49 | negative days

122 5 0
                                        

           ESOKNYA, seperti yang dijanjikan.Aisah nak bawa aku jumpa Ibu dia iaitu Ibu Khalisa walaupun Kay minta balik awal.Bukan apa, aku dah lama tak jumpa ibu khalisa.Boleh dikatakan susahlah juga nak jumpa ibu khalisa.Korang tahu masalah dia kan ? Cause aku dah terangkan awal-awal lagi masalah dia.Pergi check chapter explanation.

"Ish nak jumpa mak sendiri pun kena inform dia"Bengang Aisah.Tahulah aku yang itu abangnya, Redza.Entah apa yang dorang gaduhkan sehingga sejak pagi tadi.Sebenarnya, Aisah bawa motor.Haah pandai budak ni bawa motor.Jangan memain.

"Yes ! Dah sampai"Aisah tersenyum girang namun sebelum sempat dia melompat turun dari motornya.Telefonnya berbunyi sehingga menyebabkan wajahnya yang ceria tadi kembali muram.Apa lagi tu.

"Masuk dulu Haze.Aku nak cakap dengan abang aku"Ujar Aisah.Muka dia nampak bengang semacam.Aku yang malas nak masuk campur, bergegas melangkah masuk ke dalam.Belum sempat aku mengetuk pintu, pintu awal-awal lagi terbuka.Keningku berkerut seribu.Aik.

Dalam ada rasa was-was tu.Jantungku berdegup kencang.Kakiku perlahan-lahan masuk ke dalam sebelum aku mencari-cari kelibat ibu khalisa.Sebelum satu suara dari tingkat atas kedengaran.

Prangg !!

"Abang ! Tolong jangan buat Lisa macam ni.Tolong !"

Prang !!

"YA ALLAH !!"

"Aku tanya sekali lagi.Apa yang kau buat sehinggakan Redza tahu yang aku bukan bapak dia.BAGITAU AKU SEKARANG !!!"

Sebelum sempat pasu di tangan lelaki tak guna tu sentuh kepala Ibu Khalisa.Aku terlebih dahulu menahan.Lelaki ni dah melampau !! Syaitan macam dia ni tak patut hidup pun.

"KAU LEPASLAH PEREMPUAN !!"Lelaki tak guna yang lagikan tak guna tu menolak aku ke tepi.Nyaris-nyaris aku jatuh tergolek dekat tangga.Nasib ada dinding yang melindungi aku dari jatuh.Ibu Khalisa memandang aku dengan air mata yang berlenangan.Dia membuat isyarat agar aku pergi namun aku bertindak untuk kekal.

"Kau pandang apa ?!! Aku tanya kau.Macam mana Redza boleh tahu ?!!"

Pang !!

"Cukuplah !!"Masih tak mengendahkan aku.Lelaki tak guna itu menolak aku dengan kuat untuk kali ini sehingga aku hilang kawalan dan jatuh tergolek dari setiap anak tangga.Mataku terkebil-kebil.Mulutku mulai mengeluarkan sejumlah darah yang banyak.Kepalaku terasa kebas.

"YA ALLAH LINA !"

"HAZEL !!"

*******

          HAZEL dikejar ke rumah sakit.Pendarahan di bahagian kepalanya agak parah oleh kerana terhentak pasu yang berada di tepi tangga.Hal itu menyebabkan hazel berada dalam keadaan yang agak kritikal.

Pang !!

"Apa lagi yang kau tak puas dengan aku Lisa.Kenapa benci sangat ker kau kat aku sampaikan kau mesti target anak aku.CAKAP LISAAA !!!"Wajah Puan Amelia memerah.Air matanya sudah bertakung di tubir mata sementara Puan Khalisa hanya sekadar menunduk.Di tahu dia yang salah dan dia tak boleh nak nafikan benda tu.

"Sabar Mel"Puan Raiya cuba untuk menyabarkan Puan Amelia yang nampak sangat kecewa sekarang.Mungkin kerana sekali lagi dia gagal menjadi seorang ibu yang baik buat Hazel.

"Macam mana aku nak sabar Rai.Aku tak tahu apa yang dia tak puas dengan aku.Kenapa dia kena jadi sebab untuk aku gagal jadi seorang ibu yang baik buat anak aku Rai.Aku dah berbaik dengan hazel but now tengok apa yang jadi"Puan Amelia teresak kecil.Dia terduduk menelengku ditengah-tengah jalan itu.Otaknya kosong.Ya allah.

"Awak nak hazel kuat then awak pun mesti kuat"Ujar Encik Hazri.Tak berkedip mata Puan Amelia memandang lelaki itu menelengku disebelahnya.

"Berdiri dan pergi solat asar dulu.Doa banyak-banyak supaya hazel dalam keadaan yang baik-baik"Ujar Encik Hazri.Puan Amelia mengangguk-angguk lalu menyeka air matanya.Perlahan-lahan dia bangun dengan bantuan Puan Raiya.Falin yang sedari tadi memerhati tersenyum.Ada-ada je.

"Abah, Hazel macam mana ?"Soal Kay yang baru tiba dengan rambut yang serabai.Jersey di baju masih dipakai.

"Abah belum tahu Kay.Hazel baru masuk bilik icu"Ujar Encik Hazri.Kay terduduk di kerusi menunggu.Dekat situ ada Hazerina, Zay, Zafri, Encik Fariq, Puan Raiya, Aisah, Falin, dan Encik Hazri.

"Abah, abah dah lapor pada polis belum ?"Soal Hazerina.

"Dah"

"Kakak nak keluar sekejap"

"Kau nak buat keterangan ? Nak ikut"Pinta Zafri.Hazerina mengangguk lalu kedua-dua mereka melangkah pergi dari situ.

Hampir beberapa jam kemudian.Barulah doktor keluar dari bilik rawatan.

"Doktor macam mana keadaan anak saya ?"Puan Amelia terlebih dahulu bersuara.

"Alhamdulillah, dia tak mengalami amnesia seperti patient patient saya yang lain.Dia melepasi tahap kritikal tapi saya tak pasti kalau dia mampu melihat seperti biasa lagi"

"Apa kaitannya.Kawan saya hanya jatuh tangga !"Ujar Aisah tak puas.

"Ya memang pun.Tapi banyak kemungkinan yang boleh menjejaskan sistem penglihatan manusia.Seperti buta, buta bukan hanya sekadar melalui diabetes, darah tinggi mahupun kolestrol tapi perkara yang boleh menjejaskan sistem pengairan darah juga boleh menjejaskan sistem penglihatan manusia seperti kes pesakit ini"Ujar Doktor tersebut.

"Maaf, saya hanya mampu katakan,  berdoalah agar cik hazel dalam keadaan yang baik baik sahaja"Ujar Doktor itu lalu menundukkan kepala dan berlalu pergi.

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang