"anak india naik teksi,awak semua sangat seksi" celah Sazzy yang baru tiba di meja bulat kafeteria sekolah mereka.
Riuh gila suasana waktu rehat,biasala dah berejam belajar time rehat la nak melahap apa yang ada . Cari tenaga katakan.
Dengar saja kata-kata Sazzy serentak Jane, Nayra dan Kathrina berdecit kasar sebelum menurunkan sedikit skirt mereka yang sengaja mereka singkatkan.
"tak pernah-pernah menganjing"kata Jane lalu dibetul sedikit skirtnya.
Memang mereka berempat jenis suka tayang kaki,kalau boleh skirt nak singkat sampai atas paha.
"manala saya tahu,saya kan ikan. Betul tak Nayra" sepinggan spaghetti carbonara diletak di hadapannya.
"manala aku tahu,aku kan cantik" balas Nayra malas. Fokusnya hanya sibuk dengan makanannya.
Ayam pedas korea didalam pinggannya yang tadi ada 3 ketul kini tinggal seketul kerana satu ketul Nayra tengah makan,dan satu ketul lagi Sazzy selamba badak ambil.
"minta izinla beruk" bengang sedikit Nayra,ayam digigit kasar dihadapan Sazzy.
"janganla marah,aku lapar tau breakfast tadi aku makan coklat hack cicah susu je" hampir tersedak Jane yang sedang menghirup kuah sup dengan sudunya itu.
Manakala Kathrina yang hanya diam dan termenung depan makanan dari tadi terus mencapai garfunya tapi hanya digenggan.
"ouhh aku breakfast tadi makan biskut cicah budu,not bad la" tambah Jane dan terus Sazzy mengangguk laju tanda terpegun.
"bunyi cam sedap!"katanya lalu mencapai garfu di dalam balang yang terletak di tengah meja.
"bloody hell is that ?" desis Nayra perlahan kemudian pandangannya dialih kearah Kathrina.
"wei,Kathrina" panggil Nayra sambil memandang lama kearahnya. Ayam dipegangannya digoyang perlahan di depan wajah sahabatnya itu.
"kau marah aku ke? Kau okey tak ni?" soal Nayra walaupun dia seorang yang tak banyak cakap dan seakan tidak pedulikan sekeliling tapi Nayra Aisyah seorang yang peka.
Hairan juga dia, rasanya Kathrina bahagia je kelmarin sebab jumpa mamat pizza yang bernama Akif Hakimi tapi dari pagi tadi minah ni macam murung je.
Gaya macam dah mati laki,
"woi!"sergah Nayra lagi dan terus gelabah Kathrina mengangkat wajah dari terus merenung ke arah mangkuknya yang berisi maggi kari isi ketam itu.
"entah kau,dari tadi aku tengok termenung je" Jane memandang Kathrina disebelahnya sambil menghirup sup dengan sudunya.
"dahla kau tak pakai makeup harini,makin aku pelik. Pucat je kau" kata Sazzy pula sambil mengunyah kepingan sosej dalam spaghetti nya itu.
Kathrina mengeluh lalu meletakkam kembali garfu ke dalam mangkuk berisi maggi.
"aku dapat rasakan hati ini sudah jatuh dan dilamun cinta!" kata Kathrina penuh drama. Dia mengelap air matanya yang sememangnya tak wujud.
Nayra dah tayang muka nak maki,nampak macam erm.. Ni bukan OKU Orang Kurang Upaya tapi ni OTU Orang Terlebih Upaya.
"serius ke? Ke kau niat nak game dia je?" soal Nayra cuba menguji jiwa kawannya itu. Tersedak habis satu keturunannya kalau Kathrina betul-betul serius dalam hubungan.
"ya! Sebab dia lain dari yang lain!" balas Kathrina bersungguh sambil mengangkat buku lima ke udara tanda semangat.
"tapi.."kemudian sekelip mata seperti split personality wajah penuh semangat Kathrina tadi berubah menjadi muka yang tiada harapan ingin hidup.
![](https://img.wattpad.com/cover/159159822-288-k909744.jpg)
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...