24 | psycho

92 2 0
                                    

Seminggu kemudian...

-Hazel

Aku melangkah masuk kedalam kelas dengan penuh tak bersemangatnya.Haih sekarang ni orang yang aku boleh salahkan adalah kakak aku.Boleh pula dia gunakan aku untuk mengelak dari abang si Kay sehingga aku buat Kay terlambat g sekolah.Masalah masalah.

"Asal ni haze ?"Aisah muncul dengan membawa kertas bercetak merah.

"Haah ? Tak ada apa.Surat apa tu ?"Soalku lalu meletakkan beg pada kerusi.Ruang bawa meja aku check sebelum air kotak tak berisi air aku keluarkan lalu aku baling tepat dikepala Ashraff.Mamat tu bila tumpang meja aku je mesti kena selit sampah.

"Sorry Haze.Lupa !"Ujarnya.Aku menjelingnya lalu mengalihkan pandangan pada Aisah.Menunggu jawapan dari soalanku tadi.

"Cikgu Raifa marah sebab aku asyik join macam macam pertandingan so dia gitau pengetua.Terus je pengetua keluarkan surat amaran.Astu kena ceramah pasal belajar bagai"Aisah memaparkan riak wajah jengkel.Aku rasa patutlah kot dia dapat surat.

"Oh ya.Cakap pasal ni, kau bila nak start training duh ? Kata bulan July ni ada match"

"Entah ah.Miss Elia cakap nak tangguh training sebab dorang nak renovate gelangang bagai.Kitorang un nak berkumpul lepas sekolah, susah"Ujarku.Memang dah berbulan agaknya tak training lepas je menang match dengan Smk melati.

"OII CIKGU EMRAN SURUH G PADANG !!"Dia punya menjerit.Pergh kalah jeritan Cikgu Shahmir.

"Tak,nak suruh tu janganlah jejerit"Bengang syaza yang baru tersedar dari lena yang panjang.

"Arrrr mekak mekak"Ujar Amir.

"Boleh tak aku ponteng ?"Bisikku pada Aisah.Uuu aku malas pj hari ni.

"Okay jer.Tapi aku dengar, kelas Kay satu masa pj dengan kita"Dia membalas bisikanku dengan bisikan.Lol macam mana aku lupa yang Kay pun pakai uniform pj pagi tadi.Tak menunggu lama aku lantas berdiri lalu menarik Aisah.Tak silap kalau pj, kay mesti main bola sepak.Boleh tengok dia lap peluh.UHUK.

❀•━━━━━━━━━━•❀

   DARI kejauhan aku memerhati Kay yang sedang berusaha menyepak bola masuk kedalam goal namun pihak lawan menolaknya lalu merebut bola.Aku serius dah nak mencarut sekarang.Tak, sekarang ni adil ker dia sampai tolak Kay.Kay tak main kasar pun tau.Yang dia nak lelebih pehal duh.Dari tadi aku perhati mamat tak guna yang main kasar kat Kay sejak tadi.Kay pula tak balas balik.Haih mamat ni memang duh.

Aku rasa Kay dah cedera dah tapi masih bangun untuk main.Eish aku tak faham langsung suami aku tu.EHHH suami ekekeke.

Tak tak aku memang sumpah takleh in dengan mamat yang main kasar tu.Kau tengoklah jap nanti, aku serang kau.Tak kira lelaki ker perempuan, setakat anuar tu pun aku boleh hadap.

"Jangan cakap kau terfikir nak attack mamat tu ?"Soal Aisah sambil mengulum gula gula yang dia rembat dari Taufiq sekejap tadi.

"Memang pun.Tunggu mas-"

"Kay you can do it ! fighting !"Arhhh sengau sengau ! Minah ni memang tak makan saman.Aku dah cakap jauhkan diri dari Kay.Ini tergedik gedik lak bersorak bagai.Aku yang isteri dia pun malu nak bergedik macam tu.Uhhhhhh sabar sabar.

"He must be more enthusiastic, Calerie"Ujar kawan si kalori tu.

"Stop teasing me fatima"Minah tu malu malu kucing.Bapak hang ! nak muntah aku tengok kegedikkan tahap sotong dia.Tolonglah sotong lebih better dari minah tu.

"So Hazel looks like Kay mulai tertarik dengan Calerie.Why not kau stop syok sendiri ?"Soal Fatima.Apa yang baru dia cakap tafi ?! Syok sendiri ? Kay tertarik pada Calerie ? Adakah dia nak mulakan pertengkaran dengan aku yang tengah panas sekarang ?

"Ulang balik apa yang kau cakap"Aku berdiri lalu maju kearahnya namun dia hanya memberikan riak wajah sinis begitu juga dengan minah Calerie yang berada disisinya.

"Stop it Haze"Aisah menarik aku namun aku tepis.

"Kau nak acah tak faham apa yang aku cakap ker ? Ker kau nak aku cakap english ? So fatima right ? I WANT YOU TO REPEAT IT !"Mataku memerah pandang si fatima tu.

"I said, why not kau stop syok sendiri ?"Sinisnya dan satu tamparan kuat aku hadiahkan pada dia.Eii mulut dia memang hanat.

"What's wrong with you ?! patut saja Kay tertarik dekat i.You sendiri yang tak pandai pikat dia lepastu salahkan i.Fatima cakap you syok sendiri je pun you dah naik tangan.I rasa, Kay pun tak suka tengok perangai you macam ni"Kata katanya sahaja membuatkan aku baran.Aku memang sensetif berkaitan Kay.Jangan memacam.

"Dah Haze, jom"Aisah menarikku pergi.

"Haze jom.Habis kau kalau cikgu nampak"Ujar Taufiq.

"Kau perempuan.Jaga mulut kau, jangan nak naikkan baran orang"Ujar Asyraff yang sememangnya tahu perasaan aku pada Kay sebelum Aisah.

"Betullah apa i cakap.Fatima cakap sikit je pun dia nak naik tangan.Ni mesti you nak tarik perhatian Kay kan? Gediknya you"Bahasa melayu dia saja pelatkan.Minah ni memang cari pasal dekat aku.Apa ? Tarik perhatian.Ingat aku ni terlalu desperate.

"Oi perempuan, jaga mulut kau.Cakap orang gedik, kau tak reti tengok cermin ker ? Cermin diri kau tu sikit"Ujar Fadrel baran.Tak, dorang nak masuk campur asal ? Masalah aku kot ? Tapi takpelah, tak yah aku kumpul dosa bebanyak.Kesian laki aku.

"Hello, i tak gedik okay.Kay sendiri yang datang pada i.I tak sampai tahap desperate macam perempuan ni sampaikan warning semua perempuan supaya tak dekat dengan Fadrel.Psycho !"Aku membulatkan mata.Sebelum aku sempat bersuara, Ed dan Nazim tiba tiba muncul.

"Datang pada kau ? Now aku dah nampak sisi perasan kau.Bukan kau ker yang tergedik gedik dekat dengan Kay dan bukan kau juga ker yang cederakan perempuan kelas sebelah hanya sebab perempuan tu bagi coklat dengan Kay.Siapa psycho sekarang ? Kau ingat hazel warning dorang jangan dekat dengan Kay sebab dia desperate ? No kau silap.Dia hanya lindung Kay sebab Kay tak suka perempuan dekat dengan dia.Lagi lagi perempuan macam kau"Ujar Ed.Aku diam.Ya memang betul pun Kay tak suka perempuan dekat dengan dia sebab ada seorang perempuan ni sampai bunuh diri disebabkan Kay reject dia.Biasalah, suami akukan soleha.

"Calerie let's go.Aku malas nak dengar korang bertekak"Fatima menarik Calerie pergi dari situ namun Calerie menepis tangan Fatima.

"Ya memang i psiko pun.I dah lama suka Kay.Tetiba muncul perempuan ni lak kacau Kay.I tak suka.I yang jumpa Kay dulu"Ujar Calerie tak puas.Aku dah terkebil kebil.Serius lah perempuan ni ? Dia psiko ker ? Baik aku undur diri.Susah kalau dekat dengan perempuan psiko macam minah ni.

Aku endahkan jer dorang bertekak.Aku tak tahulah apa yang si Nazim cakap sampai Calerie baran gila dan tetiba tolak aku.Nasib prince charming aku sambut.Eh jap prince charming ? KAY !!

they storyWhere stories live. Discover now