8 | rain

242 12 0
                                    

          AKU memerhati hati Kay dari jauh.Aku berniat nak pulang sahaja tadi naik bas sebab abah tak dapat ambil tapinya langkah aku terhenti apabila melihat Kay di padang dan saat itu dia berseorangan.Tidak menunggu lama aku terus labuhkan punggung dibawah pokok sambil memerhatikannya menjaringkan goal berkali kali.

Biarlah aku jalan kaki sekalipun asalkan aku dapat tengok dia.Kejadian semalam tiba tiba berlegar difikiranku.Aku lantas mengeleng gelengkan kepala berharap agar ianya hilang dari pemikiranku.It's small matter but aku masih tak boleh lupakan betapa malunya aku.Urgh.

Ah lantak lantak.

Aku menyambung aktivitiku yang tergendala.Tak henti henti aku memandangnya.Melihat langit yang mendung membuatkan aku risau akannya yang tidak nampak seperti nak berhenti dengan aktivitinya itu.Payung didalam beg aku keluarkan, aku memang dah agak nak hujan sebab tu aku bawa payung awal awal.

Hujan mulai menonjolkan diri dan semakin lama semakin lebat.Lantas aku memandang Kay yang sudah memberhentikan aktivitinya sebaliknya dia terduduk diatas rumput lalu menyerabaikan rambutnya.Aku berdiri lalu membuka payung.Langkah kaki aku bawa menuju kearah Kay lalu tiba dibelakangnya aku memayungkannya membiarkan diri aku dibasahi hujan memandangkan dia sudah basah kuyup.

Melihat payung yang melindunginya daripada hujan.Dia lantas memandang kearahku lalu berdiri.Payung ditolak melindungi tubuhku dari dibasahi hujan.Aku mengeluh lalu mendekatinya dan kami berdua berdiri dibawah payung.

"Nanti kau demam.Jom"Aku memandangnya.

"Kau patut fikirkan diri kau dulu"Ujarnya.

"Antibodi aku kuat jadi tak senang nak demam.Kau tu yang antibodi tak kuat"Ujarku sambil itu kami meneruskan langkah menuju ke tempat parking moto.

"Macam mana kau tahu antibodi aku tak kuat ?"Soalnya.Aku tersentak.

"Haha entah.Agak je"Ujarku lalu menurunkan payung apabila tiba di tempat parking.

"Bye"Ujarku lalu berjalan pergi dari situ.Tak betah berlama lama walau sebenarnya aku nak bersama dengan dia lebih lama.Langkah kaki aku bawa keluar dari pagar sekolah.Mataku menjadi lebih kabur apabila hujan semakin lebat namun aku teruskan langkahku.Rumahku jauhlah juga tapi taklah jauh sangat pun.Aku harap sangat mata aku beri kerjasama.

Tubuhku mulai merasakan kesejukkan yang mencengkam kuat.Bibirku mengigil.

Tiba tiba sebuah moto berhenti ditepi.Aku mengecilkan mata memerhati gerangan tersebut.Dia membalingkan helmet padaku.Saat itu barulah pandanganku sekata.

"Pakai.Tak baik jalan seseorang.Dahlah hujan ni"Ujarnya dingin.Siapa ? Siapa lagi kalau bukan cinta hati aku, Kay.

"Ok-okay"Ujarku lalu memakai helmet yang dibalingnya tadi.Tiba tiba dia memakaikan aku jaketnya yang berwarna hitam.

"Naik"Arahnya.

"Ah okay"Ujarku lalu menaiki motonya.Dalam tidak sedar jantungku berdegup kencang.Beg yang menjadi penghalang antara kami aku genggam erat.Disebalik helmet yang menutupi wajahku, aku pasti wajahku pasti memerah habis.

Tiba dirumahku.Hujan semakin lama semakin lebat.

"Masuklah dulu.Hujan lebat ni"Ujarku setelah menghulurkan helmet itu padanya.

"Tak-"

"Kau gila ker Kay.Hujan ni, kau boleh excident tau.Dahlah lebat ni."Ujarku melulu serentak itu kakak keluar berserta payung.

"Haah masuklah dulu Kay"Kakakku menyokong kata kataku.Dia memang kenal Kay sebab abang Kay rakan sekolej kakak aku.

"ok"Akhirnya dia setuju juga.Nak mati ker tunggang moto bawah hujan yang lebat ? Bahaya betul crush aku ni.


they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang