28 | past

73 3 0
                                    

CUTI sekolah ni aku habiskan dengan tonton kdrama dengan Aisah.Pasal Kay pula, aku tak marah dia pun tapi saja palau dia sebab aku tak dapat tengok Songkang semalam.Aisah pun sokong, kononnya Kay akan rasa sunyi.Sunyi apanya ? Kitorang memang biasanya tak bertegur kat rumah.

"Kau dah tengok snowdrop ?"Soal Aisah setelah kami selesai habiskan series squid game.

"Dah.Kau ?"

"Dah tapi aku tengok episod 1 jer.Jisoo serius cantik, acting dia pun mantap"Ujar Aisah bersungguh.Ingat snowdrop, aku terus teringatkan Soo-ho a.k.a Jung hae-In.Aku suka acting dia dan jisoo.Dorang berdua serius serasi.Aku lagi suka bila scene di mana Jisoo sapu ubat kat Soo-ho agagagga.

"Ahah.Tapi episod dua kan dah release.Rasanya dah sampai episode 5 dah pun"

"Memang dah release tapi sekarang aku tengah fokus nak habiskan episod Happiness"Ujar Aisah.Lorhh.

"Kau tengok happiness juga ? Dorang sec ship lepas vincenzo dan hong cha young.Serius aku ship dorang.Sama sama ganas"

"Kan !"Aisah mengiyakan.

"Amboi, bab kdrama no satu"Ashraff tiba bersama dengan Fadrel dengan seplastik jajan.Terima kasihlah pada mereka yang sudi menjadi orang gaji kitorang.Aku tak tahu lak Ashraff dengan Fadrel nak datang follow Aisah.

Nasiblah Kay pergi lepak dengan kawan kawan dia.

"Aku nak g training lepas ni.Korang betul ke nak ikut aku g training ?"Soalku.Aku memang ada training Bola Jaring hari ni.Miss Elia dah siapkan tempat untuk kitorang berlatih.Gelangang pun nak renovate sikit je lagi.

"Haah, aku nak tengok kau main"Ujar Aisah lalu membuka plastik potato chips yang dibeli Ashrafff dan Fadrel.

"Aku dan Fad nak main futsal.Sebelah gelangang bola jaring yang kau main tu kan ada gelangang futsal"Ujar Ashraff.Aku angguk sahaja.Baguslah dorang datang.Ada juga yang teman aku training.

- (♥︎) -

Ting !

Bunyi notifikasi telefon membuatkan matanya berpaling menghadap fon.Melihat nama hazel di ruang notifikasi, dia lantas menekan.Hazel meminta kebenarannya untuk keluar.Dia menasihati hazel seperti biasa lalu menekan butang off.

"Kau gaduh dengan hazel ker ? Tak pula kau buka cerita pasal dia hari ni"Zared bersuara lalu mengambil air yang tidak dijamah Shawn sebab mamat tu sibuk main game dengan Ed.

"Sejak bila aku selalu buka cerita pasal dia"Seperti biasanya, Kay selalu tayang muka jerk face dia.Menyampah sebenarnya tapi Zared dah biasa dengan riak wajah Kay jadi dia diam jer.

"Kau ni ada random side tau.Sekejap suami soleha, kejap kejap suami yang tak ambil kesah pasal isteri sendiri, kejap kejap caring terlebih astu kekadang overdose cemburu"Ed yang masih fokus main game bersuara.Kay diam saja, masih menafikan kata kata Ed.

"Eh jap, tu bukan hazel ker ?"Zared menunjuk kearah hazel yang berada di persisiran jalan raya bersama rakan rakannya.Cepat sahaja Kay memalingkan wajahnya.

Tangannya digenggam erat.

- (♥︎) -

ENCIK hazri melangkah masuk kedalam syarikat tempat dia berkerja.Kerana umur barangkali, dia asyik lupa saja bawa laptopnya turun.Kalau tak ada siapa lagi yang tahu perkerjaan bapa hazel, Encik hazri adalah arkitek berjaya namun dia sering merendahkan diri walaupun dah banyak kali di hantar ke luar negara.Kalau bukan sebab jasa yang di taburnya, tak adanya syarikat ni maju sampai sekarang.

"Encik Hazri.Ada orang yang nak jumpa Encik"Tiba di tingkat atas, dia di sapa wajah bekas isterinya.Keluhan dia lepaskan lalu dia membuat isyarat agar bekas isterinya itu mengekorinya.

Mereka menuju ke tangga kecemasan.Di saat itu barulah Encik Hazri memalingkan wajah menghadap bekas isterinya.

"Talk"

"Kenapa awak kahwinkan Hazel ?Awak tahu yang dia masih muda untuk kahwin.Kahwin ni bukan benda yang boleh bawa main.Ini melibatkan masa depan dia.Awak sebagai seorang bapa pasti tahu dengan tugas awak sebagai bapa iaitu lindungi dan jaga dia baik baik"Bekas isterinya itu melempiaskan rasa tidak puas.Ibu mana je nak lepaskan anak macam tu, ibu mana je nak tengok masa depan anak dia hancur ?

"Saya tahu tugas saya sebagai seorang bapa.Perkahwinan dia bukan pilihan saya tapi saya percaya yang suami Hazel boleh pimpin dia.Awak jangan nak masuk campur, cukup awak lepas tangan dari menjaga Hazel sebab jijik dengan saya"Ujar Encik Hazri dengan riak wajah serius.

"Kisah lama jangan nak ungkit.Apa pun saya dah buat keputusan untuk jaga Hazel dan Hazerina.Saya akan jalankan tanggungjawab sebagai ibu dorang dan saya akan urus hal penceraian Hazel dan lelaki tu.Saya taknak masa depan dia hancur"

"Cukup saya dah benarkan hazel sekolah dekat sekolah tu.Awak jangan nak bagi masalah"Ujar Encik Hazri.

"Masalah ? Apa maksud awak ?"Soal Bekas isteri Encik Hazri.

"Dah lupa apa yang awak buat pada Hazel di masa lalu ? Tak ingat bagaimana awak caci dia sebab muka dia iras saya ? Perkara tu bagi effect dekat dia.Cukuplah dia dah lupa tentang awak, jangan bagi dia tekanan dengan jumpa dengan awak"Ujar Encik Hazri lalu berjalan pergi.Bekas isteri Encik Hazri mengetap bibirnya.

Disebabkan salah faham, dia cerai dengan suaminya.Disebabkan salah faham, dia hilang kewarasan akal dan cederakan fizikal anaknya.

Salah dia.

they storyWhere stories live. Discover now