Atas permintaan ramai nama adik lelaki Kathrina Aisyfa iaitu Muadz Aizat ditukar kepada Kyle Aiman
"Noah!"
Panggil seorang budak perempuan dalam linkungan 6 tahun, walaupun hujan sangat lebat ketika itu dia tetap berani meredah hujan untuk mengikuti Noah yang keluar dari rumah keluarganya.
Noah yang sedang membetulkan baju hujan sambil berlari keluar dari perkarangan rumahnya memusingkan tubuhnya mencari gerangan yang memanggilnya sebelum alis matanya tertancap pada seorang gadis yang sebaya dengannya.
"Noah, Noah nak pergi mana!?" pekik Nayra dan kaki pendek gadis itu berlari laju cuba mengejar langkah Noah.
"Noah nak lari rumah, semua orang tak sayang Noah!" Noah berhenti melangkah,walaupun hujan lebat membasahinya,air matanya tetap kelihatan mengalir di pipinya yang tembam.
Akhir sekali Nayra Aisyah berjaya juga mendapatkan Noah lantas tubuh budak lelaki itu dipeluk erat.
Terkelip-kelip mata bundar Noah merenung Nayra yang memeluknya.
Selang beberapa saat gadis itu merungkaikan pelukan."Noah tak boleh mandi hujan nanti Noah demam" kata Nayra petah sambil membetulkan kepala baju hujan menutupi kepala Noah.
Lantas Noah menggeleng laju.
"Aisyah kenapa ikut Noah nanti Aisyah demam. Aisyah masukla rumah balik nanti ayah Aisyah marah" kata Noah laju lalu menolak-nolak tubuh Nayra menjauhinya.Nayra pantas menggeleng laju tidak mahu, dia memegang tangan Noah.
"Noah ikutla sekali,nanti aunty iliya cari.."kata Nayra tak mengalah,dia menarik tangan Noah sekuat hatinya."taknak!"
"ikut!"
"Noah taknak!" namun kerana jalan yang agak licin menyebabkan mereka berdua tergolek tepi jalan itu.
Noah yang jatuh di atas Nayra itu pantas ditolak oleh Nayra dengan kakinya menolak-nolak badan Noah tanpa berperikemanusiaan.
"Kak yani selalu marah Noah,dia selalu kata Noah lembik sebab tak melawan Yazim!" Noah meraung sambil mengelap air mata, Yani dan Yazim ialah sepupunya. Anak uncle Ilias iaitu abang Iliya ,ibu Noah.
Nayra menggulingkan biji matanya.
Lantas dia duduk bercangkung dihadapan Noah."takpe! Aisyah kan ada? Aisyah tumbuk je sesiapa yang buli Noah!" Nayra tersengeh lebar sambil menayangkan gusi merahnya .
"b-betul?"soal Noah sambil mengelap air matanya,dia mengemam bibir apabila Nayra mengusap lembut kepalanya.
"ya, Aisyah kan sayang Noah!"
Balas gadis itu ceria. Terus dia menghulurkan jari kelingkingnya kearah Noah."pinky promise,Aisyah akan sayang Noah sampai bila-bila!" kata Nayra apabila Noah menayangkan wajah kebingungan. Apakes minah ni bagi jari kat aku?
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...