Sila baca bab31 dulu kalau belum.
"Suasana di padang Gacha Highschool amat meriah yer, semeriah cinta saya ke crush saya!" itu dia mukadimah daripada Mc yang tak berapa bertauliah pada acara sukan Gacha, Fitri Diana.
"ya betul, walaupun crush reject awak seratus kali pun tetap meriah yer . Baideweh, saya Nayla Alyssa, MC anda pada pagi ini" Nayla tersenyum sumbing kearah Fitri yang memandangnya tajam.
Berani dia kata aku kena reject ngan Crush.
"dan saya MC jelita anda, Fitri Diana" kata Fitri. Dia menjeling Nayla yang sedang tersengeh tak bersalah.
"wah cik Fit kita tak berapa jelita pun yakin jelita yer. Saya suka confident anda"kata Nayla sinis dan kedengaran amat menganjing.
Mimpi apa entah Noah sampai lantik dua manusia yang bermusuhan jadi MC sukan tahunan Gacha.
"confident lawa takpe, jangan perangai tak lawa sudah" Mati senyuman Nayla. Mereka berdua menjeling sesama sendiri.
"tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita memberi sorakan kepada pasukan Gryfindor!" jerit Fitri penuh semangat ke telinga Nayla yang sudah menekup telinganya.
Bingit!
Selang beberapa saat muzik pancaragam mula meriuhkan suasana di padang dan ahli perbarisan rumah Gryfindor mula masuk ke tengah padang .
Nadia Aishah kelihatan cantik sekali dengan gaun merahnya manakala Aleeya Nazirah yang memakai kostum naga sambil membawa sepanduk hanya melambai- lambai ke arah penonton yang berkumpul di tepi padang.
Pelajar rumah Gryfindor yang lain pula memakai jubah bewarna merah dan hitam. Kelihatan seperti pelajar Hogwarts!
"wah wah cantik sungguh yer tema rumah Gryfindor yang membawa tema Puteri Naga! Saya sebagai ahli Gryfindor berasa bangga!" Nayla berkata dengan angkuhnya.
"kita belum tengok Ravenclaw lagi, dipersilakan rumah Ravenclaw ! Yang membawa tema rama-rama biru! Indah sekali!" sorak Fitri, microphone ditangan diangkat tinggi dan dia menjelir ke arah Nayla.
Norisya daripada kelas 5 Diamond yang mewakili Ravenclaw memakai gaun satin pendek paras bawah lutut dan memakai sayap rama-rama.
Kepalanya dihiasi dengan bunga-bunga bewarna biru dan putih. Manakala Batrisyia 5 Emerald selaku penolong ketua Ravenclaw yang membawa sepanduk memakai kostum bersama topeng rama-rama.
Ahli Ravenclaw yang lain memakai baju hujan bewarna biru bersama patung rama-rama dan beberapa kuntum bunga baby breaths di tangan masing-masing.
"abaikan Ravenclaw, kita berbalik ke rumah seterusnya. Hufflepuff!" Fitri menjegilkan matanya kearah Nayla. Amboi bab rumah Ravenclaw kemain laju nak stop. Ey ey.
Baru je Nayla ingin mengenalkan rumah Hufflepuff cepat-cepat Fitri merampas microphone dari pegangan Nayla.
"itu dia Bibi Jieyha adik kepada Bibi Qairina! Dia sorang pelajar termuda yang mewakili acara perbarisan !" jerit Fitri lalu semua pelajar mula memandang kearah Bibi Jieyha.
Instafamous yang baru berusia 14 tahun namun wajah matang yaampun. Dahla cantik gila!
Jieyha tersenyum megah sambil berjalan dengan menggayakan busana comel serta skirt yang bercorak kek cawan!
"ish!" decit Nayla lalu meramas kembali microphone dari Fitri dengan muka masam.
"rumah Hufflepuff membawa tema iaitu dessert, pencuci mulut dan memfokuskan tentang kek!" kata Nayla sambil membelek butiran tema Hufflepuff.
"sendu odo ayat kau. Kena tinggal pakwe eh?" tegur Fitri.
"diamla. Dahla kene reject" kalini Fitri yang terdiam.

YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Novela Juvenil"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...