Bab 19 sneakers

7.9K 802 281
                                    

Nayra P.O.V

Langkah diatur kearah dapur, sambil- sambil itu aku menepuk-nepuk wajahnya. Cuba diukir senyuman paling manis di dunia.

Harusla bermanis wajah nak minta tolong, sudah tahu kad kredit dah disekat oleh ayah. Sudah tahu poket kering tapi gatal juga mahu meng-stalk laman web kasut Nike.

Arh,aku tak kira .

Apa pun yang akan terjadi, Naufal tidak rela memberi wang atau tidak mahu membantu pun aku akan pastikan aku dapat memiliki kasut Nike beharga 600 ringgit malaysia hari ini juga.

Aku memang pantang sikit kalau ternampak sneaker atau kasut lawa- lawa. Harga tolak tepi sebab dulu itu bukan masalah bagi aku.

Masalah sekarang sejak ayah sekat kad kredit memang aku rasa dunia seakan gelap.

Nak berbelanja di kafe sekolah Gacha pun rasa bersalah sebab dalam simpanan aku hanya tinggal 500 ringgit je.

Mana cukup, sekurangnya aku perlu ada 5 ribu sebulan. Tiba-tiba kena kejutan budaya elaun 500 ringgit memang mimpi ngeri sis.

Sudah tahu tak ada duit boleh lagi berangan nak geledah laman web rasmi kasut nike.

Godaan sneaker keluaran terbaru tu pergh, lagi menggoda dari merenung abs lelaki.

Aku menghembus nafas beberapa kali sebelum langkah dibawa masuk ke dapur.

"Naufal aku--"

"Naufal aku--"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

What deheck.

Terdiam aku 30 saat melihat makhluk yang sememangnya adik lelaki aku.

Mata digosok berulang kali cub memastikan aku tak salah orang. Yerla manala tahu ada pencuri ke apa tapi sempat nak lunch kat rumah aku.

Manakala Naufal Shah yang tadi sibuk menggoreng telur mata lembu menoleh ke arah aku sekilas.

"kau nak apa kak?" soal Naufal, api dapur ditutup sebelum dia mengangkat telur mata lembu itu dengan sudip lalu disusun atas pinggan bersebelahan nasi putih.

"kau sewel ke apa pakai macam ni?" soal aku yang terasa geli hati lalu mendekati Naufal dan menjeling ke dalam pinggannya itu.

Goreng telur sampai macam ni sekali!?

Biar betul adik aku ni! Dengn kain sarung tah siapa siapa dia rembat. Dengan topi keledar bawa masuk dapur.

Sedap kau judge Naufal yer Nayra, kau tu potong bawang pun tak reti. Hiks.

"bibik tak ada la harini, sebab ada emergency. Aku lapar tau tak aku lapar. Dah minggir sana!"

Sempat Naufal menolak ontotku dengan pinggangnya untuk menolak aku dari duduk di tengah jalan.

"kau takyah bagi pandangan camtu eh. Kau tu goreng telur pun tak reti"
Kata Naufal apabila aku tak henti merenung ke dalam pinggannya dengan pandangan penuh kecaman netizen.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now