29 | oar

144 8 1
                                    

' opinion and reason '
- special edition -

******

-Kayrul

Hazel..

walau sudah berbulan jadi suami dia, walau berbulan perhatikan sikap dia.Dia kekal dengan wajah tenang dan ramah.Sepanjang aku kenal dengan dia, dia tak pernah sekali tunjukkan perasaan sebenar dia..

dia fake...

dia cuba untuk jadi yang terbaik.Dia cuba untuk buktikan sesuatu yang hanya dia mampu buat.Dia cuba untuk bersifat jujur tapi sebaliknya dia hanya menipu diri dia sendiri.

dia tetap cuba untuk jadi diri sendiri, dia cuba untuk banggakan diri sendiri tapi semua tu nampak ketara di mata aku.

untuk jujur, ya aku mulai menaruh perasaan pada dia.Sudah lama, sangat lama.Mungkin masa tu, dia masih belum kenal aku siapa.

sifat aku yang mudah obses buatkan aku jauhkan diri daripada dia sehinggalah aku kerap kali ternampak dia diluar kelas aku.Dia kian kali munculkan diri dia sehingga membuatkan rasa obses aku pada dia semakin parah.

keluarga hazel dan keluarga aku tahu.

mereka tahu yang aku tak normal berkaitan dengan hazel.

jadi, nenek hazel terlebih dahulu lemparkan wasiat dengan atok aku.Tepat umur kami 16.Kami dikahwinkan atas alasan tak munasabah dan itu salah aku.

kerana aku tahu, hazel milik aku.

dan yah.Aku tak expect yang hazel akan terima tanpa perlu aku memaksa.

namun semenjak kami kahwin, obses aku pada hazel semakin menjadi jadi.Aku tak suka orang bercerita pasal hazel.Aku benci lelaki yang dekat dengan hazel.Dia hanya milik aku.

dan oleh itu, aku buat keputusan untuk sentiasa menjauh dari hazel.Aku cipta jarak antara kami agar aku tidak dibelengu perasaan ini.

aku gembira bila hazel tak pernah cipta pergaduhan diantara kami.

dan dia tak pernah persoalkan kenapa aku cipta jarak antara kami malah dia layan aku seolah olah kami sangat rapat.Dia tak pernah cipta pergaduhan tapi dia suka buat aku marah dia.

satu persoalan sentiasa bermain di fikiran aku.

akan kekalkah hubungan aku dan dia ?

akan adakah secebis rasa cinta dia untuk aku ? adakah dia akan memilih untuk berpisah atau kekal dengan aku ? dan adakah dia terima kalau dia tahu aku obses pada dia ? lebih kurang pun dia akan cakap aku gila.

ya inilah pendapat aku dan inilah sebab kenapa perkahwinan ni berlaku.

ianya berpunca dari aku.

nenek hazel dan atok aku tahu penyakit aku.Dorang sangat fasih.

untuk melindungi hazel, dorang serahkan hazel pada aku dengan syarat jangan sesekali buat benda bukan bukan pada hazel.

ya aku tunaikan janji aku supaya hazel kekal di sisi aku.

"Kay ! buat ape tu ?"

aku cepat cepat menyorokkan buku itu didalam laci meja.

"Hazel buat apa ? Kata nak makan samyang"

"Temanlah haze.Takkan haze nak makan sesorang, mana boleh habis.Pedas tu"

Aku berdiri lalu melangkah keluar dari bilik.Hazel dah tersenyum gembira.

*******

special edition for happy new year, lol.

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang