"what the fuck"
Itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan Nayra Aisyah sekarang selepas mendapat berita tidak menyenangkan itu.
"acara 800m wakil gryfindor?" soal Nadia Aishah pula hairan, setahu dia Nayra tak ada menyertai mana-mana pertandingan sukan hari ini.
"errr, Noah tak bagitahu ke?" soal Kashaf segan apabila dia yang menjadi mangsa renungan tajam Nayra sekarang ini.
Tak sedap duduk pula ,Kashaf hanya menelan air liur dan menekur membaca nama Nayra beberapa kali yang sudah disenaraikan sebagai peserta larian.
"Noah ke yang list nama peserta, semua peserta?" soal Nayra yang berdiri di hadapan Kashaf yang duduk di birai bangku kecil itu.
Sekarang sudah pukul 9 pagi di mana acara perbarisan mengikut rumah sukan akan berlansung dengan meriahnya selepas ini.
"woi aku tanya ni" gesa Nayra. Nada masih perlahan namun kedengaran menakutkan buat Kashaf yang sudah tahu perangai sebenar Nayra.
Nadia, Hani dan Lya pula awal- awal sudah faham sendiri dengan perangai Nayra yang sebenar itu.
"aku..aku" Kashaf mengemam bibir erat, mata meliar ke sana ke sini mencari kelibat Noah.
Noah punca segala ni kenapa aku yang kena!?
"woi aku tanya!" sergah Nayra , kali ini nadanya meninggi sampai Kashaf tergolek jatuh ke lantai kerana terkejut.
"argh, aku keguguran!" raung Kashaf penuh drama. Dia terguling ke kiri dan ke kanan sambil menekap ontotnya yang tersembam di lantai.
"Patut single" komen Nadia Aishah selamba, dia memandang Nayra dan mengangkat jam tangannya.
"aku kena pergi ni babe, dah nak turn rumah gryfindor" ujar Nadia serba salah untuk meninggalkan Nayra yang tengah kusut.
Acara lari akan bermula selepas persembahan perbarisan tamat.
Masalahnya Nayra baru tahu beberapa minit yang lepas. Dia tak pernah masuk acara lari!
Lagi-lagi Noah ketua gryfindor, Noah sengaja ke nak kenakan dia. Kalau 100m boleh terima. Ni 800m, keliling padang 2 kali. Gila ke!?
"t-takpe. Kau pergi dulu" kata Nayra dan tersenyum ke arah Nadia supaya Nadia tidak runsing tentang dirinya yang masih terkejut.
"wei..sorryla, limit setiap peserta boleh 2 acara je. Aku dah masuk 100m dengan 400m dah..sorry wei" murung saja wajah Nadia Aishah, tak dapat menolong Nayra.
Lagi pula penyertaan tak dapat ditarik balik, dah nak start dah pun.
Nayra membetulkan gaun merah berenda emas yang tersarung di tubuh Nadia. Cantik. Wajah Nadia sudah siap dengan solekan yang menawan bertemakan rumah sukan mereka.
"jangan risaukan aku" Mahkota di atas kepala Nadia dibetulkan oleh Nayra.
Gryfindor akan membawa tema Puteri Naga. Aleeya Nazirah pelajar 4 Emerald mendekati mereka, gadis itu lengkap memakai sut naga dan topi helmet berupa kepala nafa dipegang dengan tangan kanannya.
Dia dan Nadia akan mengetuai perbarisan Gryfindor .
Nadia sebagai Puteri Naga akan memegang sepanduk dan Aleeya akan menjulang bendera rumah Gryfindor.
Manakala 20 ahli yang lain sudah siap memakai jubah hitam berenda merah.
"Senior Nay, ni senior punya" ujar Aleeya Nazirah lalu memberi sehelai kertas plastik bewarna putih yang sudah ditulis nama dan nombor giliran peserta.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...