Bab 22 Raihan Atilia

7.9K 784 671
                                    

"aku suka kamu,kamu suka dia,tapi dia tak suka kamu,padan muka kamu!"

"diamla Noah"

Noah mencebik sambil menutup bonet,sesekali dia mengerling ke arah Nayra yang sedang menekan loceng.

"kau ni tak sportingla, aku buat lawak hambar sikit nak mengamuk"
Nayra membuat muka menyampah sambil memandang ke arah Noah yang sedang membawa kesemua beg kertas yang dia shopping tadi.

Nayra yang shopping tapi Noah yang berhempas pulas membawa semuanya.

"motif?

"motifnya aku nak kau tak bosan bila duk ngan aku. Faham?"

Nayra mengguling matanya,dia mula melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah setelah pagar dibuka secara automatik.

"kalau tu bukan diri kau,tak payahla. Just be yourself" kata Nayra tanpa nada.

"Kalau aku bodoh ?" soal Noah. Nayra buat muka. Mamat ni pehal duh tanya soalan pelik-pelik.

"takpe,kita boleh jadi bodo together-gether"
Kata Nayra dan terus Noah tergelak halus,bergurau ke Nayra sekarang?

Walaupun kata-kata Nayra seakan bergurau tapi lansung tak kena dengan muka. Ketat je tiada ekspresi.

"kau nak kata gurau tu cam yer tapi muka mak ai,susah nak senyum. Kau marah aku ke?"

"tak marah cuma sedikit angry" balas Nayra dan Noah hanya tergelak sorang-sorang. Tiada lansung rasa simpati dalam otak Nayra. Sian kau Noah.

"aisyahhh" tegur Noah dan meletakkan beg kertas sneakers di atas lantai apabila mereka berdua sudah sampai dihadapan pintu.

Nayra tak membalas,perlahan- lahan lengan gadis itu ditarik ke arahnya sebelum kedua belah pipi Nayra dicubit dan ditarik ke atas.

Nayra tak membalas,perlahan- lahan lengan gadis itu ditarik ke arahnya sebelum kedua belah pipi Nayra dicubit dan ditarik ke atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"lepasni belajar senyum tau"
Suara husky lelaki itu kedengaran perlahan sahaja sewaktu memicit pipi Nayra.

"takyah ajar aku la" decit Nayra dan menepis tangan Noah dari memicit pipinya. Noah membuat muka selamba,orang nak ajar dia jadi peramah taknak.

Elok sangatla buat muka mati laki camtu, dengan lelaki lain pandai pulak lembut acah manja pe semua.

Tanpa sedar Noah mengumpat dalam hati dan bibirnya juga bergerak bisu seiring dengan kata-kata umpatannya.

Selang beberapa saat pintu dibuka dari dalam.

"ayangg ,jaga diri tau" kata Naufal seakan tak menyedari kehadiran Nayra dan Noah ketika Sazzy membuka pintu.

Kerana tadi Nalif yang tekan punat buka pintu pagar jadi dua manusia itu sememangnya tidak tahu.

"ok bie--"

"takyah nak berayam ayam kat sinila!" celah Nayra bengang tanpa sempat Sazzy menghabiskan ayatnya.

"arghh!" terjerit Sazzy dibuatnya apabila melihat muka menakutkan Nayra Aisyah yang sedang merenungnya.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now