43 | jealous

168 4 0
                                        

         SETELAH selesai mengambil peperiksaan akhir tahun, cuti penggal akhir pun bermula.Selalunya, cuti-cuti macam ni.Aku akan lepak dengan Aisah ataupun kekal di rumah.Nak harap bercuti ? Memang taklah.Aku, kakak dengan abah sangat tak sukakan percutian tapi tipulah kalau kitorang tak pernah bercuti.Lol

"Hazel, dah bangun ? Hazel ada nightmare lagi tak ?"Soal Kay.Aku mengelengkan kepala.Semenjak bertemu dengan umi semula dan umi mengaku semua, aku kerap mimpikan situasi trauma di masa-masa lalu.Sebab tu aku cuba untuk tak tinggal dengan umi.Tak, aku tak pernah berniat nak jadi anak derhaka tapi aku cuba untuk tak tunjukkan kat umi betapa terseksanya aku sebab aku taknak dia serba salah.

"Hazel, Kay ada something nak bagitahu hazel"Ujarnya lalu duduk di samping aku.

"Bagitahu je lah"Ujarku bersahaja.

"Esok kita akan balik rumah umi tau"Ujar Kay.Aku angguk.

"Awak memang suka tukar-tukar nama panggilan mama ker ?"Soalku.

"Maksud Kay, kita akan balik rumah umi hazel esok"Automatik aku memandang kearah Kay.Dia tahu aku tak bersedia, kenapa kena bawa aku ke rumah umi ?

"Kay tahu keadaan hazel kan.Dahlah hazel kerap mimpi benda-benda tu.Hazel takut benda tu nanti susahkan umi"Ujarku.Terserlah di wajah Kay yang dia cuba juga untuk membawa aku ke rumah umi.

"Look, hazel kenalah faham betapa bersalahnya umi.Biarlah dia tebus kesalahan dia and sampai bila hazel nak mengelak dari umi.She's ur mom"Ujar Kay tanpa berkias langsung tapi still, benda tu tak membuatkan aku setuju sebaliknya hanya membuka topik lain agar Kay tak mengatakan hal itu namun tetap sahaja Kay membahas soal itu.

"Biarlah dia tebus kesalahan dia.Umi tu walau macam manapun, pernah jadi syurga untuk hazel.Kay tak memaksa untuk hazel ikut cuma kesiankanlah umi.Beri dia peluang untuk menjaga hazel"

"Kenapa Kay kena beria ? Even umi pun dah pasrah dan taknak paksa hazel.Kay tu suami hazel sepatutnya Kay mesti sokong hazel"

"Bukan Kay taknak sokong hazel.Kay buat benda ni bersebab"

"Sebab apa ?"Soalku masih menahan marah.

"Sebab hazel sendiri nak umi ada di samping hazel kan ? Kay tahu, tapi keadaan hazel sekarang yang buatkan hazel tak boleh nak jumpa umi but Kay tak boleh nak biar Hazel dalam keadaan macam ni.Nak atau taknak, hazel kena ikut Kay juga"Aku melihat Kay yang sudah naik ke atas.Rumah ni hanya ada aku dan Kay sebab abah selalu kerja overnight so tak hairanlah kalau Kay nampak emmm.

Aku rasa, aku pun dah tak boleh nak buat apa selain setuju.Hello dah nama pun aku ni bukan anak derhaka, mestilah aku bukan isteri derhaka juga.

Tiba-tiba azan isya' berkumandang.

"Hazel boleh solat tak ?"Soal Kay dari tingkat atas.

"Tak !"Ujarku tak bernada.

Kay solat kat surau masa solat maghrib tadi, sebab dia main bola sepak dengan rakan-rakan dia.Aku nak bagitahu sebab dialog kitorang nampak tak logik.

Tiba-tiba Ashraff call.Apa lagilah mamat ni call aku.Ni mesti nak mengadu pasal makwe dia ni.Aku pun tekan button hijau.

"Assalammualaikum"

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang