Bab 17 Sulk

9.2K 786 355
                                    

"Kau okey?" soal Nadia Aishah apabila memasuki kelas 5 Emerald.

Nayra yang sibuk membelek telefonnya itu mengangkat wajah memandang Nadia dan Hani Amelya di sebelahnya.

Wajah dimaniskan sehabis boleh.
"Nayra okey.." balas Nayra mesra, telefon diletak atas riba.

"ouh..kitorang tengok kau macam takde kawan so sebab tu kitorang tegur kau" celah Lya Hijannah tiba- tiba yang baru masuk ke dalam kelas.

Manakala Noah di sebelah Nayra dah membuat muka meluat, tak ada kawan la sangat. Aku kat sebelah ni apa? Tunggul?

"rehat ngan kitorangla nanti yer?" pelawa Nadia ramah.

Nayra tergelak yang sememangnya dibuat-buat ,dia mengangguk laju.

Kalau Kath,Jane dan Sazzy tahu dia berkawan dengan pengawas ni mesti seminggu diorang ketawa tak henti.

Pengawas? Gelaran paling dibenci mereka berempat. Lagi pula Nayra tiada pilihan. Tak akan dia mahu berkawan dengan Queen sekolah itu?

Semua badgirl sekolah Gacha Low-Class. Baru kena tikam ngan lidi dah 2 hari tak datang sekolah.

Riel tak rasa lagi kena selam kepala dalam mangkuk tandas oleh Nayra. Alamatnya sebulan cuti nanti.

Noah mengetap bibirnya erat, sudah 2 hari dia dan Nayra tak bertegur sejak kejadian di gelanggang tempoh hari.

Nayra Aisyah pula buat selamba dia, seakan Noah tak wujud pun dia okey . Noah yang merajuk tapi hanya Noah yang cuba mencari perhatian Nayra.

Lagipula Hani ,Nadia dan Lya sudi berkawan dengannya walaupun Nayra dianggap manja dan lurus bagi satu sekolah itu.

Terencat itu hanya kelihatan apabila gadis itu menangis ,dah Nayra fake saja tangisan tu memang over lain macam la ,sampai orang cop terencat.

Lagipula dia penat berlakon lebih- lebih. Nanti geng Riel datang pepandaila dia berlakon balik.

"wei..aku nak tanya ni" tiga gadis itu mula merapati Nayra dan cuba mengelak daripada dipandang Noah.

Sedangkan Noah dah pasang telinga dari tadi lagi,
"kau..couple dengan Noah eh? Korang gaduh ke sekarang?" soal Nadia bersungguh,mata dikelip laju ke arah Nayra.

Terkebil-kebil gadis itu seketika,
"Nayra tak faham.." kata Nayra perlahan yang sememangnya tak mengerti. Bila masa aku couple ngan mamat sebelah ni!?

"takdela..dia nampak caring sangat ngan kau" tambah Lya dan tanpa mereka berempat sedar,Noah dah kembang sepadang .

Mesti Nayra akan akui kesungguhannya, Noah berasa yakin yang Nayra akan sedar bahawa lelaki ini la yang--

"takdela, dia bukan taste Nayra"

Prak!

Dalam diam Noah menyandarkan tubuhnya ke kerusi sebelum tapak tangan menekup mulutnya.

Hancur angan-angan yang Nayra akan sedar tentang perasaannya selama ini.

Kedua belah matanya dikatup rapat. Oh sakitnya .Hancurrr,hancurrr akuuuu.

"aku dah kata, kau ngan Faiz kan. Aku nampak korang rapat!" tambah Hani Amelya,dia menepuk tangannya teruja jika kenyataan itu benar.

Membulat mata Noah dan Nayra, pantas Noah mengangkat wajah menoleh ke arah Nayra yang masih diam kerana terkejut itu.

Nayra pula masih terdiam, memang betul Faiz kerap betul cuba memikat dirinya tapi Nayra tak pernah terfikir Faiz meminatinya.

Disangka lelaki itu ramah dengan semua orang!

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now