"Argh Yes baby! Go baby !" Sorak Sazzy apabila kekasihnya berjaya menyumbang mata. Naufal di bawah sana yang berlari anak untuk kembali ke posisi asal hanya mengangkat tabik dan mengenyit mata kearah Sazzy.
"1-0 !" Cikgu Logam Lee melaung dan meniup wisel. Berpusu-pusu pasukan dari dua buah sekolah itu mengambil tempat masing-masing. Masing-masing mulai bersorak, kecuali Nayra yang diam. Runsing, kerana Goldtree sudah mendapat satu mata. Manakala Gacha tidak menyumbang apa-apa mata lagi.
"Noah.." desisnya perlahan, Noah tercungap-cungap berlari ke posisi asal iaitu center. Ketika itu juga Noah mengerling nya sekilas tanpa sebarang reaksi. Dia sendiri berdebar-debar .
Geram ada juga, satu gelanggang bola jaring bising dengan suara Sazzy terpekik menjerit nama Naufal. Siap bawa banner lagi yang bertulis.
Go baby go!
Semangat lain macam ya Sazzy nak sorak si kekasih hati. Besar-besar pula tu ayat dia.
"Kenapa sedih sedih ni? Bagi saya dua sebab kenapa sedih?" Cam tiber je Kathrina.
"Apa kau ni taik" marah Jane. Kathrina memuncung.
"Nayra, kau kena buat cam Sazzy baru Noah semangat juga" ujar Jane dengan kuat melawan suasana yang bingit dengan sorakan pelajar lain iaitu pelajar sekolah jiran dan sekolah sendiri.
"Huh" Nayra geleng kepala. Tak logik! Tapi dia terdetik nak bersorak cam Sazzy. Cuma dia malu, tak pernah-pernah dia bersorak macam orang tak tahu malu.
Prettt!
Cikgu Logam lee iaitu guru sukan sudah meniup wisel yang berbunyi unsur unsur kentut gajah, ketika itu dia melambung bola ke tengah. Spoil betul.
Noah yang sempat bertukar tatapan dengan Leo iaitu center sepertinya terus melompat tinggi dan memukul bola itu kuat ke belakang. Tapi Leo lebih cekap. Dia menepis bola yang pergi ke belakang Noah sehingga kembali ke kawasannya.
Noah berdecit kuat, pantas dia berlari mengejar Inkit yang sedang melantun bola sambil berlari ke arah jaring gol.
Kashaf cuba merampas lantunan bola itu tapi dia ditolak dari belakang oleh pihak lawan hingga Kashaf tersembam di situ.
Sayang sekali ketika itu Cikgu Logam Lee sedang menilik cermin sambil mengorek hidung di tepi gelanggang jadi dia tak nampak kesalahan tersebut.
Kecam cikgu berjemaah.
"Argh!" Jerit Akif geram, baru sahaja dia ingin menepis bola daripada masuk ke jaring gol. Ada yang menolak tangannya hingga tubuhnya terdorong ke belakang.
"Gol!" Jerit penyumbat gol dari Goldtree Highschool.
"Penipu!" Jerit masing-masing.
"2-0!" Jerit Cikgu Logam. Ternganga pelajar gacha masing-masing. Cikgu ni makan rasuah ke?
"Wuuu kalah!" Masing-masing muka minta kaki. Pemain sekolah Goldtree dahla tak hensem ,perangai pun tak semengah.
"Babi aku--" Akif cuba menyerang pemain yang tidak dikenalinya itu. Suka hati mak bapak dia tolak tangan aku. Tapi Noah menyekat tubuhnya dari menyerang. Tenang dulu.
Manakala masing-masing sudah kembali ke posisi . Satu lagi mata kepada Goldtree maka perlawanan selesai dan kemenangan akan berpihak pada sekolah itu.
"Tak boleh jadi" pantas Nayra merampas banner Sazzy.
"Woi!"
"Apa?!" Jerkah Nayra balik. Terdiam Sazzy, huwa Nayra jerkah dia. Tiba-tiba nak nangis .
![](https://img.wattpad.com/cover/159159822-288-k909744.jpg)
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Dla nastolatków"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...