53 | assignment

234 7 2
                                        

6 years later
—22 years old

Sudah 4 tahun berlalu, dan selama 4 tahun itulah Kay dan Hazel berpisah.Hal itu kerana Kay dapat melanjutkan pelajaran di luar negara sementara itu, Hazel mesti repeat paper spm yang dia tertinggal.

Setelah itu, Hazel melanjutkan pelajaran dalam negeri kerana tak berpeluang untuk sambung belajar dengan Kay.Tak dinafikan yang Hazel rindukan Kay, walau 4 tahun dah berlalu.Lelaki itu sentiasa berlegar diingatan Hazel.

Kay selalu sibuk sampaikan tak ada masa untuk mereka berbual melalui panggil telefon.Hazel pula banyak ketinggalan jadi dia perlu catch up satu persatu.Stress ? Tentulah, hari-hari Hazel stress siapkan assignment yang bertimbun.Kekadang Hazel berjaga malam hanya untuk siapkan assigment.

Banyak assigment yang dia buat, semua ditolak dan dia harus buat semula.Kekadang, Hazel ada terfikir untuk berhenti namun dia sudah berada di pengakhiran sem.Ada baiknya dia teruskan dan semuanya akan berakhir.

Kalau nak diikutkan, Hazel nyaris-nyaris dibuang.

" Sayang ! Dah jam berapa dah ni.Tak reti-reti nak makan ke" Hazel menghela nafas kasar sebelum dia mengangkat wajah memandang gerangan itu dengan pandangan yang sangat tajam.

" Siapa sayang kau ? Boleh stop tak ? Aku rimas" Hazel mengemas barang-barangnya lalu melangkah pergi dari situ.

" Jomlah makan, kau tak makan dari semalam" Lelaki itu menghalang laluan Hazel.Tak tahulah kenapa gadis ini jual mahal sangat dengan dia.Tapi tak apa, untuk Hazel .. dia sanggup tunggu selama mana pun asalkan Hazel terima dia.

" Kenapa kau nak sibuk ? I told you yang aku isteri orang.Boleh tak stop kacau aku" Hazel sumpah rimas dengan mamat ni.

" I know itu hanya alasan untuk kau mengelak dari aku kan ? Tak make sense langsung sebab selama aku kat sini, tak pernah pun aku nampak husband kau" Ujar lelaki itu atau lebih tepat namanya Irfan.

Hazel menghela nafas kasar.Malas betul melayan.Dia ada banyak benda lagi yang nak difikirkan daripada habiskan masa dengan mamat ni.

Terus dia jalan melepasi Irfan tanpa mengendahkan sebarang pertanyaan daripada lelaki itu sebelum sebuah kereta lamborghini berwarna merah berhenti betul-betul dihadapan mereka menyentakkan Hazel dan Irfan yang berada di situ.

Pemilik kereta itu kemudian keluar dengan berbaju polo dan seluar slack hitam.

" Ni ha husband dia" Ujar gerangan itu.Hazel mengangkat kening.

" Baby, get in" Gerangan itu membukakan pintu buat Hazel.Hazel smirk sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Gerangan itu berbual sebentar dengan Irfan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta miliknya.

" Kau rembat kereta Taufiq lagi ?" Hazel mengangkat sebelah kening sambil memandang gerangan yang sedang fokus memandu itu.

" Excuse me, ni kereta aku" Gerangan itu atau lebih tepat Ashraff menjongketkan kening.Bangga.

" Seems like, korang semua dah berjaya.Aku je ketinggalan"

" Aku saletip mulut kau kang" Ujar Ashraff.

" Oh ye, Zared dah nak tunang" Ujaran Ashraff buatkan Hazel segera berpaling menghadap lelaki itu.Siapa je tak tahu yang Zared Amri dari dulu tak move on dengan Aisah sampaikan dia reject semua perempuan..but end up dia nak tunang.Awal pula tu.

Sejak kes Hazel dulu, Aisah memang hilang tanpa khabar.Bukannya Hazel tak cuba cari malah sampai sekarang dia cuba cari jejak Aisah tapi masih tak jumpa-jumpa.Mana agaknya gadis itu.

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang