Bab 62 Semi-final

6K 598 401
                                    

Banyak komen Qasha update setiap hari lagi 💜

.
.
.
.
.
.
.
.
.

"sedapnya" pakat hala muka mendekati Nayra yang membuka penutup mangkuk tingkat milik Sazzy. Semerbak bau manis kek keju di tingkat atas. Jane Kembangkan lubang hidung menerima pujian yang lain memuji sedapnya bau kek yang dia bakar.

Pelajar yang turut berkumpul di gelanggang sudah menumpukan perhatian kepada mereka. Bukan kepada para pemain bola keranjang yang seksi dengan jersey.

Kenapa hakak gangster sekolah jiran duduk sekali dengan Presiden dan juga senior Nayra?

"Wei wei buka lagi wei tingkat bawah tu, Jane letak apa dalam bekas Sazzy ni" bersungguh Kathrina. Orang buat untuk Nayra tapi dia yang menyibuk.

"Diamlah. Sudahla grammar error salah" ujar Jane geram. Bab makan laju pula.

"Eh apa salah granny aku pula?" Ujar Kathrina tak menerima kutukan Jane. Semua pakat memandang kearah Kathrina sebelum masing-masing mengeluh dengan kebodohan beliau.

"Nanti suruh kawan kau ni belajar masak" ujar Noah dan dapat anggukan yang lain. Nayra seorang ja yang tidak memberi reaksi. Ha nak start la tu ejek aku.

Sabar jela .

Sudahla Noah seorang je lelaki yang sesat di antara 4 gadis itu. Sibuk juga nak menempel dengan buah hati, tak sedar perlawanan dah nak mula.

"Sayang!" Panggil Sazzy dan melambai ke satu arah . Ketika itu Naufal sudah berlari anak, pasukan basketball Goldtree baru sahaja tiba dan mereka berkumpul di tempat belah kanan bagi pihak lawan. Manakala tempat berkumpul di sebelah kiri untuk tuan rumah iaitu pasukan Gacha.

"Uish yang, your ex" bisik Noah kearah Nayra yang mula membuka penutup mangkuk tingkat yang kedua.

"Hah? Mana mana?" Tercari-cari Nayra, kalau orang lain dah merajuk kot beria cari kelibat bekas kekasih tapi tak bagi Noah.

Sebab dia tahu Nayra sudah jadi miliknya sepenuhnya.

"Tuu, yang tak hensem tu" ujar Noah. Nayra hanya melihat kearah yang Noah tunjuk sambil tangannya ligat membuka penutup bekas.

Bekas yang ada kek keju awal-awal dah kena sambar dengan Sazzy dan Kathrina. Tak tahu malu betul, kecik besar ja Jane perhati .

"Eh awak" Nayra mengangkat bekas yang telah dibuka. Kuih apani?

"Uish onde-onde lah, kau buat Jane. Pandai kau eh buat kuih kelantan" tukas Noah selamba mengambil sebiji dan dimasukkan ke dalam mulut. Terlajak gigit sampai meleleh air gula keluar di bibir.

"Dia ni kan" Nayra tanpa berfikir panjang mengelap hujung bibir Noah. Sunyi sekejap suasana.

Kathrina yang makan kek bersama Jane sudah kecilkan mata. Mereka diam melihat dua manusia yang tak hormat orang single. Manakala Sazzy yang menyuap kek pada Naufal hanya buat tak tahu . Bahagia juga katakan.

"Ha tu sayang" Noah sambung mengangkat jari telunjuk. Ketika Nayra melihat arah itu, Leo iaitu bekas kekasihnya juga sudah terpandang ke arah mereka .

Serentak itu Noah dan Nayra sama-sama mengangkat jari tengah dan dijelirkan lidah. Automatik Leo mencebik dan menoleh ke arah lain. Terus pasangan suami isteri itu ketawa, bahagia mungkin dapat sakitkan hati lelaki di seberang sana?

"Serentak bai, fikir sweet ar?" Tegur Jane.

"Tak hormat" Kathrina menjerit. Mengundang perhatian pelajar lain di situ.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now