35 | divorce

114 3 0
                                    

       ENCIK hazri, Puan raiya dan Encik Fariq berkumpul di ruang tamu.Sedang membincangkan topik semasa.Al maklumlah, masing masing sibuk.Dorang juga sudah lama tak berjumpa sejak perkahwinan di antara hazel dan Kay.

"Aku jumpa Amelia semalam.."Setelah sekian lama berborak mengenai perkerjaan masing masing.Puan Raiya membuka topik baru.Sempat Encik Fariq menyiku lengan isterinya apabila melihat perubahan diwajah Encik Hazri.

"...dia suruh aku buat Kay ceraikan Hazel"Ujar Puan Raiya.Masih ingin meneruskan topik berkaitan hal ini.Dia bukan jenis yang suka cakap separuh.Perbualan dia dan Amelia juga masih berlegar legar di fikirannya.Tak menyangka bahwa dia akan menemui Amelia juga tak menyangka bahwa Amelia tahu mengenai perkahwinan di antara Kay dan Hazel.

"Kau tahu perangai Amelia macam mana kan ? Aku serabut dengan dia Rai, dia ingat lepas apa yang dia buat pada Hazel, dia boleh buat sesuka hati dia"Encik Hazri mulai bengang.Sensitif bilamana topik mengenai isterinya dinaikkan.Sebagai seorang ayah pada hazel, dia sangat terkesan dengan perbuatan bekas isterinya dulu.Masih dia ingat bagaimana susahnya dia memulihkan hazel dulu hanya disebabkan kesilapan bekas isterinya atau lebih tepat seorang ibu pada hazel.

"Dia ada jumpa hazel ?"Soal Puan Raiya risau.Takut kalau kalau ianya menjadi mimpi ngeri buat hazel lagi.

"Huhh, cubalah jumpa kalau dia nak aku bunuh dia"

"Mengucap haz"Ujar Encik Fariq.Tiba tiba pintu rumah di buka.Muncul Zayri serta seorang perempuan yang baru sahaja menjadi topik perbualan di antara mereka.Hazerina yang baru datang dari dapur dengan membawa dulang memandang kearah perempuan itu tajam atau lebih tepat namanya Puan Amelia.

"Lama tak jejak rumah ni, makin besar eh lepas awak renovate"Puan Amelia bersuara sambil memandang kawasan sekeliling.

"Eh pengetua ?"Hazel yang baru turun terkebil kebil.Kay juga turut muncul dari pintu masuk.

"Adik naik atas"Arah Encik Hazri.Hazel cuak.Ada something yang dia buat kat sekolah ker ?

"Err abah ?"

"Hazel boleh naik atas dulu.Kami ada yang nak dibincangkan"Ujar Puan Raiya, takut kalau Encik Hazri mula tinggikan suara.

"Err okay"Hazel naik ke atas semula.Banyak fikiran negetif yang dia fikirkan.

- (♥︎) -

-Hazel

Aku melangkah masuk ke dalam bilik lalu merebahkan tubuh di atas katil.Semakin seram aku rasakan bilamana teringat akan pengetua yang datang.Arh apa apapun aku tak buat salah apa pun kat sekolah !

Sekilas aku memandang kearah telefon Kay yang tak henti henti berbunyi.Aku memanjangkan tangan lalu meng offkan telefon dia.

Termasuk hari ni, dah dua hari aku tak borak dengan Kay even pandang dia pun tak.Masa tidur pun, dia tak ada dalam bilik.Aku bukan apa, aku still marah dia sebab tak tepati janji dan lagi teruk, dia boleh buat muka tak bersalah pula tu.Ada juga dia cuba untuk tegur aku tapi aku selalu cari alasan untuk endahkan dia.Kekadang rasa bersalah buat macam tu, tapi mulut aku ni bukan boleh bawa bincang.

Nak buang perasaan marah ni pun susah.Mulut boleh jer cakap tak, tapi lain yang hati aku katakan.Memang aku selalu maafkan semua kesalahan orang sekeliling aku tapi kesalahan dorang masih terlakar dalam hati aku atau lebih tepat mulut boleh maafkan tapi tak hati aku.

Tentang hal Kay pula, aku tak tahu asal susah nak maafkan dia, mungkin sebab dia mungkir janji dan datang pada aku dengan lebam dekat muka dia.

Krekkk

Pintu bilik terbuka, sedar akan kehadiran Kay, aku bangun dari baringku lalu melangkah keluar dari bilik namun Kay menahan tangan aku lalu menutup pintu bilik.Dia menarik aku menuju ke katil lalu mengarahkan aku untuk duduk.Aku hanya akur tanpa banyak soal.Mata aku masih memandang tangan Kay yang stay memegang tangan aku sebelum dia meleraikan pegangan.

"Hazel masih marahkan Kay ?"Tanpa membalas soalannya, aku berdiri namun dia menarik tangan aku sehingga aku terduduk betul betul diatas peha.

"Kay !"Aku yang ingin kembali berdiri sebab kekok ditahan Kay.Dia memandang aku lama, terpapar riak wajah bersalah di wajahnya tapi yang takleh blah nya, aku yang terlebih rasa bersalah.Alahai Kay..

"Ka--kay minta maaf.Bukan sengaja nak ingkar janji cuma err Irshad tu yang menyakitkan hati"Dia memandang tepi dengan wajah yang memerah.Tengok dia dalam situasi ni pun buat aku tak tahan shhhs.Aku tak tahulah kepelikkan jenis apa suami aku ni, minta maaf pun nak malu tapi AGAGAGAG DIA HANDSOME.Nak pengsan 5 minit boleh ? Eh tak tak 10 minit.

Astagfirullah alhazim, sedar Hazel.

"Tiga perkataan je Kay..Haihh, hazel maafkan Kay"Aku tersenyum tanpa sedar lalu menekup pipi Kay memandang aku.

"Kay nak tahu sesuatu ?"Soalku pada Kay.Dia gelengkan kepala.

"Hazel taknak tempoh perkahwinan yang singkat"Aku merapatkan dahi di antara aku dan Kay.Jangan tanya dekat mana datangnya keberanian setinggi gunung everest ni, yang aku tahu, ini masa yang tepat untuk aku confess dekat Kay.Tapi riaksi Kay kini tak seperti apa yang aku bayangkan.

"Nak tahu sebab apa ?"Sekali lagi Kay gelengkan kepala.

"Sebab Hazel sukakan Kay, atau lebih tepat hazel dah anggap Kay sebagai suami Hazel.Hazel tahu Kay memang dah rancang untuk kita cerai like another marriage contract dalam drama cliche wattpad tapi Hazel tak akan tipu hati Hazel yang Hazel taknak putuskan hubungan kita sebagai suami isteri"Ya drama sangat.Tapi aku dah lama nantikan saat agar aku dapat lepaskan semua rasa yang terpendam dalam fikirkan aku pada Kay.

Aku taknak cerai dengan dia.

Aku nak dia cintakan aku sepertimana aku cintakan dia.

Ya perkahwinan bukan boleh di bawa main.Ini mengenai masa depan aku tapi, aku terlebih dahulu memilih Kay sebagai masa depan aku kelak.Aku nak dia yang pernah menjadi impian aku dan aku nak dia yang pernah menjadi cita cita aku.

"If you choose to divorce then...."

Aku memandangnya dengan senyuman kelat.

"...ceraikan aku sekarang"Aku menahan sesak di dada.Kay juga adalah kebahagian aku, kalau dia gembira aku turut gembira dan kalau pilihan dia adalah melepaskan aku maka aku perlu buat dia lepaskan aku sekarang sebab aku taknak kecewa nanti.Biarlah aku kecewa sekarang tapi bukan di hari lainnya.

Kalau menyekat aku dengannya adalah pilihan dia maka cerita ini akan diteruskan dengan chapter yang bakal menjadi detik cerita kami bermula dan kalau dia memilih untuk melepaskan aku maka cerita ini akan berakhir dengan penamat di chapter seterusnya.

****

nak gelak dgn ayat yang aku type-
maaf sbb bab ni merapu hbis

they storyWhere stories live. Discover now