2 | netball

500 17 3
                                        

          KEJADIAN dia meletakkan stickey note didalam buku teks milik Kay membuatkan dia sesak nafas sehingga sekarang.Pemikirannya tidak berjalan dengan baik.Setiap langkah dia berjalan, tangannya tidak henti henti melibas angin menyatakan tidak berpuas hatinya dia.Matanya pula tidak habis habis mengusha Kay.Memang jarak kelas kay dan dia jauh tapi dia sanggup berjalan jauh just nak lihat keadaan Kay.

Itulah rutin dia tapi tak bolehlah nak tengok selalu.Takut kantoi.Haih tak tengok wajah Kay sehari pun dia rasa tak tenang, macam ada je yang kurang ibarat dia tanpa novel.

"Assalammualaikum.Ini Hazelina kan?"Hazel memandang gerangan yang tiba tiba menegurnya.Memandangkan dia islam salam itu dibalas sebelum matanya yang tadi tertumpu pada Kay teralih memandang senior year dia iaitu Kak Raisah salah satu ketua pemain bola jaring sekolah.

Melihat kedatangan Kak Raisah membuatkan Kay tertanya tanya.Tak pernah pula senior cari dia kecuali cikgu yang panggil.Bila difikirkan balik, dia mana ada missed apa apa.Kerja rumah pun dia buat walaupun tak selalu, nak kata ponteng memang terlalu jaranglah sebabnya dia mana boleh hidup tanpa oksigennya.Faham fahamlah en.

"Ada cikgu panggil saya ker ? Ker ada something saya buat tapi saya tak tahu ?"Soalnya penuh dengan curious dan itu membuatkan Kak Raisah tertawa kecil.Ini kalau dilihat senior form atas mesti ramai puji Hazel.Ujar hati Kak Raisah.

"Tak adalah.Pasukan bola jaring sekolah dah buat deal nak masukkan Hazel dalam pasukan tu memandangkan Kak Raisah dan Kak Aminah nak keluar sebab tahun ni kan SPM"Ujaran Kak Raisah membuatkan Hazel yang tadinya penuh dengan tanda tanya, tersentak.Tidak pernah pernah pula ada orang suruh dia join pasukan pasukan bagai ni memandangkan dia dengan dunia dia sendiri jer selalunya.

"Err tapi saya taklah pro sangat bola jaring"Ujarnya secara jujurnya.Betullah dia pernah berniat untuk menjadi pemain bola jaring cumanya dulu ada orang yang lebih bagus menyainginya sehingga satu tahap cikgu keluarkan dia dan dia buat keputusan untuk berhenti jadi atlet bola jaring.

"Tak apa nanti Syaf ajar awak"Ujar Kak Raisah.Walaupun tidak kenal Hazel hanya sekadar mengangguk tanda setuju.

"Ini borang untuk kamu isi.Nanti bagi pada Miss Elia cikgu baru tu"Borang yang dihulurkan oleh Kak Raisah disambut baik oleh Hazel.Gadis itu menunduk lalu memandang pemergian Kak Raisah dengan senyuman pendek.Walaupun dia pernah buat keputusan untuk berhenti jadi atlet bola jaring, tidak dinafikan dia masih mahu menjadi salah seorang dari pemain bola jaring memandangkan hanya berapa tahun lagi dia berada di sekolah ni, tahun depan dia dah SPM.

"Ehem"Sedar akan dia berdiri di tengah jalan dia lantas memohon maaf.Namun apabila melihat gerangan yang sudah berlalu pergi itu, matanya terlopong luas.Nafasnya kembali sesak, perut memulas mulas.Untuk pertama kalinya dia jumpa dan bertentangan dengan crush sendiri.Siap tegur EHEM pula tu.ARGHHH.Hati dia dah bunuh dia betul betul kali ini.


❀•━━━━━• •━━━━━•❀


          SETELAH menjadi ahli pasukan bola jaring yang sah.Hari ini hari pertama dia pergi training tapi belum pergi lagilah, jam tiga nanti dia pergilah.Tapi mahu excited nya dia lagi lagi bila dapat tahu pasukan bola sepak pun training sekali memandangkan dorang sekali lagi ada perlawanan dengan sekolah lain.

Memandangkan padang dan gelangang bola jaring tu tersangatlah dekat sebab cikgu memang dah gabungkan jadi senanglah aku nak usha dia.Tahu gatal, tapi gatal gatal aku bertempat juga tau.Hew hew.

"Adikkk ! Abah dah balikkan.Tolonglah bukakan pintu pagar"Hazel yang mendengar jeritan bingit kakaknya merengus geram.Tak payahlah jerit, macamlah dia pekak.Pintu pagar rumah dibuka lalu barulah dia buka pintu pagar besar.Melihat paparan wajah Encik Hazri iaitu abahnya daripada cermin hadapan kereta, Hazel melambai lambai teruja.

Keluar sahaja Encik Hazri dari kereta, Hazel lantas membantu abahnya itu mengambil barangan yang sudah dibeli dibonet kereta.Abahnya itu ibarat ibu mahupun bapanya semenjak ibunya meninggal disaat dia masih kecil.

"Abah, adik dah mula balik impian adik sebagai pemain bola jaring"Ujarku lalu menutup bonet kereta.

"Baguslah kalau macam tu.Tak payahlah abah tengok muka sendu adik hari hari bila tengok pemain bola jaring dalam tv"Ujaran Encik Hazri membuatkan Hazel cemberut.Tidak dinafikan dia memang selama ni selalu sendu.Tapi disebabkan dia broken bila musuh sendiri kalahkan dia masa sekolah rendah.Terus dia give up dengan impian sendiri.

"Tapi muka sendu adik ni nampak comel jugakan"Ujarku lalu mengekori abah dari belakang.Seperti apa yang aku agak, abah mesti akan cakap...

"Perasan.Muka abah ni lagi comel dari adik.Sebab tu ramai jer perempuan nak kat abah.Tapi abah jer jenis yang jual mahal"Ujaran Encik Hazri membuatkan Hazel tergelak besar.

"Kalau abah comel mesti genetik abah turun dekat adik sebab adik anak abah.Kalau adik tak comel maknanya abah pun tak comellah.Kalau adik tak cantik, maknanya abah pun tak handsome"Ujar Hazel dengan penuh bangga lalu meletakkan barang barang yang diangkatnya keatas meja.

"Eh abah tak bagitahu ke yang adik anak pungut ?"Abah menjongketkan kening lalu menyilang kakinya ala ala mak nyah.

"Sampai hati abah.Adik lari rumah bawa cicak tokek abah tu baru tahu"Ugut Hazel.Memang dekat rumah ni ada cicak tokek menumpang.Encik Hazri memang takut dengan Cicak tapi cicak tokek tu tak pula dia takut.

"Eleh si jimmy pun taknaknya lari dengan adik"Ujar Encik Hazri.

"Adik culiklah dia"Ujarku.

Ntkkk ntkk !

"Haah dengar tu dia dah berbunyi"Ujar abah.Tak sempat hazel membalas kakaknya muncul dengan sepinggan pancake hitam legam.

"WALLA ! PANCAKE BY HAZERINA RIAS"Hazel dan Encik Hazri menekup mulut memandang pancake yang dimasak Hazerina.Tidak dapat menahan gelak kami berdua serentak itu ketawa besar.

"Itu pancake ke arang kakak oiii ?"Soal Encik Hazri.

"Pancake salut arang tu bah, adik rasa"Aku tertawa besar lagi lagi melihat lilin kek diatas tercucuk diatas pancake tersebut.

"ARGHH DAHLAH.KORANG TAHU USIK ORANG JEEE"Hazerina terus berlalu pergi.Haih buat orang nak gelak jelah.

TBC

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang