Bab 29 Firstkiss

9.1K 733 588
                                    

"ada sekor anak tupa"

"lagu apa tu?" soal Kashaf sambil menutup pintu tandas, Akif yang ralit menonton youtube sambil bersandar di tepi sinki mengangkat wajah.

"cuba teka" kata Akif mendatar, pandangan dijatuh ke arah skrin telefon kembali.

"anak angkat?"

"anak tupai bodo" balas Akif lalu menjeling Kashaf tajam.

Dia sudah la lapar,kalau bukan disebabkan makan memang tak ar dia nak datang majlis perkahwinan Tan Sri Nizam ni.

Ni pun Noah yang ajak suruh teman, yang anehnya hanya Kashaf dan Akif sahaja dijemput. Faiz entah kemana.

Lagi pelik, ayah Nayra nak kahwin tapi kenapa Noah yang over nak menjemput bagai.

"wei kau tengok tak cerita bawah jambatan semalam?" soal Kashaf. Akif dah tayang muka blur.

"cerita apa tu? Bawah jambatan?"

"alaa yang hero rambut biru nama ashraf ape entah. Yang hensem tu" memuncung bibir Kashaf cuba menerangkan sifat pemain utama drama tersebut.

Tak semena-mena Akif mengangkat jari tengah kearah Kashaf.
"budak tebing bongok!!"

"aku lapar" desis Kashaf lalu menghampiri cermin di hadapan sinki. Makian Akif diabaikan. Naik turun nafas Akif sekarang. Kashaf ni menguji kesabaran!

Akif menghela nafas berat, telefonnya disimpan dalam poket.

"takyah merungut, aku pun lapar tapi sebab kau paksa aku teman ke tandas la aku tak dapat makan lagi" Kashaf yang sibuk membasuh tangan itu terus memercikkan air ke wajah Akif.

"amik mu amik mu!"

"woi woi!!"
Jerit Akif, wajahnya yang basah itu di lap dengan lengan baju kemeja hitamnya.

"kau ngan Kath macam mana?" soal Kashaf tiba-tiba. Terkebil- kebil Akif dibuatnya. Asal keluar pasal Kath pula ni?

"camtula" balas Akif malas.

"aku ngan Jane sendu je. Untungla kau Kath beria" sedih sahaja nada Kashaf.

Mana Nur Readers? Muncul sekarang pujuk Kashaf!

"laa tak move on lagi ke, patut tumpang Jane tadi. Kereta rosak konon" balas Akif, sempat dia menyindir Kashaf tentang penipuan tak masuk akal itu.

Baru hantar kereta pergi service minggu lepas takkan dah rosak. Sengaja nak dekat ngan Jane.Carila lelaki yang ada effort seperti Kashaf.

"eh jap!" Akif menepuk tangan tiba-tiba lalu memandang Kashaf yang sibuk membetulkan rambutnya dihadapan cermin.

Kena hensem-hensem baru Readers terpikat.

"bukan ke kau rapat dengan budak baru tu,apa dah nama dia. Nur Readers!"
Ternaik nada suara Akif, memerah secara mendadak wajah Kashaf tiba- tiba apabila nama kawan barunya itu disebut.

"eh ada kandang kuda la kat tepi tandas ni" kata Kashaf lalu mendekati tingkap di sebelah pintu belakang tandas dewan itu.

Sengaja nak mengelat.

"kau jangan nak ubah topik eh!" tersengeh Akif tiba-tiba. Betul -betul terhibur dengan Kashaf sekarang.

"hai kuda,muka awak cam kuda" Kashaf tak melayan Akif. Boleh pula dia menjadi bijak pergi menegur kuda yang tengah mengawan di dalam kandang .

"WOI!" panggil Akif lagi.

"Kuda! Apani mengawan tak ajak!" jerit Kashaf kearah kuda itu lagi. Cuba menghiraukan Akif yang mula terpekik di belakangnya.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now