AKU mencekak pinggang memandang para pelajar sekolah dari sekolah lain yang hadir ke pertandingan bola sepak diantara smk diamond high dan Smk melati.Aku dah tahu matlamat mereka datang dari cara dorang perhati Kay tadi.Memang Kay sangat terkenal even pelajar dari sekolah lain pun kenal.Sama ada sebagai pemain bola sepak terbaik mahupun dengan kekacakkannya.
Kalau boleh aku nak ambil kain lepastu tutup muka dia dan kalau boleh hanya aku yang boleh tengok kekacakkan dia.Susah betul kalau ada crush yang femes ni.
"Sabar Haze"Aku memandang Aisah yang muncul berserta dua bekas popcorn.
"Eh bukan kau masuk pertandingan sajak ker hari ni ?"Soalku.Dia ni semua pertandingan nak masuk sebab tu jarang nampak muka dia.Al maklumlah, dia mahir dalam pelbagai perkara seperti contoh menyanyi, sajak, bola baling dan banyak lagi.Semua benda dia nak join sampaikan tak ada masa nak masuk kelas.Jadi tak hairanlah kenapa dia ditempat dikelas hujung.
"Aku tarik diri.Kali ini aku nak cuba try join pertandingan drama"Ujarnya.
"Tengok ni aku berlakon"Dia meletakkan popcorn tersebut ditanganku lalu meniup tudungnya.
"Aku tak pernah terfikir untuk sukakan kau tapi takdir, takdir telah memilih aku untuk cintakan kau jadi berhenti.Tolong berhenti suruh aku berhenti cintakan kau"Aisah menitiskan air mata dengan penuh dramatis sekali.
"Huh nak buat drama tengah jalan pula"Aku memandang Zared yang menyilang tangannya memandang Aisah, Aisah lantai memalingkan tubuh menghadap Zared lalu menyeka air mata palsunya mengunakan jari telunjuk.Bibirnya melorek senyuman sinis berserta decitan sinis.
"Ada kacau jalan kau ker ? Sini ada jalan luas dan sini pun ada jalan yang luas"Aisah mendepakan tangannya di kawasan sebelah kiri dan kanan.
"Tak kacau jalan aku tapi menganggu pandangan mata aku.Uhh lakonan yang sangat teruk.For real"Ujar Zared sinis.Aisah melopongkan mulutnya.Habislah mamat ni.Dia memang betul betul tak kenal siapa Aisah.
Satu bekas popcorn dirampas Aisah dari peganganku laku dia mencampakkan isi popcorn kewajah Zared.Aku hanya sekadar melihat mereka sambil memasukkan popcorn kedalam mulut.Tepukkan gemuruh aku berikan.
"Tahniah.Kalian layak dinobatkan sebagai pelakon terbaik abad ni"Ujarku dengan riak wajah bangga.
"Diam"Serentak mereka berkata.Aku mengangkat sebelah tangan tanda mengalah.
"Kau mesti tak kenal aku kan ?! Boleh kau cederakan wajah kacak aku !"Aisah membuat riak wajah nak muntah lalu serentak itu dia ketawa besar.
"Wajah kacak ? Kacak ker macam ni ? Wei dalam kelas kitorang ada lelaki yang lebih kacaklah dari kau"Ujar Aisah sinis.Jangan cakap dia mention Fadrel sudahlah.
"Siapa jer yang lebih kacak dari aku ?"Zared membuat riak wajah sinis.
"Fadrel"Aisah menarik lengan baju Fadrel yang kebetulan lalu situ.
"Kan Fadrel ?"Soal Aisah.
"Asal libatkan aku ? Aku tak ada kena mengena dengan perbincangan rumah tangga korang"Ujaran Fadrel membuatkan aku tergelak besar.
"Dah dah jom.Pertandingan dah nak mula.Kau tak masuk ker Red ?"Soalku.Aku ni taklah rapat sangat tapi setakat tegur menegur dengan rakan Kay ? Benda biasa memandangkan kami pernah sekolah rendah sesama dulu.Dan dulu aku, shawn dan nazim rapat ah juga tapi naik sekolah menengah semua bawa haluan masing masing.
"Eh ahah lah !"Zared bergegas pergi dari situ.Fadrel pula sudah berlari pergi apabila melihat segerombolan kumpulan perempuan.Oh lupa femes en.
"Eh Haze.Itu bukankah pasukan bola jaring Smk melati.Asal dorang ada dekat sini dho ?"Aku memandang sekumpulan pasukan perempuan yang baru keluar dari van.Rata rata mereka freehair.Aku tak hairanlah kenapa.Smk Melati memang tempatnya terlalu bebas.
"Pelik ah.Nak kata pertandingan.Pasukan kitorang dah dibubarkan"Ujarku.
"Wait what ?! Dibubarkan ? Kau tak bagitahu aku pun"Ujar Aisah.
"Kau tak tanya"Ujarku pula lalu menariknya pergi dari situ.Kang tak pepasal terlepas melihat pertandingan bola sepak dilangsungkan.Yang pasti tempat duduk penonton mesti sesak.Harap ada tempatlah untuk aku.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
PASUKAN bola jaring digemparkan dengan berita mengenai pertandingan mengejut dengan pasukan bola jaring smk melati.Aku yang saat itu seronok menyaksikan permainan sengit pasukan bola sepak terus sahaja runsing.Apakan tidak ? Pengetua beri peluang untuk kami tidak dibubarkan dengan syarat kami harus memenangi battle ni dan kami langsung tak siapkan apa apa lagi.
Sudahlah kami semua memakai baju kurung sekolah saat ini.Pertandingan pula hanya beberapa minit sahaja lagi.Nak suruh ahli keluarga hantar baju ? Ingat sempat ker ? Nabilah awal awal lagi mengamuk namun ini sahaja peluang untuk kami.
"Miss minta maaf sebab tak khabarkan.Miss pun baru jer tahu"Miss Elia memaparkan riak wajah serba salahnya.Aku mengetap bibir.
"Korang tak ada baju spare ker ?"Soal Miss Elia dan serentak itu kami semua mengeleng.
"Kami ada seluar track jer memandangkan semalam last training kitorang"Ujar Emira pula.Ya kitorang memang selalu bawa spare seluar track sebab..you know.Kitorang terlalu lasak apabila bermain.
"Korang pinjam baju jersey pasukan bola sepak jelah lagipun Sir baru belikan dorang jersey yang baru semalam"Sir Amri datang menyelamatkan keadaan yang sedang tegang saat itu.Wait jap pasukan bola sepak ? Baju jersey ? Kay ? Ommo.Cuba gabungkan dan korang akan dapat jawapannya.
"What ?! Pasukan bola sepak ?!"Kuat suara nabilah menyoal.Oh lupa pasukan bola jaring anti dengan pasukan bola sepak.
"Korang ada pilihan lagi ker selain pinjam baju kitorang?"Soal Shawn serentak itu muncul pasukan bola sepak dibelakangnya berserta baju jersey mereka.Tapi tak ada Kay.Hm.
Betul kata shawn kitorang tak ada pilihan dah.Nabilah pun pasrah saat itu lalu masing masing mengambil jersey dari pasukan bola sepak.Aku tau aku gedik tapi aku nak cakap juga yang...aku nak baju Kay.Huwaaa.Dan mungkin ini nasib tuahku.Baju jersey yang diberi mereka tak cukup dan aku sorang jer takde.
"Kay !"Tiba tiba kay muncul dihadapan pintu bilik loker bola jaring.
"Nah"Dia menghulurkan jerseynya pada aku.
"Thanks"Ujarku.
"Hazee !"Serentak pasukan bola jaring memandangku tajam.What ? Ucap thanks je un.
"Terima kasihlah Sir"Ujar Miss Elia.Saat itu kami menghalau mereka keluar.Yelah, nak tukar baju kot.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
AKU memandang baju jersey yang terlalu besar ditubuhku.Nasib aku pakai handshock.Well aku memang selalu pakai handshock pun.Hek.
"Korang"Kami semua memandang nabilah yang memakai baju milik Shawn.Saiz mereka nampaknya sama.
"Aku tahu kita tak sedia and prepare about today but this is our hope.Ini satu satunya peluang kita.Aku tahu semua tentang kau orang.Syaf, ini masanya kau banggakan kawan kau, Irdina, ini masanya kau cari peluang untuk menang.Emira, ini masanya untuk kau atasi rasa takut kau, Ciara aku tahu kau mempunyai impian yang besar begitu juga kau hazel.Aku tahu kau orang ada sebab sebab tersendiri dalam pasukan ni.Jadi ini hari kita.Get ready"Ujar Nabilah tersenyum.Kami semua menindihkan tangan masing masing.
"DIAMOND WINN !"Serentak kami berkata lalu tersenyum.
TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Novela Juvenilaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋