-Hazel
Aku terkebil kebil melihat ramai orang yang berada di kawasan gerai gerai kecil yang tadinya aku dan Aisah shopping.Dah habis match Bola keranjang kot, sebab tulah ramai yang datang.Peminat bola keranjang sekolah kitorang pun boleh tahan banyak.
Tetiba aku melihat Nabilah dan Emira yang berlari laju kearah satu arah yang dikerumuni orang ramai.Tak sempat aku melangkah, Kay menahan.
"Jangan masuk campur"Ujarnya.Aku mengaruk kening, bukan nak masuk campur cumanya aku tertanya tanya apa yang jadi.Nabilah dengan Emira pun nampak cemas semacam.Tetiba kelibat Mia melintasi aku, cepat sahaja aku menahannya.
"Asal ni Mia ?"Soalku apabila perasan yang Mia turut nampak cemas.
"Ciara gaduh dengan budak sekolah rembai.Habis kita kalau orang atas masuk campur, tak silap silap kita kena kick out"Ujar Mia.Aku memandang Kay lama sebelum dia lepaskan keluhan.Tangan aku dia lepaskan.Aku berlari dengan Mia mendekati kerumunan ramai itu.
Agak sesak jugalah bila ramai yang saksikan pergaduhan Ciara dengan seorang perempuan ni.Aku dan Mia pun dah struggle redah dorang dan akhirnya terpampanglah wajah Ciara yang sedang tarik rambut dengan budak sekolah rembai.Nabilah, Emira, Syah dan Eika yang cuba untuk meleraikan mereka ditolak begitu juga dengan beberapa orang perempuan sekolah rembai yang cuba untuk leraikan pergaduhan mereka.
"Pelacur !! Semua kau nak rembat !!"Bengang Ciara.
"Bukan urusan kaulah perempuan !!"Jerit gadis sekolah rembai tu.Aku menyelit ditengah tengah dorang walau aku dah dihimpit himpit oleh dorang berdua ni.Mia turut menolong aku meleraikan dorang.
Setelah berkali kali aku dan Mia kena tolak dengan dorang, akhirnya pergaduhan tu berhenti juga bila aku simbah dorang dengan air.Bukan tak sengaja tapi sengaja, bukan sebab aku nak hentikan dorang tapi sebab sakit hati bila dorang selamba tolak aku dan teruskan aktiviti tak berfaedah dorang tu.
Oh air....aku dapat dari Nazim yang turut menyaksikan pertengkaran ni dengan Shawn.Kebetulan dia pegang air boba.
"Dah puas dengan aktiviti tak berfaedah ni ?"Aku menyilang tangan kedada.
"Nak gaduh bukan dekat sini tempatnya tapi tu haah.Jalan raya tu luas, bolehlah bergaduh kat situ.Mati pun boleh mati sama sama"Sinis, sangat sinis.Tangan aku dah sakit nak leraikan dorang.Mia pun cedera.
"Listen Ciara, aku tak kesah kau nak gaduh tapi pergaduhan kau ni boleh buat kita hilang peluang untuk mara ke peringkat kebangsaan tau.Hanya kesalahan kecil ni.Aku tahu kau marah, tapi kawallah"Ujar Nabilah.
"Kau kena ingat Ciara.Selama ni kita penat penat berlatih.End up kau gaduh macam ni kita disingkirkan.Cuba bayangkan"Ujar Syaf dingin.Ciara meraup rambutnya yang serabai kebelakang.
"I don't care korang nak cakap apa but kau ! Baju ni mahal tau, aku baru beli"Minah sekolah rembai tu memandang aku tajam.
"So ?"Aku menyoalnya tanpa riak.
"Ada perkataan lain ker selain ganti baju aku ?"Soal perempuan tu.Ciara yang nak maju ditahan Mia.
"Huh, ganti ? Memang tak ah"Sinisku.
"Lepas minah ni, kau pula nak cari gaduh dengan aku ?"Soalnya.
"Aku tak cakap"Sebelum sempat dia sampai tangan, Aisah yang entah datang dari mana memegang tangannya kuat.
"Arghhh sakitlah !"Jerit perempuan itu bengang.
"Oh sorry, tak perasan"Aisah melepaskan tangan perempuan tu.
"Jom Hazel.Aku ada banyak benda lagi nak shopping dengan kau.Aku ada nampak kedai western hujung sana"Minah ni tetiba datang then ajak western.Tak tahu ker yang keadaan tengah tegang sekarang.

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋