SETIBANYA dirumah aku bergegas menuju ke bilik kerja abah.Pintu bilik aku terjah tanpa mengetuk.Swing chair aku tarik laju kesebelah abah.Nampak di situ yang abah sedang terkejut sebab anak dia main terjah masuk macam tu.
Tapi ini sangat penting ye, demi kebaikan masa depan aku nanti.Yes yes.
"Adik setuju abah ! adik akan kahwin dengan dia bulan depan kan ?"Soalku.
"Adik demam ker ? Asal beria sangat ni"Baru aku sedar yang aku terlebih beria.Tak boleh, tak boleh.Abah tak boleh tahu yang aku suka Kay.
" Takdelah, nak balas jasa nenek je"Ujarku setenangnya lalu berjalan keluar dari bilik kerja abah dengan senyuman.Siapa je tak gembira dapat kahwin dengan crush ? Even crush aku tu buat janji kolot wattpad yang kononnya perkahwinan kitorang sampai habis spm je, aku tetap gembira.Siapa cakap aku setuju ? Hehe.Jangan memain, tahap psiko aku ni boleh tahan seram tau.
Tapi sape kesah ? Kay dah halal untuk aku kot.Masa tu aku akan buat dia suka kat aku.NO.MATTTER.WHAT !
❀•━━━━━• •━━━━━•❀DISAAT aku melangkah masuk kedalam sekolah.Fadrel menarik hujung lengan bajuku mengikuti langkahnya.
"Weh kau nak culik aku ke mana weii ? Kau jangan memacam Fad"Ujarku.
"Kau merepek apa ? Kita dah lambat, boleh kau berlenggang kangkung.Library tutup jam 8 ni lebih awal dari waktu sekolah jadi kita kena cari rujukkan untuk folio tu tapi sekarang kau dah lambat beberapa minit.Masa yang kita ada hanya 45 minit"Ujar Fadrel dengan nada suara dingin.
"Bukan salah aku.Kaulah punya salah"Ujarku saja cari gaduh walaupun dah terang terang aku yang salah.Tiba tiba langkah kami terhenti.Dia menarik tanganku berlapik baju kurung sekolah sehingga tubuhku hampir melanggarnya.
Buka sahaja mata aku melihat tatapan tajam Fadrel.Wajah kami disaat itu sangat dekat.
"Uh apa kau buat ni"Aku menolaknya.
"Benda yang sepatutnya aku buat bila geram"Ujar Fadrel seolah olah cover malu.Cih.
Aku hanya mampu berdiam walaupun sebenarnya aku nak marah dia puas puas sebab buat cam tadi.Tapi situasi akan jadi kekok jadi aku diamkan sahaja.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
SETELAH selesai mencari bahan rujukkan aku bergegas mencari Aisah di dewan.Entah buat apalah dia dekat dewan.Jangan cakap dia sertai apa apa pertandingan lagi dahlah.Tak sanggup aku alone.Aisah ni sejak pemes banyak betul pertandingan dia nak sertai even tak pandai.Tahun lepas dahlah dia tarik aku masuk video drama komsas.
Nasib tahun ni dia tak tarik aku dekat mana mana pertandingan.Melihat aku yang berdiri dihadapan dewan membuatkan perangai beruk sarkas Aisah muncul.Dengan tak tahu malunya dia melambai lambai aku.Haih memang budak ni tak tahu malu betul.
Tidak menunggu lama aku melangkah kearahnya.Melihat kehadiranku di dewan itu, cikgu diana bergegas menuju kearahku.Aku memandang Aisah, dia angkat bahu.
"Oh ! baguslah kamu datang hazel.Cikgu nak kamu gantikan Ella sebab dia tak dapat datang"Aku berkerut kening.Gantikan apa pula ni ? Jangan cakap Cikgu Diana suruh aku jadi pelakon teater sudahlah.Buat malu aku jer nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋