12 | dreaming

227 10 2
                                        

          BOLA berjaya dimasukkan kedalam goal serentak itu kami semua bersorak termasuk para penonton.Kami menuju kearah Miss Elia lalu memeluknya.Akhirnya pasukan netball tak akan dibubarkan lagi.

"Tahniah, kau orang dah buat yang terbaik"Ujar Miss Elia.Serentak itu seluruh pasukan memandangku lalu tersenyum senget sejurus itu berlari kearah ku lalu mengangkat tubuhku terbang diudara.Bibirku tidak tertahan daripada melorek senyuman panjang.Disaat itu mataku terpandang sekilas pengetua yang sedang memerhati kami daripada tempat penonton.

I'm glad dia buat pertandingan ni even ianya langsung tak adil but sekurang kurangnya kitorang berjaya buatkan pasukan bola jaring tidak dibubarkan.

❀•━━━━━• •━━━━━•❀

          AKU tiba dirumah dengan sebaris berita gembira.Tak sabar aku ingin khabarkan berita ini pada abah.Namun apabila aku masuk kedalam, kakak dan abah memandangku serba salah.Aku berkerut kening.Kenapa ni ?

Cepat sahaja aku mengambil tempat disofa single lalu melihat file yang dipegang oleh abah.Teragak agak aku ingin bersuara namun melihat abah yang meletakkan file diatas meja, cepat sahaja aku mengambilnya lalu isi kandungannya aku baca setiap satu dan kandungannya itu membuatkan aku tersentak.Aku dekatkan mataku tepat di perkataan yang aku highlight kan.

mama banyak terhutang budi dengan keluarga zakria, jadi mama minta tolong sangat dengan kau haz, tolong kahwinkan adik dengan anak zakria.Ini sahaja cara untuk balas budi dorang.

"Woooohh ingat ini drama wattpad ker kahwin muda ?! Cakap jelah yang ini sekadar mimpi.Adik tak percaya benda benda macam ni"Aku ketawa kecil.Weii ini zaman modenlah ! Lagipun abah tu paling pantang nak suruh kami kahwin diusia macam ni, inikan pula bercinta.

Tapi sekarang lain pula jadi aku confirm seratus peratus yang ini hanyalah prank.Gila ker ?! Dalam wattpad jer benda macam ni jadi.

"HAHAHA memang betul pun ini macam dalam wattpad...tapi ini real"Ayat last kakak membuatkan gelakku terhenti disitu.Mataku memandang abah dengan riak wajah like SERIOUSLY ?! dan abah buat riak wajah SERIUSS !

"Abah ! even kami bercinta diusia ni pun abah marah inikan pula kahwin.Adik baru usia 16 kot"Ujarku tak puas.Lagipun dalam wasiat tu tak de pula cakap yang aku kena kahwin diusia begini.

"Keluarga dorang dah hantar rombongan meminang tadi"Abah bersuara pasrah.

"What the #&$?#&$ and what the-"

"Adik !"Sedar akan bahasa carutan yang aku gunakan, aku lantas memohon maaf.

"Abah pun taknak adik kahwin muda.Tapi masalahnya sekarang, pihak keluarga yang datang meminang adik tu kata.Nenek dah rancang nak kahwinkan adik dengan anak dorang.Lagipun nenek yang jaga adik dan kakak sejak kecilkan, abah pun rasa bersalah"Ujaran abah menbuatkan aku terdiam sejenak.Ya neneklah yang menjadi penganti ibu sejak ibu hilang dulu.

"Tapi abah ini pasal kahwin tau bah.KAHWIN ! mana boleh bawa main benda tu.Ini masa depan adik, abah tau juga kan"Ujarku masih tidak boleh terima.

"Abah tahu tapi apa abah boleh buat ? Tolak ? Malulah keluarga dorang.Dorang tu pernah tolong nenek masa susah dulu.Tidak cukup dengan tu dorang pernah selamatkan adik yang hampir hampir mati kebuluran masa tu"Ujar Abah lagi.

"Tak ada cara lainkah bah ?"Soalku dan abah mengeleng.

"Alah kahwin jelah lepastu cerai"Ujar Kakak.

"Amboi senang kau cakap"Kakak mengangkat bahu.

"Haih adik malas nak fikir.Arghh buat serabut kepala je.Adik nak naik atas, nanti nanti jelah fikir"Ujarku lalu berdiri menuju ke tingkat atas.Bayang Kay masih ku ingat jelas.Mustahil untuk aku kahwin sedangkan hati aku masih sukakan Kay.Diantara semua lelaki yang pernah masuk dalam hati aku, perasaan aku pada Kay lah yang lain daripada yang lain.

ya aku tahu aku drama.

Dia buat aku menangis kalau tengok dia cedera, dia buat aku gembira bila dia senyum.Selama ini perasaan macam tu aku tak pernah gambarkan pada lelaki lelaki yang pernah masuk dalam hati aku.

TBC

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang