingan polaroid .

Nadia, Lya dan Hani memandang setiap 10 keping polaroid yang telah disusun itu dengan mata bersinar. Pantang betul kalau ternampak raut wajah lelaki hensem, pasti senang tergugat.

"aku nak join kau blind date juga la!" sampuk Nadia yang telah mengambil salah satu polaroid yang memaparkan imej jejaka kacak berkemeja bewarna merah hati yang elok berdiri sempoi di tepi pergigian pantai.

Wah nampaknya sesiapa alone tu boleh isi borang ya untuk blindate!

"bagus juga tu, aku pun!" kata Lya pula yang sudah memandang dua polaroid yang diambilnya tadi silih berganti sebelum dia meletakkan salah satu polaroid ke atas meja kembali.

Manakala satu lagi polaroid yang masih di tangannya dipandang lama.
"hensem, aku nak try yang ni" Lya sudah tersipu-sipu menilik imej lelaki di dalam polaroid di tangannya itu.

Nayra hanya membuat muka malas sambil menongkat dagu di meja Hani , pagi-pagi kurang pelajar di dalam kelas jadi senang untuk Nayra curi kerusi supaya dapat bersembang dengan 3 gadis itu.

Dah tu je kawan dia kat situ.

Sibuk mengelamun, tiba-tiba Nayra teringat akan peristiwa semalam di mana dia memberi kata putus tentang lamaran Noah.

"Our first day.."bisik Nayra perlahan seakan tidak percaya, memang lepas pulang dari sekolah dia terus off telefonnya supaya tidak diganggu oleh Noah.

Malu!

Nayra kau kena sedar..kau tu dah dapat title sebagai girlfriend Tengku Noah Haiqal tahu tak!? Monolog Nayra Aisyah sendiri.

Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Noah pagi ini? Hari ini!?
"Nayra, kau rasa yang mana lagi hensem?" soal Hani tiba-tiba menyentakkan lamunan Nayra yang menerawang jauh tadi.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now