UNTUK hari pertama sekolah setelah habis cuti seminggu aku rasakan kosong oleh kerana pertandingan bola sepak sudahpun berakhir.Aku tak boleh dah nak tergedik gedik pergi padang, usha dia semasa dia training dan usha dia time dia lap peluh.Dunia seakan kosong walaupun aktiviti aku tak berfaedah langsung
Lagi membosankan apabila Aisah tiba tiba nak sertai pertandingan sajak even dia bersajak pun macam hapo.Tapi cikgu pilih dia juga.Haih bosan betul.Dulu bolehlah aku merayau, dulu bolehlah aku bermesra bagai dengan rakan sekelas tapi masakan berlalu sangat pantas.Semuanya berubah.Sekejap je aku dah tak rapat dengan dorang.
Pernah aku nak cuba kawan dengan dorang tapi aku rasa segan dan malas dah.Oleh itu inilah aku, the new hazelina.Orang yang aku rapat, Aisah jelah sebab minah tu jer yang ikhlas kawan dengan aku.Memang sejak form 2, Aisah ni jenis tak banyak kawan sebab dia gemuk.Aku pun malu kawan dengan dia.Ya aku jahat but the end aku buat keputusan untuk putuskan persahabatan dengan kawan kawan yang entah ikhlas ke tak kawan dengan aku lalu aku kawan dengan Aisah.
Alhamdulilah sekarang Aisah dah kurus sikit.Penampilan dia pun aku ubah dan persahabatan kitorang kekal sampai sekarang dan disebabkan ramai tahu aku ubah Aisah dan nampak sikap aku caring dekat Aisah, semua sibuk nak kawan dengan aku.
Dorang inginkan kawan yang ikhlas tapi dorang pernah cuba fikir untuk jadi seorang kawan yang ikhlas ? Never.Hahaha kadang kadang aku rasa nak gelak bila fikirkan situasi dan pemikiran orang sekeliling aku.Dulu aku terhegeh hegeh tapi nampak sekarang seperti dorang yang terhegeh hegeh.Dulu aku senang diarah tapi sekarang akulah orang yang paling susah diarah arah.
"Hazel ! Nah"Dhia salah seorang pengawas pusat sumber meletakkan tiga buah buku novel berlainan genre diatas meja.Peluh didahi dia seka.
"Upah aku mana ?"Dia menghulurkan tangannya kepadaku.Aku mengucapkan terima kasih lalu menghulurkannya not 5 ringgit.Inilah kerja Dhia.Dia bukan member aku, aku kenal dengan dia gitu gitu jer.Kira macam aku dah buat deal dengan Dhia untuk bawakan aku novel seminggu sekali lah centu tapi aku kena bayar dia.
"Sama sama and byee !"Aku memandang pemergian Dhia berserta dengan gelengan.Aku memilih buku novel bergenre romance yang bertajuk Cinta dalam diam.Dua lagi buku aku letakkan dibawa meja lalu buku novel yang menjadi pilihanku aku baca.Jangan tanya kenapa cikgu tak masuk.Harini cikgu ramai tak datang oleh kerana ramai yang menguruskan pertandingan pertandingan di sekolah jadi pengawas yang jaga setiap kelas.
"Hi, tak bosan ker baca buku ?"Aku mengangkat wajah memandang Taufiq tanpa riak.Dulunya dia crush dekat aku, tapi naik form 2 dia tak suka tapi dia act like kejap dia suka aku kejap tak.Mamat pelik ni urgh sampai aku malas nak layan dia.Dulu aku memang suka kalau dia usik aku semua tapi sekarang memandangkan aku dah tertangkap cintun bebetul dengan Kay tu.Perasaan teruja bila lelaki suka aku pun hilang ditangkap angin.
"Bosan lagi tengok muka kau"Ujarku selamba namun mataku fokus pada buku tersebut.Haih part yang buat aku terujalah si taufiq ni kacau.Dah kalau betul betul tak suka tu tak payahlah nak kacau kacau bagai.Ingat manusia macam aku ni tak rasa rimas ker ?
"Lah tahulah muka aku buruk"Dia mulai berjauh hati.
"Jangan insecure dengan kurniaan allah.Bersyukurlah dengan wajah kau sendiri"Ujarku lalu mengariskan ayat ayat yang yang menarik perhatianku.Kesah lak aku yang ni buku library.Aku ni bukan baik sangat pun sampaikan tak pernah buat salah.
"Yelah"Ujarnya lalu bangun dan menuju ketempat duduknya.Ya meja dihadapanku bukan milik taufiq tapi milik Aizat tapi mamat tu melencong ke meja sebelah.Biasalah, lelakikan tak lari dari nak melencong sana sini.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
SELESAI sahaja kay dan ahli kumpulan football yang lain mengemas padang mereka bergegas menuju ke kelas masing masing.Kay yang saat itu berjalan menuju ke kelas bersama rakan rakannya tersentak apabila Maisara tiba tiba muncul menghalang jalan mereka.Dah kalau lelaki tengah penat en, habis minah tu kena marah oleh mereka kecuali Kay yang hanya sekadar memandang Maisara tajam.Sudahlah mereka penat mengemas padang.
"Janganlah marah.Aku nak minta tolong kau orang jer"Maisara tersenyum senyum.Mentang mentang cantik ingat ramai sangat lelaki akan terpikat dengan kau.Ya ramai tapi bukan kumpulan Kay.
"Malas ah.Kitorang baru lepas bersihkan padang lepastu minta tolong pula.Adumakk"Zared awal awal lagi membantah langsung tidak menjaga hati Maisara yang terkesan dengan ayat Zared.Sememangnya Zared jenis yang agak kasar orangnya.Jangan cakap berapa kali perempuan terasa dengan dia.
"Ah okay maaf"Ungkap Maisara.
"Sorry maisara.Kitorang memang penat gila sekarang"Dan soft boy ini pula Nazim.Dia jer yang elok tutur kata, ramai juga orang in love dengan dia tapi dia selalunya lebih fokuskan pada kerjayanya sebagai atlet pemain bola sepak sekolah.
"Oh tak ap-"
"MAI ! Aduhh aku dah cakap aku sado.Jangan ngisauu aku boleh angkat punya.Jom ah"Aisah muncul tanpa memandang ahli pasukan bola sepak itu.Dia dah cakap dengan maisara dia boleh buat tapi degil juga minah ni nak minta tolong dengan team bola sepak.
Pasukan bola sepak itu memandang pemergian dua orang perempuan itu lalu setelah itu mereka berjalan menuju ke kelas masing masing.Mereka terbahagi kepada lima, kelima lima mereka berkawan sejak sekolah rendah lagi iaitu Kay, Zared,Nazim, Shawn dan Ed.
Kay, Nazim dan Ed memang kelas kelas pandai.Zared dan shawn jer kelas hujung.Taklah hujung , kelas third hujung jer.
"Korang pergilah dulu aku nak pergi loker"Ujar Kay lalu berjalan pergi dari situ.Loker yang berada disepanjang koridor menghadap kantin itu ditujunya.Loker bernombor 370 dibuka lalu buku sejarahnya diambil.Kertas graf yang diselitkan dibuku ini diambil sehinggalah matanya terhenti sejenak pada sticky note berwarna pink.
For a second I thought there was an earthquake, but I checked , and it's just you sending good vibrations lol.
-peanut
Dahi lelaki itu berkerut.Memang selalu dia dapat surat dari secret admire.Malah berkulun kulun surat siap letak bedak lagi tapi tak pernah pun dia dapat stickey dengan ayat pickupline macam ni.Sekurang kurangnya dorang akan tulis.
Hi abang, saya secret admire abang.Hope notice me back !
Tak pun ayat jiwang empat perenggan.Itu lagilah, semuanya kay buang lagipun dia tak ada rasa nak balas atau kirim surat balik.Ini zaman 2021 okay.Zaman moden mana pakai surat.Aigoo.
"Peanut ?"Kay mengelengkan kepala beberapa kali sebelum dia meletakkan stickey note itu kedalam loker tanpa ada niat untuk membuangnya.
TBC
People change, maybe penulisan aku a bit cringe dan sgt delulu tapi aku pasti sebab aku dah repeat baca yang cara penulisan aku dalam cerita ni .. chapter by chapter berubah ! i mean my writing is improving chapter by chapter . Keep on baca, mana tahu suka ><

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋