SETELAH beberapa jam handle itu ini dekat detention room.Kay diam berjalan disebelahku, mukanya nampak bengang.Rasa terharu tu pudar, sedar yang aku dah susahkan dia hari ni.Tapi anuar tu bukan boleh bawa main.Silap hari bulan, boleh bunuh diri Aisah tu dan aku buat ni pun untuk kebaikan Anuar juga.Mati dia kalau abang Aisah dapat tahu mengenai ni.Jadi okay apa, aku dah cuba selamatkan kedua dua pihak.
Tapi yelah, Kay belum tahu apa apa jadi aku taknaklah marah dia lagipun dia dah selamatkan aku tadi.Persoalannya, macam mana Kay boleh tahu yang aku dengan Anuar masa tu gaduh ? And masa dia tumbuk Anuar tadi pun, Anuar nampak takut plus marah.Aku tak tahu sebab apa tapi itu masih menjadi persoalanku sehingga kini.
Harini baru amaran pertama, amaran kedua tak langsai.Heh kau tengok nasib kau anuar.Aku boleh jer buka mulut bagitahu abang Aisah.Cuma tulah, Aisah tu terlalu baik untuk mengadu dekat abang dia, itu yang buat keadaan bertambah rumit.
"Kay taknak Hazel cari hal dengan Anuar lagi"Ujaran Kay membuatkan langkah kami berdua terhenti.Baru perasan yang sekarang kitorang berada di parking lot bahagian moto.
"Hazel sendiri nampak yang dia tu melebihi had sampaikan peluk Hazel bagai.Kay yang suami hazel ni pun tak sampai pel-"Ujarannya terhenti apabila aku memeluknya secara mengejut.Dah dia tak dapat peluk aku, aku peluk lah dia walaupun sebenarnya dia ada terpeluk aku semalam ehuk.
"Dah dah stop bebel.Cukuplah hazel buka telinga untuk dengar bebelan guru disiplin"Kataku setelah melepaskan pelukkan.Kay mengusap lukaku yang sudah di tampal menggunakan ibu jarinya sejurus itu dia mengambil helmet lalu disarungkan di kepalanya.Alahai Kay.Jangan caring sangat, nanti aku jatuh cinta buat kali kedua.Parah.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
TIBA dirumah milik keluarga Kay.Kedua dua mereka memandang sesama sendiri.
"Mana family kay ?"Soal Hazel.
"Kay pun tak tahu"Ujar Kay lalu dia melangkah menuju ketingkat atas untuk mandi manakala Hazel masih mencari kemana keluarga Kay pergi.Kot kot ada tapi dia tak perasaan.Tak sopanlah masuk rumah orang-uups masuk rumah mentua begitu jer.
Namun cari punya cari, kelibat mereka langsung tidak kelihatan.Hazel putus asa lalu mengambil bagnya yang diletakkan diatas sofa.Kaki dia bawa menuju ketingkat atas.
Tiba dibilik, dia meleraikan tudung serta stokin lalu merebahkan tubuh diatas katil milik Kay.Matanya meliar memandang setiap inci bilik Kay.Pada pandangannya bilik itu nampak kosong, langsung tiada gambar mahupun periasan di dinding manakala meja solek hanya ada beberapa barang sahaja, itupun minyak wangi, gel rambut, and so on.
"Nampaknya dia tak suka benda yang nampak banyak"Gumam Hazel.Tiba tiba pintu bilik air dibuka, Hazel memalingkan wajah menghadap Kay.Membulat matanya apabila melihat Kay hanya memakai tuala separas pinggang mendedahkan tubuhnya.
"YAH ! asal tak bawa baju huh ?"Hazel menekup kedua dua matanya menggunakan tangan.
"Sebab kay tak expect yang hazel akan masuk bilik"Ujar Kay tenang.
"Yelah ye-yelah.Hazel nak mandi, pakailah baju"Ujar hazel lalu dia terus memasuki tandas.
"Wait haze-"Kay mengeluh.
"-bag baju kau aku lupa ambil"Kay menyambung ayatnya dengan nada perlahan.Setelah selesai dia memakai baju, belum sempat dia ingin mengetuk pintu bilik air,hazel terlebih dahulu membuka pintu separuh.Kay tersenyum lalu menghulurkan tuala, hoodienya dan seluar track pada hazel tanpa sempat gadis itu bersuara.
"WARGHH ! thank you"Ujar Hazel lalu dia menyambut huluran Kay.Pintu tandas terus ditutup.Kay melorek senyuman panjang.
too cute to handle.
YOU ARE READING
they story
Novela Juvenilaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋